Thursday, June 24, 2021

5 TIPS DIY HORMON PENGGALAK AKAR POKOK MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN DI DAPUR

PKP dilanjutkan lagi, dengan anggaran bilangan pesakit covid belum menurun sepenuhnya. Jadi kita perlu bersama-sama melandaikan angka ini dengan mematuhi  SOP yang dilaksanakan. Ramai yang terjejas akibat pelaksanaan PKP ini, jadi anda jangan termenung dan risau. Jom jana pendapatan side income bersama Milagro.  

Kebiasaan kita nak tanam pokok menggunakan keratan dahan kita akan rendamkan dahan tu sampai tumbuh akar untuk seminggu. Tak pon kita akan tanam je terus pada tanah. Kadar pertumbuhan setiap pokok adalah berbeza mengikut jenis tanaman. Mesti ada yang tau dan ada yang tak tahu kan kita juga boleh pakai hormon penggalak akar.  

Untuk kita tanam pakai keratan dahan pokok, dapat jimat masa jika kita nak rendamkan selama seminggu untuk akar pokok keluar. Kebiasaannya, hormon untuk akar pokok ni pekebun kecil akan beli je kat kedai tanaman. Ada 2 jenis hormon penggalak akar , ada yang jenis cecair dan ada yang jenis serbuk. Jika gunakan serbuk anda perlu bancuhkan dengan air mengikut sukatan dalam label cara penggunaan. Kita boleh buat sendiri hormon tu menggunakan bahan-bahan di dapur saja. Mudah, senang dan jimat.  

Ada pokok kita tanam pakai keratan dahan kita terus tanam, siram air letak baja tapi tak membesar. Jadi kita perlukan hormon akar pengakaran untuk pertumbuhan akar dengan cepat. Biasa nya hormon ini sangat sesuai untuk kaedah tanaman dengan cara tut atau cantuman dahan pokok. Jika akar pokok tidak bercambah dengan baik tak dapat la pokok nak membesar dengan sihat dan subur.

                                 

                     Akar sangat penting untuk pokok. Sebab apa

                        🌸Menyerap nutrien untuk pokok membesar

                        🌸Menyokong pokok dan memegang tanah

                        🌸Menyerap air daripada tanah

 
        Nak tau apa fungsi hormon akar ini untuk dahan pokok?


                     🌸Untuk mempercepatkan pertumbuhan akar pokok

        🌸Untuk tanaman subur dan sihat

        🌸Akar pokok tumbuh dengan elok dan sihat

        🌸Merangsang pertumbuhan akar baru

        🌸Nutrien mudah menyerap melalui akar baru

 

BAHAN-BAHAN

Gula perang (Brown sugar)
Ajinamoto
Belacan
Air redbull (energy drink) atau gunakan madu (jika tiada)
Bekas kecil (menyimpan cecair)
Dahan pokok untuk tanaman
Pasu & tanah


CARA-CARA MEMBUAT


1. Tuangkan 2 sudu besar gula perang 

 

🌻Gula perang bukan saja bagus untuk kesihatan tubuh badan kita 

🌻Tetapi ia juga dapat bantu beri nutrien pada pokok untuk mengeluarkan akar
🌻Banyak khasiat gula perang ni. 
🌻Diperbuat daripada tebu yang diproses menjadi gula dan mempunyai mineral penting seperti kalsium, magnesium dan beberapa jenis mineral lagi.
🌻Nak tau kenapa ia berwarna perang dan dipanggil gula perang?
🌻Nama nya ‘Molases’ yang ditambah dalam proses membuat gula perang ni
🌻Apa itu ‘Molases’? Ha mesti ramai tak tahu kan. Ia adalah bahan terakhir hasil daripada perahan tebu
🌻Ia pon mempunyai vitamin dan mineral yang tinggi
🌻Jadi anda rasa gula jenis mana yang baik untuk kesihatan?
🌻Gula yang dibuang kandungan mineralnya dan melalui proses peluntur atau yang masih kekal keasliannya.
🌻Mesti anda pilih gula perang kan.
🌻Untuk gula perang, kita gunakan untuk merangsang akar pokok keluar


                2. Letakkan 1 sudu besar ajinamoto

🌻Ajinamoto bukan saja sebagai penambah atau perisa kepada makanan atau masakan
🌻Untuk jadikan pokok subur pon boleh
🌻Tapi untuk segmen ni, ajinamoto digunakan untuk mengalakkan akar tumbuh dengan sihat dan subur
🌻Fungsi lain, ia boleh meningkatkan kadar kepekatan nitrogen dalam tanah. Jadi, jika nitrogen ada,ia akan membantu pertumbuhan akar pokok
🌻Fungsi utama untuk nitrogen mesti ramai dah tau kan ?
🌻Fungsi utama nya adalah kepada tumbesaran akar pokok
🌻Jadi tak ada nitrogen, terbantut la pokok kita nanti


                3. Letakkan 1 sudu besar belacan

🌻Belacan ni popular untuk orang jawa punya masakan
🌻Tak ada belacan tak sedap la 
🌻Belacan ni diperbuat daripada udang geragau 
🌻Fungsi udang atau belacan ini adalah sebagai penggalak tanaman yang bertindak untuk memberi ketahanan dan menguatkan imunisasi pokok daripada serangan serangga perosak
🌻Menguatkan akar pokok agar mudah menyerap nutrien dalam tanah
🌻Hancurkan belacan dengan sebati supaya senang larut 

               4. Tuangkan 5 sudu besar air red bull

🌻Gaulkan kesemua dengan sebati
🌻Pastikan ajinamoto & belacan hancur dan larut dalam air
🌻Jika anda tiada air ini tak apa
🌻Gunakan madu atau air biasa pon boleh


            5. Tuangkan cecair ke dalam bekas simpanan
🌻Cecair hormon pengakaran ni tahan untuk satu tahun
🌻Kaedah ni biasanya diguna pakai oleh petani di Thailand
🌻Jom kita buat sendiri kat rumah time PKP ni. Tak payah pergi kedai. Duduk rumah saja


CARA MEMAKAI HORMON 


          1. Sediakan dahan pokok

🌹Pastikan dahan atau keratan batang bebas daripada jangkitan penyakit
🌹Ambil keratan dahan yang sihat 

2. Buangkan ranting @ tinggalkan 1 pucuk sahaja 
🌹Kita buangkan ranting yang ada dan tinggalkan 1 sahaja
🌹Untuk keratan batang hasilkan dahan atau pucuk yang baru
🌹Fungsi nya untuk kurangkan persaingan kepada batang dan daun pokok menyerap nutrien daripada akar
🌹Akar peroleh daripada tanah

3. Rendamkan dahan ke dalam hormon pengakaran

 🌹Gaulkan dahan dengan cecair dan biarkan selama 15 minit. Untuk keratan dahan yang menggunakan kaedah tut, cecair boleh di sapukan pada dahan dan cantumkan

4. Tanamkan keratan dahan ke dalam pasu  
🌹Buatkan lubang sedalam 2 inci 
🌹Tanamkan keratan 

5. Siramkan pokok

🌹Siramkan pokok dan letakkan di  tempat yang redup 
🌹Dalam seminggu pokok akan mengeluarkan akar pokok dan pucuk baru

 

TIPS PENTING
🌸Pastikan anda mengikut sukatan yang telah ditetapkan untuk membuat hormon pengakaran ini untuk elakkan tanaman terbantut
🌸Larutan ini juga boleh digunakan sebagai baja untuk pokok 
🌸Sapukan pada hujung keratan batang untuk akar keluar
🌸Pastikan siram pokok setiap hari untuk pokok membesar dengan baik

🏵Boleh gunakan untuk semua jenis pokok ke?
-Boleh saja. Sesuai untuk keratan batang. Lagi-lagi untuk mereka yang nak tanam dengan kaedah tut keratan batang untuk durian ke, mangga pon boleh

🏵Tempoh berapa lama boleh simpan?
-boleh simpan untuk jangka masa setahun 
-Lepas anda buat DIY ni , anda marking date anda buat cecair ini bila

DIY ini sangat-sangat mudah,senang dan jimat. Anda dah tau apa kegunaan hormon penggalak akar ni. Jom lakukan di rumah, jangan kemana-mana jika tiada urusan penting. Sama-sama kita landaikan lengkungan covid 19 ni. Kita jaga kita. Jom bercucuk tanam di rumah. Nak ketahui lebih lanjut mengenai DIY HORMON PENGGALAK AKAR
Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman?
Kita geng ! Jom join group facebook GengKebunOrganik😍

Monday, June 21, 2021

5 TIPS RAWAT POKOK NANGKA BERBUAH DARIPADA MEMBUSUK DENGAN PENGGUNA BAJA MILAGRO PUAN ROSIDAH

Siapa tak kenal dengan buah nangka kan. Mesti semua tahu kan. Banyak khasiat yang terdapat dalam buah nangka. Kaedah tanaman pokok nangka (Artocarous heterophyllus) lebih popular dengan menggunakan keratan batang, ada juga yang menggunakan biji benih. Buah nangka sedap di makan begitu saja jika hasilnya menjadi tanpa gangguan penyakit dan serangan serangga perosak. 


Untuk mendapatkan hasil buah yang sedap dan sihat penjagaan pokok dari awal buah nangka keluar dan mula memasak di pokok adalah penting selain kita perlu membaja dan menyiram pokok untuk membesar dan mengeluarkan buah. Pokok berbuah lebat tapi buah membusuk dan tak dapat untuk dijual.


Kebanyakan buah nangka membusuk disebabkan oleh lalat buah. Lalat Dewasa akan bertelur di dalam buah yang hampir masak. Telur yang menetas menghasilkan larva atau ulat yang akan mengorek dan memakan isi buah. Anda nak tahu tips penting dalam merawat dan mengawal pokok nangka anda yang berbuah daripada busuk kesemuanya. Jom teruskan membaca, membaca jambatan ilmu. Lagi banyak anda membaca dan faham, lagi banyak benda baru yang anda dapat.



CARA-CARA:

1. Buang buah yang rosak 

 

🌺Buah yang rosak perlu dicantas untuk mengelakkan merebak ke buah yang sihat
🌺Pastikan cantas semua buah nangka yang telah dijangkiti
🌺Untuk mengetahui serangga menyerang buah nangka di awal kematangan buah ialah dengan           terlihatnya bintik hitam pada kulit buah nangka

 


2. Semburkan racun serangga organik 

 

🌺Untuk buah yang sihat perlu disembur dengan racun serangga
🌺Anda boleh gunakan racun serangga organik buatan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan        di dapur saja. DIY Racun serangga
🌺Tanpa memudaratkan buah dan alam sekitar
🌺Semburkan di permukaan kulit buah nangka dan pada tangkai batang pokok nangka
🌺Biarkan selama 15 minit untuk cecair tersebut meresap dan mengering
🌺Jangan sembur terlalu banyak dan elakkan sembur dipermukaan yang terbuka

 

 


3. Bungkuskan buah nangka dengan rapat

 

🌺Selepas 15 minit disembur dengan racun serangga organik, bungkuskan buah nangka dengan         guni yang sesuai dengan saiz buah
🌺Kebiasaannya, untuk awal penanaman buah nangka perlu dibungkus jika buah sudah mencecah       16-18 cm untuk mengelakkan buah diserang serangga perosak.
🌺Pastikan bungkus dan ikat semua buah nangka dengan rapat dan rapi
🌺Buah nangka biasanya dapat dipetik selepas 12 minggu dibungkus. Ia mengikut kepada jenis         nangka.

4.Letakkan 3 biji panadol 

 

🌺Ha! Ini petua penting untuk buah supaya tidak membusuk 
🌺Tumbukkan 3 biji panadol menjadi serbuk
🌺Taburkan di keliling pokok nangka secara bulatan
🌺Lakukan kaedah ini 1 kali untuk 2 minggu 

 

5. Baja pokok dengan baja Milagro

 

🌺Ini juga tips penting untuk buah subur dan sihat
🌺Lakukan proses pembajaan 2 minggu sekali pada pokok nangka
🌺Gunakan baja Milagro dengan letakkan 1 genggam tangan dan timbuskan ke dalam tanah 
🌺Baja diletakkan dikeliling pokok untuk akar menyerap nutrien yang ada di dalam tanah

 

Ini dia testimoni Puan Rosidah pengguna baja Milagro yang mempunyai masalah buah pokok nangka membusuk akibat serangan serangga perosak dan merebak ke semua buah. 

Untuk mendapatkan buah nangka yang sihat anda perlulah bungkus buah tersebut dan semburkan racun serangga. Selain itu, anda perlulah membaja untuk pokok mengeluarkan hasil buah yang sihat, subur dan berkhasiat.

Nak buah nangka anda berkhasiat gunakan baja yang organik berbanding baja kimia. Pastikan anda memilih yang terbaik untuk tanaman dan kesihatan tubuh badan anda. Anda dapat ilmu yang saya sampaikan.  

Jom sama-sama sebarkan ilmu ini supaya kita dapat berkongsi kebaikan yang anda untuk memberi manfaat kepada diri kita bahkan kepada semua.  

Anda suka  bercucuk tanam! Kita geng ! Jom join group facebook GengKebunOrganik😍



Friday, June 18, 2021

5 TIPS CANTAS PUCUK POKOK BUNGA ATI-ATI UNTUK DAUN RENEK DENGAN LEBAT DAN CANTIK DI LAMAN RUMAH ANDA

🌿Inginkan laman rumah yang cantik dan indah dipandang sama ada di bahagian ruang tamu di luar rumah atau di dalam rumah 
🌿pokok bunga ati-ati boleh jadi salah satu pokok hiasan di di laman rumah supaya rumah nampak lebih ceria  dan sedap mata memandang.  
🌿Kebanyakan masalah untuk pokok ati-ati ialah cara penjagaan yang  
betul yang ramai orang tak tahu.  
🌿Nak pokok bunga hidup cantik dan subur boleh tabur dengan Baja Milagro.

🌿Pokok bunga ATI-ATI (Coleus blumei) merupakan sejenis tumbuhan hiasan (ornamental) daripada keluarga Lamiaceae yang mudah dijumpai dan ditanam di Malaysia.  
🌿Pokok ati-ati mempunyai pelbagai warna daun yang berbeza dan unik  
dengan kombinasi satu atau beberapa warna yang menarik.   
🌿Warna daun yang kebiasaannya di jumpai di Malaysia ialah merah hati ditengah dan hijau dikeliling daun.  
🌿Ada juga daun yang berwarna hijau dan merah hati keseluruhan daun.  
🌿Tumbuhan ini juga mempunyai batang dan daun yang lembut.  
🌿Pokok ati-ati juga dikenali sebagai “pokok nilam” atau pokok “bangun-bangun”.  
🌿Pokok bunga ini sangat digemari dan disukai oleh suri rumah kerana warna daun yang cantik dipandang dan berwarna-warni. 

🌿Penjagaan untuk pokok bunga ini sangat memerlukan ketelitian daripada segi air,  
pencahayaan cahaya matahari dan membaja.  
🌿Tumbuhan ini sangat memerlukan air yang banyak kerana ia berbatang lembut.  
🌿Pokok berbatang lembut lebih cepat  penyejatan atau kehilangan air dalam proses transpirasi.  
🌿Transpirasi adalah proses pergerakan air melalui tumbuhan dan penyejatannya dari bahagian yang terdedah seperti daun, batang dan bunga. Selain itu, proses dimana tumbuhan kehilangan air dalam bentuk wap air melalui stomata pada daun


INI DIA 5 TIPS PENTING CANTAS PUCUK BUNGA ATI-ATI NAMAPAK LEBAT DAN CANTIK

1. Penyiraman air pada pokok mengikut masa dan cuaca yang sesuai

🌱Pokok ati-ati memerlukan kawasan tanah yang sentiasa lembap.   
🌱Dari segi keperluan air pada musim kemarau pokok bunga ati-ati perlu disiram 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang. 
🌱Pada waktu pagi pokok perlu disiram diawal pagi sebelum jam 10 pagi. 
Manakala waktu petang pula pokok perlu disiram selepas jam 4 petang dan sebelum jam 7 petang. 
🌱Manakala di hari biasa dan jika pokok berada di dalam rumah (indoor) pokok perlu disiram 1 kali sehari pada waktu pagi. 
🌱Pastikan pokok disiram dipangkal pokok (akar) dan bukan pada keseluruhan pokok untuk memudahkan akar mendapatkan air dan mengangkutnya ke dalam sel-sel pokok.  

            2. Lokasi tanaman yang strategik

🌱Pokok ati-ati tidak memerlukan cahaya matahari yang terlalu banyak kerana akan menyebabkan pokok layu. 
🌱Lokasi yang sesuai untuk pokok bunga ati-ati ialah dikawasan yang teduh. 
🌱Sama ada teduhan dibawah pokok atau menggunakan teduhan buatan seperti net. 
🌱Jika pokok bunga ati-ati diletakkan terdedah secara langsung kepada cahaya matahari akan menyebabkan pokok layu dan mati kerana kekurangan air.  
🌱Tetapi untuk mendapatkan corak dan warna yang terang dan menarik pokok boleh diletakkan dibawah cahaya matahari untuk sementara waktu. 
🌱Manakala, warna daun akan menjadi pudar dan tidak terdapat corak yang banyak pada daun kerana pokok tidak dapat pencahayaan yang lengkap. 
 
 



3. Memangkas (pruning), cantas atau pinching dahan pokok dengan betul

🌱Potong atau pangkas (pruning) pucuk untuk menggalakkan pertumbuhan ranting dan merimbunkan pokok.
🌱Pokok ati-ati yang ditanam dan telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak sekaligus mengeluarkan daun muda dimana ia akan berhenti. 
🌱Selepas pokok berbunga, disyorkan untuk memangkas (pruning) dahan bunga untuk menggalakkan pertumbuhan daun baru dan pertumbuhan yang lebih sihat dan cantik. 
🌱Memangkas dahan pokok perlulah dengan cara yang betul tanpa melukakan daun pokok. 
🌱Memangkas menggunakan gunting untuk elakkan pokok dipangkas dengan cantik.
🌱Perlu memangkas dengan memesong ke bawah untuk mengalakkan air turun ke bawah ketika hujan.
🌱Keratan dahan pokok bunga ati-ati yang dipangkas boleh digunakan untuk tanaman baru.

 



🌱Untuk pokok ati-ati kelihatan berimbun dan cantik perlulah melakukan proses pinching. 
🌱Proses cubitan (pinching) adalah proses membuang pucuk pada tumbuhan untuk membenarkan dua dahan yang baru tumbuh. 
🌱Proses ini perlu dilakukan apabila pokok muncul atau sudah tumbuh daun ke empat pada minggu ke 2 atau 3. 
🌱Selepas minggu ke 8 atau 9 aktiviti pinching sebagai cubitan kedua boleh dilakukan.

 

 
4. Cara pembajaan yang betul 
 
🌱Cara pembajaan yang betul akan memastikan pokok bunga ati-ati hidup dengan sihat. 
🌱Pokok bunga ati-ati perlu dibaja 1 kali untuk 2 minggu.
🌱Semasa membaja tanah perlu digembur dahulu dan gunakan 2 sudu baja MilAgro, taburkan di keliling batang pokok tanpa terkena pada batang atau dahan pokok ati-ati kerana akan menyebabkan dahan pokok layu dan melecur. 
🌱Selepas itu, tutupkan baja dengan tanah dan gaulkan sebati bersama tanah untuk mengawal bau tinja ayam.  
🌱Jika tanah digembur akan memudahkan akar pokok menerima nutrien dan proses pengudaraan di dalam tanah dan pokok tumbuh subur dan membentuk rumpun yang menarik.


 

5. Rebahkan batang pokok secara mengiring

🌱Batang pokok ati-ati perlu direbahkan secara mengiring untuk menggalakkan pertumbuhan ranting atau dahan yang banyak.
🌱Untuk dahan bunga ati-ati begini perlu direbahkan mengiring dan tahankan dengan batang kayu.


Kesimpulannya, penjagaan pokok bunga ati-ati memerlukan penjagaan yang teliti  
dan tidak boleh terdedah kepada matahari untuk jangka masa yang terlalu lama.  
Tetapi ia sangat mudah dijaga jika kita mengikut waktu penyiraman dan pembajaan pokok. Teknik untuk merimbunkan pokok juga sangat penting untuk dipraktikkan  
supaya pokok kelihatan cantik dan menarik sebagai halaman rumah di hari raya. 
 
Anda dapat sesuatu ilmu yang baru! jom kongsikan bersama rakan anda tentang ini. Anda suka  bercucuk tanam! Kita geng ! 
Jom join group facebook GengKebunOrganik😍

Wednesday, June 16, 2021

PKP TAK TAHU NAK TANAM APA! JOM TANAM HALIA. INI DIA 5 TIPS MUDAH TANAM HALIA DALAM PASU ATAU POLIBEG TIME PKP


Halia merupakan sejenis tumbuhan yang digunakan dalam masakan sebagai rempah yang berakar dan mempunyai khasiat tersendiri untuk kesihatan dan perubatan kepada tubuh badan manusia. Pada zaman dinasti China, halia digunakan sebagai ubat untuk loya, membantu kawal kolestrol dan mengawal kesakitan haid. 

Halia disebut dalam Al-quran Surah Al-insan ayat (Q:76:17),  firman Allah yang  bermaksud “Dan mereka dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya halia (zanjabil) ”. Fungsi halia dalam masakan adalah memberikan aroma dan penyedap dalam masakan. Tetapi ianya juga memberi manfaat untuk manusia. Antara khasiat yang terdapat dalam halia sebagai ubat ialah:


  1. Merawat kembung perut dan sakit perut

  2. Membantu penghadaman makanan lebih lancar

  3. Membantu mengeluarkan angin dalam badan

  4. Mengekalkan peredaran darah secara normal 

  5. Membantu meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam usus (merangsang rembesan enzim gastrik dan enzim pankreas yang bantu penyerapan nutrien).

  6. Mencegah demam dan selsema

  7. Mencegah barah usus

  8. Mnegurangkan kesakitan dan keradangan

  9. Melawan masalah pernafasan

  10. Menguatkan imuniti 

  11. mengurangkan risiko strok dengan cara menghalang lemak melekat pada arteri

  12. Untuk jus halia ianya dapat menghilangkan lendir dan kahak 


Kebanyakannya, halia yang dibeli tidak digunakan kesemuanya. Ada yang kecut sebab terlalu lama disimpan di dalam peti ais yang bersuhu sejuk. Jika ada halia yang disimpan sudah mengeluarkan tunas anda boleh tanam menggunakan tunas tersebut sebagai benih untuk tanaman halia. 

 

Cara tanam halia yang paling mudah dipraktikkan:



  1. Cuci halia dan potong halia mengikut mata tunas yang sudah tumbuh


  • Perlu potong tanpa melukakan tunas halia

  • Pastikan alatan pemotong bebas daripada patogen seperti bakteria, fungus dan sebagainya

  • Kerana ia akan bertindak balas terhadap permukaan halia yang terbuka selepas dipotong

  • Potong halia seperti di dalam gambar di bawah:




  1. Rendamkan halia kedalam air bancuhan racun kulat selama 1-2 hari


  • Racun kulat menggunakan ‘Dithane NT’. Bancuh racun menggunakan sukatan yang disyorkan.

  • Racun kulat berfungsi untuk membunuh kulat atau fungi yang ada pada halia

  • Dengan rendaman juga melembapkan kulit halia dan menggalakkan pertumbuhan akar lebih mudah untuk keluar daun baru dan membuat proses fotosintesis untuk pokok membesar

  • Jika tidak mahu rendam boleh pakai ‘hormon penggalak akar’ sebagai penggalak untuk akar tumbuh lebih cepat dan mengelakkan pokok terbantut

  • Ada dua jenis hormon penggalak akar iaitu dari segi serbuk atau cecair.

  • Anda nak bancuh sendiri pun boleh untuk DIY hormon penggalak akar ini. Hanya gunakan bahan-bahan di dapur sahaja.



  1. Keringkan halia selama setengah hari (tidak terlalu kering)


  • Mengelakkan jangkitan kulat pada halia kerana kulat akan cepat tumbuh dalam keadaan lembap 

  • Keringkan dengan cara menyelerakkan halia untuk proses pengeringan di bawah cahaya matahari



  1. Tanamkan ke dalam pasu atau polibeg dengan media tanaman yang sesuai 


  • Tanah atas (top soil), sabut kelapa (cocopeat) dan baja Milagro. Menggunakan nisbah 2:1:1.  

  • Fungsi sabut kelapa ialah sebagai bio udara kepada tanah dengan memberikan pengudaraan yang baik untuk tumbesaran akar dan tanaman. Campuran dalam cocopeat mempunyai perlite untuk mengurangkan masalah pengudaraan akar.  

  • 2 scope untuk tanah, 1 scope untuk sabut kelapa dan 1 sudu untuk baja Milagro. Campurkan ke semua media tanaman dengan sebati.

  • Masukkan ke dalam polibeg ¾  dengan saiz polibeg 16 inci x 16 inci.

  • Manakala pasu perlu berisipadu 15Liter ke atas dengan ketinggian pasu 30 cm dan ukurlilit 25cm agar akar halia dapat berkembang dengan bagus.

  • Buatkan lubang sebesar 2 inci dibahagian tengah polibeg.

  • Masukkan halia ke dalam tanah dan timbuskan dengan tanah. Jangan timbus terlalu dalam untuk mengelakkan tunas halia terhalang untuk membesar


  • Tunas juga memerlukan cahaya matahari untuk pertumbuhan daun baru bagi proses membuat makanan (fotosintesis).

  • Siramkan halia yang baru ditanam dan letakkan di tempat yang teduh untuk 1 - 2 minggu.

  • Selepas 2 minggu tunas pokok mula tumbuh dan pokok halia hasilkan daun yang baru, pindahkan pokok ke tempat tanaman yang terdedah kepada cahaya matahari.



  1. Siram pokok halia sebanyak 2 kali sehari (pagi dan petang) dan membaja pokok sebanyak 2 minggu sekali.


  • Halia adalah tanaman yang banyak memerlukan baja berbanding tanaman lain. 

  • Sebelum membaja pastikan tanah perlu digemburkan dahulu dan buangkan rumput yang tumbuh di kawasan tanaman. Jumlah untuk membaja ialah sebanyak 1 sudu teh dengan menggunakan baja MilAgro.

  • Pastikan siram pokok halia di kawasan tanah tanaman dan air mengalir dengan lancar melalui lubang polibeg.

  • Tujuannya adalah untuk mengelakkan air bertakung di dalam polibeg dan menyebabkan pokok mati. 

  • Dengan simptom daun pokok halia kekuningan.Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat melakukan proses fotosintesis dengan lancar untuk memberikan makanan kepada pokok dan menyebabkan pokok terbantut dan mati.




Menanam halia di dalam pasu atau polibeg sangat sesuai untuk suri rumah atau pekebun kecil. Selain itu, jika tiada kawasan tanah yang luas untuk menanam juga boleh menggunakan cara ini. Tiada halangan untuk mereka yang duduk dikawasan rumah untuk bercucuk tanam jika tidak mempunyai tanah untuk menanam.


Anda minat menanam. Jom kita bercucuk tanam di laman rumah 😊


Nak tau lebih lanjut jom tekan link di bawah:


                                                                                    CARA TANAM HALIA



Anda suka bercucuk tanam! Kita geng! Jom join group facebook GengKebunOrganik😍 untuk anda tau lebih banyak tips tanaman yang dapat memberi manfaat kepada semua.

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...