Friday, June 18, 2021

5 TIPS CANTAS PUCUK POKOK BUNGA ATI-ATI UNTUK DAUN RENEK DENGAN LEBAT DAN CANTIK DI LAMAN RUMAH ANDA

🌿Inginkan laman rumah yang cantik dan indah dipandang sama ada di bahagian ruang tamu di luar rumah atau di dalam rumah 
🌿pokok bunga ati-ati boleh jadi salah satu pokok hiasan di di laman rumah supaya rumah nampak lebih ceria  dan sedap mata memandang.  
🌿Kebanyakan masalah untuk pokok ati-ati ialah cara penjagaan yang  
betul yang ramai orang tak tahu.  
🌿Nak pokok bunga hidup cantik dan subur boleh tabur dengan Baja Milagro.

🌿Pokok bunga ATI-ATI (Coleus blumei) merupakan sejenis tumbuhan hiasan (ornamental) daripada keluarga Lamiaceae yang mudah dijumpai dan ditanam di Malaysia.  
🌿Pokok ati-ati mempunyai pelbagai warna daun yang berbeza dan unik  
dengan kombinasi satu atau beberapa warna yang menarik.   
🌿Warna daun yang kebiasaannya di jumpai di Malaysia ialah merah hati ditengah dan hijau dikeliling daun.  
🌿Ada juga daun yang berwarna hijau dan merah hati keseluruhan daun.  
🌿Tumbuhan ini juga mempunyai batang dan daun yang lembut.  
🌿Pokok ati-ati juga dikenali sebagai “pokok nilam” atau pokok “bangun-bangun”.  
🌿Pokok bunga ini sangat digemari dan disukai oleh suri rumah kerana warna daun yang cantik dipandang dan berwarna-warni. 

🌿Penjagaan untuk pokok bunga ini sangat memerlukan ketelitian daripada segi air,  
pencahayaan cahaya matahari dan membaja.  
🌿Tumbuhan ini sangat memerlukan air yang banyak kerana ia berbatang lembut.  
🌿Pokok berbatang lembut lebih cepat  penyejatan atau kehilangan air dalam proses transpirasi.  
🌿Transpirasi adalah proses pergerakan air melalui tumbuhan dan penyejatannya dari bahagian yang terdedah seperti daun, batang dan bunga. Selain itu, proses dimana tumbuhan kehilangan air dalam bentuk wap air melalui stomata pada daun


INI DIA 5 TIPS PENTING CANTAS PUCUK BUNGA ATI-ATI NAMAPAK LEBAT DAN CANTIK

1. Penyiraman air pada pokok mengikut masa dan cuaca yang sesuai

🌱Pokok ati-ati memerlukan kawasan tanah yang sentiasa lembap.   
🌱Dari segi keperluan air pada musim kemarau pokok bunga ati-ati perlu disiram 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang. 
🌱Pada waktu pagi pokok perlu disiram diawal pagi sebelum jam 10 pagi. 
Manakala waktu petang pula pokok perlu disiram selepas jam 4 petang dan sebelum jam 7 petang. 
🌱Manakala di hari biasa dan jika pokok berada di dalam rumah (indoor) pokok perlu disiram 1 kali sehari pada waktu pagi. 
🌱Pastikan pokok disiram dipangkal pokok (akar) dan bukan pada keseluruhan pokok untuk memudahkan akar mendapatkan air dan mengangkutnya ke dalam sel-sel pokok.  

            2. Lokasi tanaman yang strategik

🌱Pokok ati-ati tidak memerlukan cahaya matahari yang terlalu banyak kerana akan menyebabkan pokok layu. 
🌱Lokasi yang sesuai untuk pokok bunga ati-ati ialah dikawasan yang teduh. 
🌱Sama ada teduhan dibawah pokok atau menggunakan teduhan buatan seperti net. 
🌱Jika pokok bunga ati-ati diletakkan terdedah secara langsung kepada cahaya matahari akan menyebabkan pokok layu dan mati kerana kekurangan air.  
🌱Tetapi untuk mendapatkan corak dan warna yang terang dan menarik pokok boleh diletakkan dibawah cahaya matahari untuk sementara waktu. 
🌱Manakala, warna daun akan menjadi pudar dan tidak terdapat corak yang banyak pada daun kerana pokok tidak dapat pencahayaan yang lengkap. 
 
 



3. Memangkas (pruning), cantas atau pinching dahan pokok dengan betul

🌱Potong atau pangkas (pruning) pucuk untuk menggalakkan pertumbuhan ranting dan merimbunkan pokok.
🌱Pokok ati-ati yang ditanam dan telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak sekaligus mengeluarkan daun muda dimana ia akan berhenti. 
🌱Selepas pokok berbunga, disyorkan untuk memangkas (pruning) dahan bunga untuk menggalakkan pertumbuhan daun baru dan pertumbuhan yang lebih sihat dan cantik. 
🌱Memangkas dahan pokok perlulah dengan cara yang betul tanpa melukakan daun pokok. 
🌱Memangkas menggunakan gunting untuk elakkan pokok dipangkas dengan cantik.
🌱Perlu memangkas dengan memesong ke bawah untuk mengalakkan air turun ke bawah ketika hujan.
🌱Keratan dahan pokok bunga ati-ati yang dipangkas boleh digunakan untuk tanaman baru.

 



🌱Untuk pokok ati-ati kelihatan berimbun dan cantik perlulah melakukan proses pinching. 
🌱Proses cubitan (pinching) adalah proses membuang pucuk pada tumbuhan untuk membenarkan dua dahan yang baru tumbuh. 
🌱Proses ini perlu dilakukan apabila pokok muncul atau sudah tumbuh daun ke empat pada minggu ke 2 atau 3. 
🌱Selepas minggu ke 8 atau 9 aktiviti pinching sebagai cubitan kedua boleh dilakukan.

 

 
4. Cara pembajaan yang betul 
 
🌱Cara pembajaan yang betul akan memastikan pokok bunga ati-ati hidup dengan sihat. 
🌱Pokok bunga ati-ati perlu dibaja 1 kali untuk 2 minggu.
🌱Semasa membaja tanah perlu digembur dahulu dan gunakan 2 sudu baja MilAgro, taburkan di keliling batang pokok tanpa terkena pada batang atau dahan pokok ati-ati kerana akan menyebabkan dahan pokok layu dan melecur. 
🌱Selepas itu, tutupkan baja dengan tanah dan gaulkan sebati bersama tanah untuk mengawal bau tinja ayam.  
🌱Jika tanah digembur akan memudahkan akar pokok menerima nutrien dan proses pengudaraan di dalam tanah dan pokok tumbuh subur dan membentuk rumpun yang menarik.


 

5. Rebahkan batang pokok secara mengiring

🌱Batang pokok ati-ati perlu direbahkan secara mengiring untuk menggalakkan pertumbuhan ranting atau dahan yang banyak.
🌱Untuk dahan bunga ati-ati begini perlu direbahkan mengiring dan tahankan dengan batang kayu.


Kesimpulannya, penjagaan pokok bunga ati-ati memerlukan penjagaan yang teliti  
dan tidak boleh terdedah kepada matahari untuk jangka masa yang terlalu lama.  
Tetapi ia sangat mudah dijaga jika kita mengikut waktu penyiraman dan pembajaan pokok. Teknik untuk merimbunkan pokok juga sangat penting untuk dipraktikkan  
supaya pokok kelihatan cantik dan menarik sebagai halaman rumah di hari raya. 
 
Anda dapat sesuatu ilmu yang baru! jom kongsikan bersama rakan anda tentang ini. Anda suka  bercucuk tanam! Kita geng ! 
Jom join group facebook GengKebunOrganik😍

Wednesday, June 16, 2021

PKP TAK TAHU NAK TANAM APA! JOM TANAM HALIA. INI DIA 5 TIPS MUDAH TANAM HALIA DALAM PASU ATAU POLIBEG TIME PKP


Halia merupakan sejenis tumbuhan yang digunakan dalam masakan sebagai rempah yang berakar dan mempunyai khasiat tersendiri untuk kesihatan dan perubatan kepada tubuh badan manusia. Pada zaman dinasti China, halia digunakan sebagai ubat untuk loya, membantu kawal kolestrol dan mengawal kesakitan haid. 

Halia disebut dalam Al-quran Surah Al-insan ayat (Q:76:17),  firman Allah yang  bermaksud “Dan mereka dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya halia (zanjabil) ”. Fungsi halia dalam masakan adalah memberikan aroma dan penyedap dalam masakan. Tetapi ianya juga memberi manfaat untuk manusia. Antara khasiat yang terdapat dalam halia sebagai ubat ialah:


  1. Merawat kembung perut dan sakit perut

  2. Membantu penghadaman makanan lebih lancar

  3. Membantu mengeluarkan angin dalam badan

  4. Mengekalkan peredaran darah secara normal 

  5. Membantu meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam usus (merangsang rembesan enzim gastrik dan enzim pankreas yang bantu penyerapan nutrien).

  6. Mencegah demam dan selsema

  7. Mencegah barah usus

  8. Mnegurangkan kesakitan dan keradangan

  9. Melawan masalah pernafasan

  10. Menguatkan imuniti 

  11. mengurangkan risiko strok dengan cara menghalang lemak melekat pada arteri

  12. Untuk jus halia ianya dapat menghilangkan lendir dan kahak 


Kebanyakannya, halia yang dibeli tidak digunakan kesemuanya. Ada yang kecut sebab terlalu lama disimpan di dalam peti ais yang bersuhu sejuk. Jika ada halia yang disimpan sudah mengeluarkan tunas anda boleh tanam menggunakan tunas tersebut sebagai benih untuk tanaman halia. 

 

Cara tanam halia yang paling mudah dipraktikkan:



  1. Cuci halia dan potong halia mengikut mata tunas yang sudah tumbuh


  • Perlu potong tanpa melukakan tunas halia

  • Pastikan alatan pemotong bebas daripada patogen seperti bakteria, fungus dan sebagainya

  • Kerana ia akan bertindak balas terhadap permukaan halia yang terbuka selepas dipotong

  • Potong halia seperti di dalam gambar di bawah:




  1. Rendamkan halia kedalam air bancuhan racun kulat selama 1-2 hari


  • Racun kulat menggunakan ‘Dithane NT’. Bancuh racun menggunakan sukatan yang disyorkan.

  • Racun kulat berfungsi untuk membunuh kulat atau fungi yang ada pada halia

  • Dengan rendaman juga melembapkan kulit halia dan menggalakkan pertumbuhan akar lebih mudah untuk keluar daun baru dan membuat proses fotosintesis untuk pokok membesar

  • Jika tidak mahu rendam boleh pakai ‘hormon penggalak akar’ sebagai penggalak untuk akar tumbuh lebih cepat dan mengelakkan pokok terbantut

  • Ada dua jenis hormon penggalak akar iaitu dari segi serbuk atau cecair.

  • Anda nak bancuh sendiri pun boleh untuk DIY hormon penggalak akar ini. Hanya gunakan bahan-bahan di dapur sahaja.



  1. Keringkan halia selama setengah hari (tidak terlalu kering)


  • Mengelakkan jangkitan kulat pada halia kerana kulat akan cepat tumbuh dalam keadaan lembap 

  • Keringkan dengan cara menyelerakkan halia untuk proses pengeringan di bawah cahaya matahari



  1. Tanamkan ke dalam pasu atau polibeg dengan media tanaman yang sesuai 


  • Tanah atas (top soil), sabut kelapa (cocopeat) dan baja Milagro. Menggunakan nisbah 2:1:1.  

  • Fungsi sabut kelapa ialah sebagai bio udara kepada tanah dengan memberikan pengudaraan yang baik untuk tumbesaran akar dan tanaman. Campuran dalam cocopeat mempunyai perlite untuk mengurangkan masalah pengudaraan akar.  

  • 2 scope untuk tanah, 1 scope untuk sabut kelapa dan 1 sudu untuk baja Milagro. Campurkan ke semua media tanaman dengan sebati.

  • Masukkan ke dalam polibeg ¾  dengan saiz polibeg 16 inci x 16 inci.

  • Manakala pasu perlu berisipadu 15Liter ke atas dengan ketinggian pasu 30 cm dan ukurlilit 25cm agar akar halia dapat berkembang dengan bagus.

  • Buatkan lubang sebesar 2 inci dibahagian tengah polibeg.

  • Masukkan halia ke dalam tanah dan timbuskan dengan tanah. Jangan timbus terlalu dalam untuk mengelakkan tunas halia terhalang untuk membesar


  • Tunas juga memerlukan cahaya matahari untuk pertumbuhan daun baru bagi proses membuat makanan (fotosintesis).

  • Siramkan halia yang baru ditanam dan letakkan di tempat yang teduh untuk 1 - 2 minggu.

  • Selepas 2 minggu tunas pokok mula tumbuh dan pokok halia hasilkan daun yang baru, pindahkan pokok ke tempat tanaman yang terdedah kepada cahaya matahari.



  1. Siram pokok halia sebanyak 2 kali sehari (pagi dan petang) dan membaja pokok sebanyak 2 minggu sekali.


  • Halia adalah tanaman yang banyak memerlukan baja berbanding tanaman lain. 

  • Sebelum membaja pastikan tanah perlu digemburkan dahulu dan buangkan rumput yang tumbuh di kawasan tanaman. Jumlah untuk membaja ialah sebanyak 1 sudu teh dengan menggunakan baja MilAgro.

  • Pastikan siram pokok halia di kawasan tanah tanaman dan air mengalir dengan lancar melalui lubang polibeg.

  • Tujuannya adalah untuk mengelakkan air bertakung di dalam polibeg dan menyebabkan pokok mati. 

  • Dengan simptom daun pokok halia kekuningan.Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat melakukan proses fotosintesis dengan lancar untuk memberikan makanan kepada pokok dan menyebabkan pokok terbantut dan mati.




Menanam halia di dalam pasu atau polibeg sangat sesuai untuk suri rumah atau pekebun kecil. Selain itu, jika tiada kawasan tanah yang luas untuk menanam juga boleh menggunakan cara ini. Tiada halangan untuk mereka yang duduk dikawasan rumah untuk bercucuk tanam jika tidak mempunyai tanah untuk menanam.


Anda minat menanam. Jom kita bercucuk tanam di laman rumah 😊


Nak tau lebih lanjut jom tekan link di bawah:


                                                                                    CARA TANAM HALIA



Anda suka bercucuk tanam! Kita geng! Jom join group facebook GengKebunOrganik😍 untuk anda tau lebih banyak tips tanaman yang dapat memberi manfaat kepada semua.

Monday, June 14, 2021

DIY KULIT BAWANG MERAH & PUTIH SEBAGAI RACUN SERANGGA PEROSAK (BIOPESTICIDE)

Anda ada masalah serangga serang tanaman anda! jom ikuti cara ini! Pokok bunga, sayuran atau buahan ada banyak semut dan serangga putih boleh cuba cara ini. Menggunakan kulit bawang merah dan putih sebagai racun serangga yang organik untuk mengawal serangga perosak.

Bawang merah dan putih sangat mudah dijumpai dan merupakan bahan penting dalam masakan sebagai penyedap masakan dan aroma. Banyak khasiat tersendiri yang terdapat dalam bawang merah dan putih untuk kesihatan tubuh badan manusia dari segi dalaman dan luaran. 

Kebiasaannya, kulit bawang akan dibuang ke dalam tong sampah dan dianggap sebagai bahan sisa makanan. Sebenarnya, kulit bawang putih dan merah boleh dijadikan sebagai racun serangga perosak (biopesticide) secara semula jadi tanpa tambahan bahan kimia dan selamat di pakai untuk semua jenis pokok buah dan sayuran.

Bawang merah mempunyai kebaikan tersendiri untuk tanaman:

  • Mempunyai senyawa “acetogenin” iaitu keistimewaan sebagai ‘anti-feeding’ atau mengelakkan daun, dahan dan buah tanaman dimakan atau diserang oleh serangga perosak. 

  • Memberi kesuburan kepada tanaman dan mempercepatkan proses pokok membesar.

  • Mempercepatkan pertumbuhan buah dan bunga


Bahan-bahan :

  • Kulit bawang merah & putih yang direndam

  • 4 Ulas kulit bawang putih & 3 ulas bawang merah (dikupas)

  • Botol plastik (besar) & air paip

  • Penapis & corong air

  • Botol spray


Cara-cara :

  1. Kumpulkan kulit bawang merah dan putih (4 ulas bawang putih & 3 ulas bawang merah)

  • Pastikan kulit bawang tiada jangkitan penyakit seperti bakteria atau kulat.

-Untuk mengelakkan pokok sayuran atau buahan tidak terdedah dengan penyakit apabila menggunakan kaedah ini

-Kulit bawang merah yang ada penyakit biasanya dia berbau sedikit , mempunyai kesan bintik-bintik hitam dan kulit yang lembap. 


-Manakala untuk bawang putih mempunyai kesan kehitaman pada kulit bawang punca daripada kulat. Kulit bawang yang sihat mempunyai permukaan yang licin.



  • Asingkan kulit bawang yang terdedah dengan penyakit.



  1. Masukkan kulit ke dalam botol plastik

  • Campurkan kedua-dua kulit bawang 

  • Masukkan semua ke dalam botol

  • Tambahkan air (mengikut saiz botol)





  • Rendamkan campuran untuk 24 jam (1 Hari)

  • Jangan biarkan rendaman disimpan terlalu lama, lebih dalam 1 bulan (akan menghasilkan bau yang terlalu busuk dan menyebabkan air rendaman basi)

  • Jika disembur atau disiram kepada pokok akan menyebabkan serangga perosak tertarik dengan bau tersebut

  • Maksima air rendaman ini boleh disimpan dalam masa 1-5 hari dan simpan dalam suhu bilik. Kadar simpanan untuk kegunaan setiap hari juga 1-5 hari sahaja. Jika perlu air rendaman perlu dibuat mengikut kepada bilangan serangan serangga perosak sama ada dalam bilangan yang sedikit atau banyak.


  1. Saringkan atau tapiskan air rendaman mengunakan penapis

  • Air rendaman disaring sebanyak 2 kali

  • Perlu disaring untuk mengasingkan kulit bawang dan air rendaman kulit bawang


  1. Pindahkan air saringan ke dalam botol spray

  • Jika tiada botol spray boleh gunakan DIY botol plastik 

-Dengan cara tebuk penutup plastik (dapat jimat duit)

  • Gunakan bekas botol spray yang sedia ada pon boleh



  1. Semburkan biopesticide 

  • Semburkan campuran tersebut di bahagian daun, buah dan tanah tanaman sayuran dan buahan yang mempunyai serangga perosak.

  • Semburkan pada tanaman 1 kali setiap 2 minggu. Semburkan pada awal pagi sebelum jam 10 pagi 

  • Semburkan pada tanaman yang mempunyai seranggan perosak seperti semut, hama, lalat buah, afid (kutu daun), ulat bulu dan lain-lain.

  • Hasilnya boleh lihat dalam masa 10 minit

  • Jangan semburkan pada waktu hujan. Lakukan semburan selepas waktu hujan untuk mengelakkan larutan air hilang meresap ke dalam tanah.


Penggunaan kulit bawang putih dan merah sangat berkesan untuk tanaman dan tidak mencemarkan alam sekitar. Proses ini juga sangat mudah untuk dipraktikkan dan menjimatkan kos. Penggunaan racun serangga perosak secara kimia perlu dikurangkan dan kita perlu amalkan sikap jaga alam sekitar dan bumi kita untuk kesejahteraan semua dengan menggunakan kaedah ini (Biopesticide kulit bawang).

Nak ketahui lebih lanjut tentang cara-cara membuat DIY RACUN SERANGGA SEMULA JADI.

Anda dapat sesuatu ilmu yang baru! jom kongsikan bersama rakan anda tentang ini. Anda suka bercucuk tanam! Kita geng !

Jom join group facebook GengKebunOrganik😍

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...