Saturday, March 9, 2019

Ciri-ciri Usahawan Berjaya !

Mesti ramai yang nak jadi seoarang usahawan berjaya kan? Tapi tak tau nak mulakan macam mana dan tak tau cara nak jadi seorang yang berjaya. Kerap labelkan diri sendiri tak ada kelebihan la, tak ada itu , tak ada ini.. Kerap salahkan diri sendiri tak ada apa-apa.

Betul kan ?

Kat sini team Milagro akan menyenaraikan beberapa ciri untuk jadi seorang usahawan yang berjaya. Mana tau dengan perkongsian ini, ramai yang  memiliki ciri-ciri ini πŸ˜‰


Ciri-ciri Usahawan Berjaya !


  • Ubah Mindset 





Sebelum kita nak mulakan sesuatu kenalah ubah mindset kita terlebih dahulu. Kalau sebelum ni kita kerap think negative tentang diri kita sehinggakan kita tak lihat pun  kelebihan dalam diri kita. So, ubah mindset kita dari negative to positive. Ia akan bagi result yang memuaskan kalau kita always keep positive 😊. Dalam perniagaan ni, walaupun kita bermula hanya dengan menjadi seorang Dropship/ Agent jangan malu untuk memulakan sesuatu yang belum pernah kita cuba. Tetapi tetapkan dalam mindset kita walapun hanya bermula dari bawah, one day kita akan buka bisnes sendiri. Dont forget to change our mindeset !πŸ˜‰πŸ’ͺ
  • Menuntut Ilmu 




Menuntut ilmu ni adalah perkara yang paling utama dalam kehidupan kita, tak kira la muda ataupun tua sebab menuntut ilmu tidak kira usia kita berapa asalkan niat kita betul. Dalam agama juga menyuruh kita untuk menuntut ilmu sebab ia merupakan ibadah yang akan mendapatkan pahala. Jangan pernah malu atau merasa puas dengan ilmu yang ada teruskan dengan mencari dan dahagakan ilmu lebih-lebih lagi bagi mereka yang meminati perniagaan. Dalam perniagaan ni bukan hanya tau bagaimana nak jual dan sediakan produk, kita kena mantapkan ilmu kita tentang perniagaan untuk market kan lagi produk kita supaya pelanggan nampak, kenal, suka dan percaya dengan produk kita. So, apa lagi tuntut la ilmu tu sehingga roh berpisah dari jasad πŸ˜‰. Break a leg!πŸ’ͺ

  •  Keyakinan Diri



Keyakinan diri adalah ciri-ciri usahawan berjaya. Ia perlu ada dalam diri seorang usahawan sebab keyakinan diri akan memudahkan segala urusan kita berkenaan perniagaan, lebih-lebih lagi dalam memperkenalkan produk kepada orang ramai. Selain itu, keyakinan diri ni boleh memudahkan atau melancarkan proses komunikasi tau, sebab lau kita yakin atau berani kita mudah nak bercakap dihadapan orang ramai. Then, senang untuk promote produk tanpa ada perasaan malu atau takut untuk bercakap. So guys, keyakinan diri kena sentiasa mantapkan dalam diri kita tau.πŸ˜‰

  •  Sentiasa Memberi



Jika nak jadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat, kita kena sentiasa banyak memberi kepada orang tidak kiralah kuantiti yang kita beri tu banyak atau sedikit. Ingat ayat ini tau "tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah" supaya kita akan sentiasa memberi. Memberi tidak akan menyebabkan kita jatuh miskin atau kekurangan malah ia akan berlipat kali ganda dengan nilai yang kita beri dan segala urusan yang kita bakal lalui akan dipermudahkan.😊 So, jangan lupa set kat minda untuk sentiasa memberi πŸ˜‰

  • Tidak Mengejar Keuntungan Semata-mata



Sesiapa yang mempunyai perniagaan mesti nak keuntungan kan ? Nak bagitau ni , kalau kita utamakan sangat akan keuntungan kita akan lalai dengan banyak perkara walaupun sekecil zarah. So, untuk jadi usahawan yang berjaya, tidak perlulah letakan keuntungan ni adalah fokus yang paling utama. InshaAllah, kalau kita tidak terlalu mengejar kewangan, segala urusan jual beli kita akan dipermudahkan sebab apa yang kita miliki adalah nikmat rezeki daripada Allah. Semua nak kan keuntungan kan tapi kenalah seiring dengan usaha kitaπŸ˜‰


Anda minat menanam? Kita GENG😍😍 

Friday, March 8, 2019

Senyuman Ceria Pak Husin Dengan Milagro


Kenapa Pak Husin seronok sangat ni? Seronoklah kan bila tengok pokok orkid kita tanam sendiri berbunga tak putus-putus. Bukan itu je, boleh jana pendapatan lain tau.

Kata Pak Husin sebelum tabur baja milagro ni, pokok bunga orkid tak berbunga. Selepas dalam masa 10 hari atau 2 minggu, keluar bunga. Sampaikan menantu pun suka sebab sebelum ni bunga selalu gugur dan rosak. Dah letak baja milagro ni, bunga baru keluar. 


Pokok ubi pun Pak Husin letak. Tapi pokok ubi tu untuk makan daun sahaja. Dulu pokok ubi tu kurus je, sekarang bila dah tabur baja tu pokok jadi gemuk. 

Pokok orkid yang dah berbunga tu Pak Husin jual dengan harga RM20. Sampaikan ada orang ambil 3 kali dengan Pak Husin. 

'Kepada orang diluar sana yang belum pernah menggunakan baja milagro ni, CUBALAH. Mungkin pokok-pokok lain orang punya pun. Mungkin boleh jadi macam saya punya, takde bunga keluar bunga, mungkin yang tak berbuah nanti akan berbuah.' - Pak Husin 

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join  Geng Kebun Organik


Thursday, March 7, 2019

Zikir Pembuka Rezeki Yang Diamalkan oleh Rasullulah Paling Mujarab

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam Jumaat yang barakah :)

Mesti ramai tidak tahu zikir-zikir yang diamalkan oleh Rasulullah. Semoga perkongsian tentang zikir-zikir pembuka rezeki yang paling mujarab dapat dimanfaatkan oleh orang ramai sekaligus ia dapat melancarkan rezeki kita semua dengan amalan-amalan zikir ini :)


Sesungguhnya rezeki Allah itu luas...

Kadang-kadang, rezeki yang sedikit ni diberkati oleh Allah kerana ia lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tapi tak diberkati. Tidak menjadi masalah kalau rezeki yang diperoleh banyak atau sedikit kerana paling penting adalah rezeki tu cukup. Biar sedikit asalkan cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi.

Terdapat beberapa zikir atau surah yang boleh diamalkan supaya sentiasa mendapat rezeki yang melimpah. Amalkan zikir atau surah di bawah sebagai zikir harian :)


          1) Memperbanyakkan membaca:
 
                                                La Hawla Wala Quwwata Illah Billah

              Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

              Hadis Riwayat, At-Tabrani: "Barangsiapa yang rezekinya datang lambat hendaklah banyak                 mengucapkan 'La Hawla Wala Quwwata Illa Billah'. "

             
          2) Memperbanyakkan membaca: 

                                          La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

              Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar

              Hadis Riwayat, Abu Nu'aim dan Ad Dailami: "Barangsiapa setiap hari membaca La Ilaha                  Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin maka, bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran                  dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur."

           

            3) Memperbanyakkan membaca: 

                                       Subahanallahi Wabihamdihi Subahanallahi 'Adziim

             

                  Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

                  Hadis Riwayat, Al-Mustagfiri dalam Ad-Da'awat: "Dari setiap kalimat itu seorang                              malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta'ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya                      itu diberikan untukmu."

              

            4) Membaca Surah Al-Ikhlas
           
                Hadis Riwayat, At-Tabrani: "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah                    maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan jirannya."

            

            5) Membaca Surah Al-Waqiah
   
                Hadis Riwayat, Al-Baihaqi: "Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap                      malam, maka tidak akan ditimpa dalam kesempitan hidup."

            

            6) Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi 

                Rasulullah bersabda:"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali selawat, maka                          Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkat darjatnya." 

Semoga zikir-zikir yang disenaraikan dapat memberi manfaat kepada kalian:)

Semoga juga rezeki kita sentiasa diberkati dan melimpah ruah:)

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik
           
             
             



Wednesday, March 6, 2019

Pasu Hiasan Yang Mudah dan Menarik


Terkadang niat di hati  teringin untuk membeli pasu-pasu hiasan yang menarik dan cantik-cantik. Tetapi di sebabkan faktor kewangan dan kekangan waktu keinginan tersebut tidak dapat tercapai.
Jadi, segmen DIY minggu ini akan berkongsi bagaimana untuk membuat pasu hiasan menggunakan barangan terpakai. Bukan sahaja menjimatkan wang tetapi pasu itu juga akan kelihatan sangat kreatif.





Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Pewarna air (water colour)
  • Botol kaca ( botol kicap botol sos cili pon bolehπŸ˜‰)
Hanya memerlukan dua bahan sahaja boleh menghasilkan pasu hiasan yang akan memukau siapa sahaja yang memandang😍 

Langkah 1 : Bancuhkan pewarna air (water colour). Boleh mengikut cita rasa untuk menggunakan warna yang diminati.

Langkah 2 : Tuangkan campuran tersebut di dalam botol kaca

Langkah 3 : Ratakan pewarna tersebut sehingga memenuhi seluruh ruang botol kaca dan biarkan ia kering seketika

Langkah 4 : Masukkan bunga hiasan ke dalam botol kaca tersebut

Dah siap!😍 Mudahkan. Boleh diletakkan di meja makan, meja belajar dan hiasan di rak televisyen. Wah! Tunggu apa lagi. Jom cuba sekarang!

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍



Tuesday, March 5, 2019

Dekorasi Laman Kampung Yang Sejuk Mata Memandang


Kehidupan di kampung ialah kehidupan yang penuh dengan kemasyarakatan dan ketenangan. Hal ini kerana suasana kampung penuh dengan kesegaran dengan pokok-pokok yang menghijau.  Persekitaran seperti ini menyenangkan komuniti untuk berhubung mesra dan saling membantu.

Majoriti halaman kampung adalah luas dan banyak ruang. Selain menyenangkan anak cucu untuk bermain dan begurau senda, kebanyakkan penduduk di kampung suka untuk menghias halaman rumah dengan bunga - bungaan, buah-buahan dan tanaman herba. Hal ini menyebabkan laman tidak nampak terlalu kosong dan sedap mata memandang.

Justeru, tips dekorasi minggu ini ingin berkongsi dekorasi laman kampung yang boleh memberi inspirasi kepada pembaca.
  
 

First, dekorasi pejalanan kaki. Bukan sahaja di kawasan taman perumahan, kawasan kampung juga boleh mempunyai dekorasi pejalanan kaki ini. Penggunaan kemasan batu-batu kecil dan batu kerikil di sekeliling pejalan kaki membuatkan ruang ini kelihatan kemas dan menarik dengan suasana sekeliling yang menghijau.





Second, penggunaan pasu yang berlainan saiz, bentuk dan ketinggian juga sangat memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya. Susun atur dan perletakan pasu juga memainkan peranan supaya kelihatan harmoni di samping tanaman-tanaman yang lain




Penanaman bunga  ros jepun atau lebih dikenali sebagai bunga kembang 10 pagi juga kelihatan sangat memukau jika ditanam secara berkelompok di ruang halaman kampung yang luas. Ini akan membuatkan laman kelihatan berseri seri terutamanya ketika waktu pagi. Permainan ruang sangatlah penting untuk mengelakkan halaman kelihatan serabut.

Banyak lagi tips dan info-info berguna yang akan dikongsi pada minggu hadapan dalam segmen tips dekorasi. Bertemu lagi di segmen akan datang. πŸ˜‰πŸ˜‰


Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍


Jom join Facebook kami Geng Kebun Organik












Sunday, March 3, 2019

MANFAAT BUAH BIDARA YANG RAMAI TAK TAHU

Mesti ramai yang akan tersalah anggap bila tengok buah bidara ni serupa macam buah epal sebabkan bentuk dan warna yang hampir sama cuma saiz je yang berbeza. Rupa je sama, tapi khasiat dan nutrien dia lain tau.

Buah bidara segar kebanyakannya dibuat minuman atau dimakan secara langsung. Bukan itu je, buah bidara juga dapat dibuat manisan. Buah bidara yang masih muda sedap dimakan sebagai rojak atau dimakan cukup dengan menggunakan garam. 

Buah bidara memiliki kandungan yang baik bagi tubuh seperti vitamin A, C, lemak dan karotin.

Daun buah bidara yang masih muda boleh dimakan dengan cara diolah sebagai ulam.. Daun Bidara yang telah tua pula dapat dijadikan sebagai makanan haiwan ternak. Kebaikkan lain dari tanaman ini adalah untuk digunakan sebagai ubat bagi orang yang sedang demam dengan cara menggunakan daun Bidara untuk mandi.

Kenapa bagusnya buah bidara ini untuk kesihatan adalah sebab
1. Mengandungi antioksida

Kandungan antioksida di dalam buah bidara baik untuk mencegah radikal bebas. Radikal bebas merupakan penyebab penyakit yang datang darimana saja termasuk dari udara yang kita hirup setiap hari. Radikal bebas juga menjadi salah satu datangnya penyakit kanser yang kita perlu awasi setiap hari.

2. Mengatasi penyakit mulut

Gusi berdarah, bibir pecah merupakan beberapa jenis penyakit mulut yang disebabkan banyak perkara dimana salah satunya adalah disebabkan kurang menjaga kebersihan mulut. Daun dari buah bidara boleh digunakan untuk mengatasi masalah gangguan mulut tersebut.
3. Merawat luka

Daun bidara mempunyai kandungan antiseptik, maka ianya sangat bagus untuk merawat luka tidak kisah samada luka yang baru atau yang dah lama. Dengan khasiat daun bidara ini berguna untuk menyembuhkan luka dengan cepat dan melindungi dari serangan kuman.
Daun ini akan berfungsi untuk membantu menghentikan pendarahan dan mengeringkan luka sehingga cepat pulih. 


Caranya : Ambil beberapa helai  daun dan cuci lalu ditumbuk. Tampalkan pada luka dan balut dengan kain yang tidak tebal. Boleh juga menggunakan akar dengan cara dan tips yang sama.

4. Mengatasi masalah kewanitaan

Bagi golongan wanita yang mengalami masalah keputihan, haid yang tidak lancar dan lain- lain, maka penggunaan daun bidara sesuai digunakan untuk mengatasi masalah tersebut.

5. Mengatasi penyakit perut

Daun bidara dapat digunakan untuk mengatasi radang perut dan usus, gangguan pencernaan sehingga yang menyebabkan kanser perut.  
Caranya :  Sediakan 2 ibu jari kulit batang bidara, cuci dan rebus dengan 2 gelas air hingga jadi setengah. Minum 2 kali sehari secara kerap.

Sebenarnya selain untuk kesihatan dalaman dan luaran kita, pokok bidara ni sangat berguna dalam perubatan islam dimana pohon bidara ada disebut beberapa kali dalam Al-Quran juga. 

Antaranya ialah memandikan jenazah. Di dalam hadis yang sudah disebutkan bahawa ketika memandikan jenazah digalakkan untuk menggunakan air yang dicampur dengan daun bidara. Kerana di dalam daun bidara ada sejenis kandungan alami untuk membersihkan kotoran.

Ianya secara khusus digunakan juga dalam merawat penyakit-penyakit bersihat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir.

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik



Friday, March 1, 2019

Buah delima penuh bermanfaat

Buah delima adalah sejenis buah yang habitat aslinya dari negara Timur Tengah dan secara umumnya, buah delima hanya mempunyai tinggi sekitar empat hingga sembilan meter. Selain daripada rasanya yang enak, buah delima mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan kulit dan juga kesihatan dalaman sekiranya ia diambil secara teratur. Buah delima kaya dengan vitamin C, A dan E serta antioksidan dan zat besi mampu memperlambatkan proses penuaan serta memberi pelbagai khasiat pada kulit dan kesihatan.

Antara khasiat buah delima termasuk: 

1. Membantu mengatasi masalah kulit
Masalah kulit zaman sekarang cukup membimbangkan disebabkan ramai yang mengambil alternatif untuk lebih menggunakan produk yang mengandungi bahan yang kita sendiri tidak pasti apa kesannya samada dalam jangka masa panjang ataupun pendek. Buah delima mampu melindu­ngi lapisan kulit luar dan memperbaiki sel kulit dari dalam serta ia juga boleh menyembuhkan luka jika mengamalkan memakannya selalu.

2. Menghilangkan jerawat
Masalah jerawat sangat mengganggu bagi wanita yang sering bimbang penampilan diri akan terganggu dek jerawat. Buah delima mempunyai sumber vitamin C yang mampu mengatur pengeluaran zat berminyak yang diserap kulit. Buah delima juga mampu mengatasi masalah pencernaan serta mening­katkan peredaran darah menjadi lebih sihat sekali gus membantu menghilang­kan jerawat.

3. Mengatasi kulit kering
Buah delima memiliki struktur molekul yang tergolong kecil dan mampu meresap hingga ke dalam kulit serta mampu me­lembapkan kulit, mengatasi kulit bermasalah dan mengatasi kulit kering. Ia memberikan kelembapan semula jadi pada wajah.

4. Mengatasi kulit berminyak
Buah delima kebanyakan digunakan sebagai bahan semula jadi untuk produk kecantikan. Ini kerana, buah delima yang mengandungi minyak delima sangat bermanfaat dalam mengatasi kulit yang berminyak, mengatasi kedutan pada kulit serta menghilangkan jerawat.

5. Mencegah proses penuaan
Pengambilan buah delima atau jus delima secara konsisten dapat meremajakan kulit dan mampu melambatkan proses penuaan kulit wajah.

6. Melindungi kulit daripada sinaran matahari
Buah delima dapat membantu untuk melawan pancaran matahari yang menjadikan buah ini sangat bagus untuk kecantikan kulit. Ia mengandungi banyak antioksidan yang berperanan penting untuk mencegah kerosakan kulit yang terjadi kerana radikal bebas.

7. Menurunkan Tekanan Darah
Tekanan darah tinggi adalah salah satu faktor utama serangan jantung dan strok. Dalam satu kajian, individu yang mempunyai tekanan darah tinggi mempunyai penurunan tekanan darah yang ketara selepas minum 150 ml (5 oz) jus delima setiap hari selama 2 minggu. Kajian-kajian lain telah menemui kesan yang sama, terutamanya untuk tekanan darah sistolik (angka yang lebih tinggi dalam bacaan tekanan darah).


Anda minat menanam ? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik







3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...