Showing posts with label bunga lebat. Show all posts
Showing posts with label bunga lebat. Show all posts

Sunday, April 19, 2020

6 TANAMAN BERACUN


Kredit gambar kepada Liputan6.com

Pohon beracun di dunia sangat banyak dan sebahagian besar berada di depan mata kita tanpa kita sedari. Sesetengahnya luaran nampak indah dan cantik, namun siapa sangka, tumbuhan ini mengandungi racun yang dapat membunuh manusia. Sememangnya adalah tidak diketahui berapa banyak tumbuh-tumbuhan yang cantik di Malaysia adalah beracun kepada manusia dan juga kepada haiwan . Tidak kira sama ada ia dimakan atau pun disentuh, ia boleh menyebabkan kesan bintik-bintik merah mahupun ekzema . 

Hal ini kerana kes-kes tentang keracunan tidak dilaporkan atau direkodkan secara tepat di Malaysia. Di Malaysia, adalah menjadi kebiasaan bagi orang-orangnya untuk mengguna ataupun memakan tumbuhan beracun sama ada dalam bentuk daun, biji, ataupun buah, setelah mereka menyediakannya dengan teliti. Misalnya, Terung meranti (Solanum nigrum) biasanya akan dimasak sebagai sayuran. Bagaimanapun, mereka telah sedar ia tidak baik dimakan dalam jumlah yang banyak. Menurut mereka, pengambilan buah tersebut yang berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala. 

Bagi pengemar tanaman adalah amat penting bagi mereka untuk mengetahui tanaman tanaman yang beracun agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini. Berikut merupakan antara tanaman beracun yang boleh didapati di Malaysia.

1. Bunga tahi ayam (Lantana camara)


Bunga tahi ayam atau Lantana camara tergolong di dalam keluarga Verbenacea. Bunga tahi ayam adalah sejenis herba yang kelihatan seperti pokok renek, berasal dari Amerika tropika. Ia mempunyai
batang yang berbulu dan berduri serta berukuran lebih kurang 2 cm. Daunnya kasar, beraroma dan berukuran panjang beberapa sentimeter dengan bahagian tepi daun yang bergerigi. Tanaman ini berbunga dalam satu jambak dan berbentuk seperti sebuah payung . Bunganya terdapat dalam pelbagai warna iaitu kuning terang atau jingga yang akan bertukar menjadi merah. Kadangkala bunganya juga terdapat dalam 2 ton warna iaitu bahagian luar bunga bertukar dari jingga menjadi merah dan bahagian dalam pula bertukar dari kuning menjadi jingga. Selain bunga, buah pokok ini Juga terdapat dalam satu jambak yang akan bertukar dari hijau menjadi biru tua. Setiap biji buah mengandungi 2 biji benih. Bunga tahi ayam mudah disebarkan dan boleh dijumpai disepanjang jalan dan juga padang terbuka di negara ini. 

Lantana mengandungi triterpenes tetapi tidak kesemuanya adalah toksid. Asid triterpene iaitu Lantadene A dan Lantadene B adalah toksid major yang bertanggungjawab ke atas ketoksidaan tumbuhan ini. Ia bertoksid apabila diberi kepada kambing pada dos 60mg per kg. Lantadene B kurang bertoksid jika berbanding dengan Lantadene A yang agak tinggi ketoksidaannya. Haiwan yang diserang oleh ketoksidaan ini akan menunjukan tanda-tanda toksid beberapa hari selepas memakan daun tumbuhan tersebut dan kematian pula akan berlaku beberapa hari kemudian. Keracunan menyebabkan intrahepatic cholestasis dan akibat kecederaan hati termasuk juga perebakan icterus, photosensitization, kurang aktif dan anorexia. Kematian juga mungkin disebabkan oleh kegagalan fungsi renal. 

2. Tuba (Derris elliptica)


Tuba atau nama botaninya Derris elliptica digolongkan didalam keluarga Leguminosae. Ia adalah tumbuhan kayu memanjat. Ia jarang-jarang berbunga di negara ini, mungkin kerana iklimnya yang tidak bersesuaian. Di China dan Jepun, mereka menanam tumbuhan ini untuk digunakan sebagai racun serangga tetapi di Sabah dan Sarawak , mereka menanam tumbuhan ini bagi tujuan perikanan. Derris elliptica muncul sebagai tumbuhan yang paling berpengaruh bagi genusnya. Serbuk kasar yang diperolehi daripada akar tumbuhan ini mengandungi bahan toksid yang aktif iaitu rotenone dan telah digunakan sebagai racun serangga dan juga racun ikan. Malahan ternakan seperti lembu , kerbau , kambing dan lain-lain telah mati selepas memakan tumbuhan ini. 

3. Penaga laut (Calophyllum inophyllum) 


Pokok Penaga laut yang rendang ini banyak tumbuh di sepanjang tepi-tepi jalan dan juga pinggir-pinggir pantai di Malaysia. Ia tergolong didalam keluarga Guttiferae manakala nama botaninya ialah Calophyllum inophyllum. Pokok ini dipercayai berasal dari India dan kepulauan Pasifik. Ketinggian pokok ini lebih kurang 20 meter tinggi dengan daun yang licin dan berwarna hijau gelap ,bersaiz diantara 10 hingga 15 cm panjang .Pokok Penaga laut ini juga menghasilkan bau yang harum dan terdapat diantara 4 hingga 15 kuntum didalam satu jambak. Kelopak bunganya berwarna putih manakala stamennya pula berwarna kuning. Buahnya berbentuk bulat dan berwarna hijau, berdiameter kira-kira 2 cm. Biji-biji dari pokok ini mengandungi lebih kurang 75 % minyak . Daunnya pula mengandungi saponin dan asid hidrocyanic. Dengan memakan biji-biji dari pokok Penaga laut ini , ia akan menyebabkan rasa hendak demam, muntah-muntah dan cirit-birit. Cecairnya pula boleh menyakitkan kulit dan mata jika terkena. Kebiasaannya, cecair dari pokok ini sering digunakan sebagai racun pada anak panah.   

4. Pokok sesudu (Euphorbia lactea)
 

Pokok sesudu adalah sejenis tumbuhan kaktus. Nama botaninya ialah Euphorbia lactea. Ia digolongkan dalam keluarga Euphorbiaceae. Pokok sesudu adalah tumbuhan yang berjus, tumbuh tegak setinggi lebih kurang 3 hingga 4 meter tinggi. Batangnya lurus dan bercabang sehingga hingga 3 hingga 4 yang selebar 7 cm. Cabang-cabang pokok sesudu mempunyai hujung yang tidak rata dan berduri tajam. Ia mengeluarkan susu getah yang melekit apabila dipotong atau sekiranya ia patah. Bunga dan buahnya pula jarang sekali dapat dilihat. Cecair seperti susu yang dikeluarkan oleh pokok sesudu boleh menyebabkan kerosakan yang teruk dan juga kecederaan dalaman. Penyerapan susu getahnya juga boleh menyebabkan kesakitan abdominal yang seterusnya mengakibatkan muntah-muntah, cirit-birit dan juga kematian. Jika getah tersebut terkena pada kulit, ia boleh menyebabkan dermatitis, pembengkakan serta melecur. Getah tersebut juga merbahaya kepada mata. Ia boleh menyebabkan pendarahan pada anak mata yang akhirnya boleh menakibatkan penglihatan kabur ataupun buta untuk sementara waktu sekiranya getah tersebut masuk ke dalam mata. 

5. Pisang tanah (Dieffenbachia) 


Pisang tanah adalah tumbuhan yang biasanya ditanam di dalam pasu di negara ini. Ia adalah dari keluarga Aracea. Genus, Dieffenbachia, dinamakan sempena dengan nama seorang tukang kebun, iaitu Herr Dieffenbach, dari istana Schoenbraun, Vienna pada tahun 1830. Ia mempunyai batang hijau yang tebal dan mengandungi banyak air, berukuran kurang daripada 1 meter tinggi. Daunnya rata, antara 25 hingga 30 cm panjang dan bertompok-tompok dengan warna putih atau hijau muda. Tumbuhan ini asalnya adalah daripada Amerika Selatan. Beberapa spesis dari tumbuhan ini boleh didapati di Malaysia, sama ada tumbuh secara liar, ditanam di taman ataupun di dalam pasu-pasu. Keseluruhan bahagian tumbuhan ini mengandungi jus yang aktif iaitu protoanemonine. Pisang tanah boleh menyebabkan kesan bintik-bintik merah jika mana-mana bahagian tumbuhan ini dimakan. Keracunan mungkin juga boleh menyebabkan kematian kerana kesukaran bernafas akibat daripada pembengkakan pharynx dan larynx. Pisang tanah juga merupakan faktor utama kepada kecederaan kanak-kanak terutamanya pada bahagian mata apabila cecair dari tumbuhan ini terkena pada mata ketika memetik buah tersebut. Ini akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat, perebakan oedema pada kelopak mata dan juga kerosakan pada permukaan kornea. 

6. Kecubung hitam (Datura fastuosa)



Kecubung hitam atau nama botaninya Datura fastuosa adalah sejenis tumbuhan herba renek yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan. Ia tergolong di dalam keluarga Solanacea. Ukuran tingginya kira-kira 1 meter dengan ranting-ranting muda yang berbulu dan berwarna ungu gelap. Ia berbunga sama ada sekuntum, dua atau tiga, lebih kurang 15 hingga 20 cm panjang, berwarna ungu dibahagian luar manakala bahagian dalamnya pula berwarna putih. Buah kecubung hitam berbentuk bulat dan dipenuhi dengan duri-duri pendek. Buah yang telah masak akan pecah dengan sendiri untuk mengeluarkan biji benih. Biji benih tersebut kelihatan seperti biji cili tetapi lebih besar, berbentuk seperti kekacang dan berwarna keperangan. Sebiji buah mengandungi lebih kurang 500 biji benih. Setiap bahagian tumbuhan ini adalah bertoksid kerana ia mempunyai bahan aktif iaitu daturine. Daturine mengandungi alkaloid laevoscyamine, hyoscine atau scopolamine dan sedikit atropine. Alkaloid tumbuhan ini akan bertindak dan menghasilkan anti-cholinergic manifestasi. Dengan memakan mana-mana bahagian tumbuhan ini sama ada biji, buah atau bunga akan menyababkan muka menjadi merah, anak mata membesar, kekeringan dan melecur di mulut, dahaga, kesukaran menelan, diikuti rasa mengantuk, keletihan, hyperthermia dengan sejuk yang melanpau dan inkoordinasi. Ketidaksengajaan dengan menggosok mata selepas memegang tumbuhan ini akan pembengkakan anak mata. Kematian juga tidak mustahil akan berlaku kerana disebabkan oleh respiratori paralysis. 

Sesuatu tumbuhan itu adalah dianggap beracun jika apabila ia digunakan dalam jumlah yang normal, ia boleh menyebabkan tindakbalas sepertu mengelakkan, menyekat, menahan atau memusnahkan proses semulajadi manusia atau haiwan yang seterusnya diikuti penderitaan, perubahan patologikal atau kematian perseorangan. Terdapat 7000 spesis tumbuhan beracun di dunia dan kebanyakkan spesisnya dijumpai di negara yang bersuhu panas dan lembap. Tumbuhan beracun akan berterusan ditanam kerana ia adalah bergantung kepada kegunaannya . Strategi yang terbaik sekali untuk mengelakkan keracunan tumbuhan ini ialah dengan mengelakkan ia daripada berlaku. Justeru itu, kita digalakkan untuk berhati-hati dalam mengendalikan tumbuh-tumbuhan ini.

Ada tak yang minat bercucuk tanam bermula dari perkongsian dilaman sosial ? Kita GENG 😍😍


Jom join kami di Facebook page Geng Kebun Organik 

Sunday, March 29, 2020

7 IDEA TANAMAN HIASAN YANG SESUAI DITANAM DI DALAM RUMAH

21 Small Indoor Plants for Apartment Living | ProFlowers


Buntu nak tanam pokok apa didalam rumah? Tiada ruang untuk bercucuk tanam? Terutama bagi anda yang tinggal di rumah pangsa, flat ataupun bagi mereka yang terlalu sibuk dengan tugasan harian, keinginan memiliki taman atau tumbuhan mungkin agak terbatas. 

Sebenarnya anda masih boleh bercucuk tanam dan memiliki tumbuhan-tumbuhan yang amat mudah dijaga malah boleh dibesarkan di dalam rumah dengan penjagaan yang minima tanpa memerlukan ruang yang besar. 

Seperti yang kita tahu, semua tumbuhan memerlukan penjagaan yang baik, tetapi tidak semua tumbuhan memerlukan penjagaan yang rapi. Malah ada di antaranya boleh hidup dengan baik dengan hanya meletakkannya ke dalam air dan diberikan sumber cahaya yang cukup dari tingkap rumah atau lampu yang cukup terang. Jadi apa yang penting adalah anda mendapatkan tumbuhan yang sesuai dan juga menyediakan keperluannya yang cukup. 

Kaum wanita, terutamanya golongan mak-mak, suri rumah sentiasa akan mencantikkan rumahnya dengan pelbagai jenis hiasan yang menarik. Disamping ia dapat membersihkan udara di dalam rumah. Namun tidak semua pokok hiasan sesuai untuk diletakkan di dalam rumah kerana ia akan menyebabkan keracunan toksid. Oleh hal yang demikian, adalah sangat penting untuk anda mengetahui pokok hiasan jenis mana yang sesuai untuk ditanam di dalam rumah agar tidak memberi kemudaratan kepada kesihatan anda. 

Berikut adalah beberapa tumbuhan yang dimaksudkan :

             1. Sirih Gading ( Epipremnum Aureum )


Sirih Gading ataupun Epipremnum aureum adalah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Araceae, yang berasal dari Mo'orea, Polynesia Perancis. Epipremnum Aureum merupakan salah satu tumbuhan yang teramat mudah untuk ditanam di dalam rumah. Ia bukan sahaja boleh ditanam menggunakan tanah malah ia juga boleh ditanam dengan menggunakan tanah, batu kerikil, leca, dan apa sahaja medium tanaman. 

Anda juga boleh meletakkannya terus ke dalam air dan meletakkannya di tempat yang menyediakannya sumber cahaya yang cukup. Pokok istimewa ini adalah tumbuhan yang paling sesuai ditanam sekiranya anda terlalu sibuk untuk meluangkan masa memberikan penjagaan kepada tumbuhan anda. 

Pokok ini juga dikenali dengan pelbagai nama di merata-rata tempat dan adakalanya dikenali sebagai Philodendron oleh penjual-penjual utama tumbuhan. Ia boleh didapati tumbuh dengan mudah di kawasan-kawasan beriklim tropika dan sederhana. 

2. Lidah Buaya
     

Pokok hiasan yang seterusnya adalah pokok Aleo Vera ataupun dikenali sebagai pokok lidah buaya (Aloe vera) bukan sahaja mudah tumbuh di dalam rumah, malah tidak memerlukan penjagaan yang banyak juga. Kebiasaannya Aleo Vera akan ditanam didalam pasu hiasan yang bersaiz sederhana akan memberi kesan yang menarik dan menyegarkan pandangan mata. Selain itu, anda tidak perlu menyiramnya setiap hari, tetapi anda perlu memastikannya untuk diletakkan di tempat yang sesuai dengan cahaya dan kehangatan yang cukup. Lidah buaya selain cantik untuk dijadikan hiasan, ia juga mempunyai kebaikan untuk merawat masalah rambut gugur, masalah kulit seperti mengelakkan parut dan merawat masalah kulit seperti jerawat. 

Daun Lidah buaya ini juga sebenarnya mempunyai kemampuan untuk menyerap semua bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam udara di rumah anda seperti benzena dan formaldehyde.Ia juga memerlukan tanah yang tidak menakung air, oleh itu anda tidak perlu menyiramnya setiap hari. Pastikan juga ia tidak mempunyai terlalu banyak anak untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Anda perlu segera memindahkan anak pokok lidah buaya ini ke medium lain agar tidak menganggu pertumbuhan pokok induknya.

3. Peace Lily
            

Peace lily (Spathiphyllum) juga merupakan sejenis tumbuhan dari kawasan tropika Amerika dan juga Aisa Tenggara. Ia sememangnya tumbuhan yang cantik terutamanya apabila ia mula mengeluarkan bunga. Peace Lily adalah yang paling popular sebagai tumbuhan hiasan dalaman, tetapi anda juga boleh menanam peace lily ini di luar dengan jayanya jika anda hidup dalam iklim yang hangat. 

Penjagaannya yang mudah membolehkan ia ditanam di dalam dan juga di luar rumah. Walau bagaimanapun, menjaga Peace Lily yang ditanam di luar kawasan rumah ia mempunyai sedikit perbeza daripada yang disimpan di dalam rumah. Peace Lily akan menjadi lebih cantik dan baik jika mendapat sinaran matahari yang terang. Selain itu, Ia juga memerlukan tanah yang agak lembab dan kelembapan tinggi menambahkan lagi kesegaran kepadanya. Jadi, anda perlu menyediakan kawasan yang teduh dengan cahaya yang cukup untuk mendapatkan hasil yang baik daripada pokok ini. Ia juga membantu untuk membersihkan udara di dalam rumah.

4. Monstera Deliciosa

Monstera Deliciosa adalah pokok hiasan dalam rumah yang terkenal di Malaysia malah ia merupakan pokok hiasan dalam rumah yang digemari di seluruh dunia.Ia juga banyak dijual di merata tempat. Ia menjadi pilihan ramai wanita kerana kecantikkan dan penjagaan yang mudah. 

Walaupun tidak berbunga, ia masih dapat menarik perhatian ramai wanita. Bukan sahaja berfungsi sebagai pokok hiasan, malah ia juga mampu memperbaiki kualiti udaradalam rumah dengan cara menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam dan mampu menyerap formaldehyde. 

5. Jade Plant

Jade Plant (Crassula ovata) juga merupakan pokok yang sesuai di tanam di dalam rumah dan mudah dijaga. Mempunyai daun yang menyimpan air, ia tidak perlu disiram secara kerap. Jadi anda perlu menyediakan tanah yang sedikit berpasir untuk mengelakkan air bertakung. Tumbuhan ini berasal dari Afrika Selatan dan Mozambique yang membolehkan ia menyesuaikan dengan keadaan suhu bilik dengan mudah. Apa yang penting, anda perlulah menyediakan pencahayaan yang cukup. Jade plant merupakan antara pokok hiasan dalaman yang cukup popular kerana ia mudah dibentuk dan tumbuh untuk jangkamasa yang lama.

6. Bunga Keladi (Dieffenbachia)

Dieffenbachia kebiasaannya dikenali sebagai bunga keladi dan mempunyai beberapa spesis yang sememangnya setelah sekian lama dijadikan sebagai tanaman hiasan dalaman. Ia adalah tumbuhan yang berasal dari kawasan tropika Amerika Selatan dan kini mudah didapati di kawasan tropika lain di dunia.Pokok Bunga Keladi ini memerlukan tanah yang sedikit lembab dan cahaya yang sederhana hingga terang. 

Penjagaannya tidak terlalu rumit dan cerewet. Apa yang penting sekiranya anda ingin memiliki tumbuhan ini anda perlulah berhati-hati dengan getahnya yang boleh menyebabkan iritasi pada kuli, terutamanya kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif.Tanaman ini kebiasaannya juga diletakkan di halaman rumah kerana saiznya yang agak besar kurang sesuai untuk diletakkan didalam rumah. 

7. Peperomia

Peperomia terdiri daripada kumpulan tumbuhan yang banyak dan ada di antaranya sesuai dijadikan tanaman hiasan. Oleh kerana ia memerlukan sedikit cahaya, persekitaran yang agak redup dan kelembapan, suasana dalaman rumah merupakan tempat yang sesuai untuk tumbuhan ini. 

Ia berasal dari kawasan yang berbeza-beza iaitu dari kawasan tropika sehingga ke kawasan beriklim sederhana. Jadi anda perlu mengetahui serba sedikit mengenai keperluan cahaya dan suhu yang sesuai untuk spesis yang anda pilih. Namun kebiasaannya peperomia tumbuh di kawasan yang redup dan lembab.

Sumber : Mimir Ensiklopedia


Ada tak yang minat bercucuk tanam bermula dari perkongsian dilaman sosial ? Kita GENG 😍😍


Jom join kami di Facebook page Geng Kebun Organik 



Thursday, March 26, 2020

7 TANAMAN RENEK BERBUNGA YANG TAHAN PANAS DAN CUACA KERING


Idea Menarik "Container Garden" Tumbuhan Renek Ati-Ati - IMPIANA

Seperti yang kita tahu, kebiasaannya pada bulan Ramadhan, cuaca di Malaysia agak panas. Tetapi cuaca yang panas ini , kita janganlah jadikan iainya alasan untuk kita tidak bercucuk tanam.Untuk kali ini, saya ingin kongsikan 10 jenis taman renek berbunga yang tahan panas dan cuaca kering. Lebih panas dan kering, lebih banyak ia akan menghasilkan bunga.


1. Bunga Butang ( Gomphrena Globosa )


Bunga ini dipanggil bunga butang adalah disebabkan oleh bentuknya yang bulat seperti butang. Bunga butang ini terdapat beberapa pilihan warna antaranya pink, ungu, dan putih. Tanaman ini mudah dibiakkan melalai biji benihnya yang terdapat di dalam kuntuman bunga.

2.   Balong Ayam ( Celosia Argentea )

Pokok bunga ini dari keluarga yang sama dengan bunga butang, Balong ayam mempunyai warna-warna yang lebih terang seperti merah, kuning dan oren. Cara pembiakkannya juga melalai biji benih yang diambil dari bunga yang telah kering.

3.  Bunga Pentas ( Pentas Lanceolata )
Tanaman renek ini mempunyai bunga berbentuk bintang yang tumbuh dalam bentuk gugusan yang besar. Warna merah adalah antara rona yang kerap menjadi pilihan. Lakukn cantasan di bahagian hujung daun untuk memastikan ia sentiasa  berbunga. Jika tidak melakukan cantasan, tumbuhan ini akan naik lebih tinggi dan idak berbunga.

4.  Bunga Tahi Ayam ( Lantana Camara )
Seterusnya adalah bunga tahi ayam. Walaupun namanya adalah tahi ayam, tetapi baunya tidaklah sebusuk yang digambarkan.Tanaman yang berasal dari belukar ini amat digemari oleh serangga penghisap madu seperti rama - rama. Ia mempunyai 2-3 warna yang berbeza. Tanaman ini perlu keraplakukan cantasan untuk mengawal tumbesaran tanaman disamping mengalakkan penghasilan bunga yang optimum.

5. Ros Jepun ( Portuluca Spp )
         
Tumbuhan jenis menjalar ini mempunyai batang yang menyimpan air. Terdapat lebih daripada 20 jenis species didunia da nada diantaranya mempunyai khasiat untuk kulit. Terdapat pelbagai rona yang ceria dan mudah dibiakkan melalui keratan batang.


6.  Alamanda ( Allamanda Spp )
  
Alamanda mempunyai bunga yang berbentuk terompet berwarna kuning. Getahnya mempunyai khasiat terhadap kesihatan namun pada dos yang tertentu.Dahulunya, ia kerap dipilih sebagai tanaman pagaran kerana warnanya terang. Pokok ini mudah dibiakkan melalui keratan batang yang sesuai untuk semua jenis tanaman.


7. Marigold ( Tagetes Patula )
           
Bunga yang kerap digunakan bagi tujuan keagamaan terutamanya hindu. Walaupun baunya kurang menarik, warna orennya melambangkan kemewahan. Hasil kajian, Marigold mempunyai kandungan yang digeruni serangga seperti nyamuk dan serangga perosak. Tanaman ini menjadi pilihan sebagai tanaman di kebun untuk mengawal serangga bagi petani yang mengamalkan cara tanaman organik.


Tuesday, July 30, 2019

PERANGKAP LALAT BUAH YANG PASTI BERHASIL





Haa, korang mesti ada kan masalah tak dapat makan hasil sebab buah rosak dan busuk? Geram je kadang sebab luar nampak cantik tapi bila dikupas busuk. Hampa rasa hati. Tu semua disebabkan oleh serangan lalat buah yang memang selalu akan mengganggu pokok-pokok buah.

Hari ni admin nak share satu cara bagaiman untuk membuat perangkap lalat buah ni! Mesti lepas ni dah boleh makan hasil kan! Eee seronoknyaa hehe.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Botol air mineral 1 litre / 500ml
  2. Lilin
  3. Pisau
  4. Tali
  5. Metil eugenol (boleh didapatkan di kedai-kedai pertanian)
  6. Kapas
Cara-cara :
  1. Panaskan hujung pisau dengan lilin untuk memudahkan membuat lubang di botol tersebut. Lubang di buat di beberapa  bahagian badan botol supaya lalat buah boleh masok dan terperangkap di dalamnya. Lubangkan sekali penutup botol untuk memudahkan proses mengikat tali
  2. Masukkan suku air ke dalam botol tersebut
  3. Ikatkan kapas/tisu yang dah diletakkan metil eugenol dan gantungkan di dalam botol tersebut.
  4. Gantungkan botol tersebut di dahan pokok anda yang jauh daripada buah supaya lalat buah betul-betul akan masuk ke dalam botol
Lalat buah memang menyukai bau metil eugenol yang akan membuatkan ia mencari arah bau tersebut

Untuk melihat sendiri praktikal perangkap lalat buah ini. Boleh klik link Perangkap Lalat Buah


Anda minat menanam? KITA GENG !


Thursday, July 18, 2019

7 PETUA HALAU LALAT SECARA SEMULA JADI YANG WAJIB ANDA CUBA. BEGINI CARANYA....



Masalah lalat memang sangat merimaskan. Walaupun kebersihan sudah dijaga, tetapi tetap juga lalat masuk ke rumah dan hinggap pada makanan. Lebih teruk lagi meninggalkan telurnya di makanan. Kadang-kadang tak perasan dalam tudung saji pun boleh ada lalat. Eeeee, geramnya!

Ni saya kongsikan cara halau lalat yang anda patut cuba di rumah. Hanya menggunakan bahan semula jadi yang ada kat rumah tau! Cepat, murah tapi efektif!

1) Limau Purut Dan Cengkih


Limau purut dan cengkih mengeluarkan bau yang wangi pada manusia. Tetapi tidak pada lalat. Sebab itulah gabungan kedua dua bahan semula jadi ini boleh berkesan untuk menghalau lalat .

Caranya mudah, potongkan limau purut, lemon atau limau nipis kepada dua bahagian. Kemudian cucukkan cengkh seperti gambar rajah di atas. Biarkan hirisan limau ini di atas meja atau di mana-mana tepat yang banyak lalat.

Petua ini juga dipercayai boleh menghalau nyamuk tau!


2) Serai Wangi


Seeloknya tanam serai wangi di sekitar rumah anda. Kalau tiada tanah untuk menanam, gunakan serai wangi ini sebagai semburan organik.

Caranya ialah ambil segenggam serai wangi dan bersihkan sebelum dikisar kering. Kemudian campurkan pes ini ke dalam secawan air dan biarkan semalaman. Esoknya tapiskan hampas dan masukkan ke dalam botol spray dan siap!

Semburkan pada tingkap dan pintu rumah supaya lalat tidak mendekatinya.


3) Timun


Timun adalah satu lagi jenis tanaman yang sangat dibenci oleh lalat. Untuk mengelakkan lalat daripada bertelur pada tong sampah anda, letakkan hirisan timun di sekitar tong sampah atau di atasnya. Anda juga boleh meletakkan timun tersebut di atas meja atau sekitar pintu dan tingkap rumah.


4) Kayu Manis 



Aroma kayu manis juga boleh menghilangkan lalat yang sering mengganggu anda. Caranya dengan tumbukkan kayu manis dan jadikan ia sebagai pewangi di dalam rumah. 

Untuk kesan yang lebih maksima, tumbukkan sekali bawang putih dan serbuk cili. Masukkan ke dalam kain perca dan gantungkan.


5) Daun Kari


 Daun kari ialah salah satu cara yang sering digunakan masyarakat untuk menghalau lalat terutama ketika kenduri kahwin.  Caranya, ambil secekak daun kari dan bilas dengan air bersih. Aroma yang dihasilkan oleh daun kari ini membuatkan lalat menjauhi rumah dan makanan anda.


Semoga perkongsian pada minggu ini bermanfaat untuk anda semua!


Sumber : Sirap limau

Anda minat menanam? Kita GENG ! Jom join Geng Kebun Organik


Monday, July 8, 2019

DAUN DURIAN BELANDA PALING KUAT MELAWAN KANSER. BEGINI CARANYA...



Durian belanda adalah buah-buahan yang senang ditanam dan cepat berbuah. Anggaran lebih kurang 2-3 tahun pokok dah mula berbuah. Tapi tahukah anda bahawa daun durian belanda sangat-sangatlah berkesan untuk merawat penyakit kanser dengan izin-Nya.


Ambil 10 helai daun durian belanda yang telah tua tapi sihat dan tidak dijangkiti penyakit. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air yang bersih. Tunggu sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum air yang telah dimasak tadi dan minum selama 2 minggu/ sehingga kanser yang dihidapi itu semakin sembuh.

Selain daripada merawat kanser, daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan badan. Ambil 5 helai daun durian belanda. Rebus dengan sukatan 4 gelas air, masak sehingga menjadi satu gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas air sahaja. Minum sehari sekali untuk kekuatan badan.



Sumber : Pertanian satu perniagaan

Anda minat menanam? Kita GENG ! 

Jom join Geng Kebun Organik

Wednesday, July 3, 2019

PETUA TURUNKAN KENCING MANIS DENGAN BIJI RAMBUTAN. RAMAI YANG TAK TAHU. BEGINI CARANYA...




Ramai yang tidak tahu sebenarnya biji rambutan boleh mengawal gula dalam darah/kencing manis/diabetes.

Cara penggunaanya ialah ambil 5 biji rambutan dan goreng sehingga masak. Kemudian, tumbuk sehingga hancur dan menjadi tepung. Selepas itu, campurkan dengan air sejuk dan minum. Amalkan minum dua kali sehari iaitu waktu pagi dan sebelum tidur.

Kajian yang telah dilakukan di Eropah pada tahun 2014 terbukti berjaya membebaskan seramai 17,524 pesakit kencing manis tahap 2 di seluruh dunia.

Kalau ada bahan semula jadi macam ni buat apa kita nak bergantung kepada ubat-ubatan kimia serta insulin tu kan.

Amalkan meminum ramuan daripada biji rambutan kerana ia mampu membebaskan kita daripada diabetes.

Selamat mencuba! Semoga ilmu ini bermanfaat buat semua pembaca


Minat menanam? Kita GENG !

Jangan lupa join Geng Kebun Organik okey 

Tuesday, July 2, 2019

GUBAHAN TAYAR TERPAKAI TERBAIK. KREATIF DAN UNIK!


Bila sebut je berkaitan tayar lusuh, mesti ramai beranggapan ianya barang yang perlu dilupuskan kerana dah takda nilainya. Tapi tahukah anda, jika sampah ini jatuh ketangan orang yang kreatif ianya akan menghasilkan ciptaan yang sangat menakjubkan tau. Biasanya, orang akan menggunakan tayar ini sebagai pasu hiasan tanaman untuk menyerikan laman rumah. Tapi, harini team Milagro nak kongsikan kepada anda beberapa gubahan kreatif manusia menggunakan tayar terpakai yang mungkin boleh anda contohi dan lakukannya sendiri di rumah.

1. Meja & Kerusi Santai 


Alangkah seronoknya jika di rumah kita mempunyai meja dan kerusi santai macam ni. Boleh duduk bersantai di petang hari sambil menghirup secawan teh bersama kesayangan kan. 

2. Rak Gantung

Anda juga boleh memilih untuk mengubah tayar menjadi rak gantung seperti ini. Selepas itu, boleh lah anda menyimpan koleksi kesayangan seperti hotwheel, robot, ataupun boleh juga menjadikan untuk menyimpan kunci rumah, kederaan dan sebagainya. Selamat mencuba.


3. Rak Payung

Haa,, selain boleh dibuat sebagai rak gantung dan kerusi santai, dengan menggunakan tayar lama anda juga mampu menghasilkan rak payung tau. Kreatif kan idea ni? 


4. Pasu Hiasan




Pasu hiasan berasaskan tayar terbuang ni ialah perkara lazim yang kita jumpa kat Malaysia ni. Tapi apa kata lepasni kita ubah pasu tayar ni jadi bentuk cawan seperti dalam gambar ni. Nampak menarik bukan? 


5. Harimau



Kalau anda betul seorang yang kreatif dan mempunyai kelengkapan yang mencukupi, anda boleh tiru idea ni. Pasti orang sekeliling anda kagum dengan kemahiran yang anda miliki. Selamat mencuba!!


6. Meja




Yang ini, anda hanya memerlukan tayar motorsikal untuk menhasilkannya. Jadi, anda bolehlah menyimpan tayar motor anda setiap kali anda menukar tayar motorsikal anda. Tapi kelemahan meja ini ialah, meja ini tidak mampu menampung beban yang terlalu berat. Oleh itu, anda boleh membuat sokongan pada kaki meja.


7. Patung Zirafah




Dengan hanya berbekalkan tayar lusuh, sebenarnya anda mampu membina kawasan permainan untuk anak-anak anda di halaman rumah. Lihat gambar di atas, pasti anak anda berminat untuk bermain dengan ciptaan anda kan?

Anda berminat mendapatkan Baja booster organik Milagro?
Hubungi atau whatsapp je kami di nombor +60126449220 (En Muhammad)

Minat menanam? Kita GENG ! Jangan lupa join Geng Kebun Organik okey 

Monday, July 1, 2019

PETUA MENGETAHUI BETIK JANTAN DAN BETINA MELALUI BIJI. RAMAI YANG TAK TAHU.....



Betik merupakan buah-buahan yang senang didapati di pasaraya tempatan. Rasanya yang manis dan berjus sangatlah segar dan enak jika dimakan sejuk-sejuk. Betik mempunyai banyak jenis, ada yang bulat dan ada yang panjang.

Biasanya sebelum menanam betik, biji perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum disemai. Betik yang tumbuh tak semestinya berbuah, ada yang cuma mengeluarkan bunga sahaja. Tapi tahukah anda, ada cara nak mengenal mana satu benih jantan dan betina, iaitu dengan memilih warna biji betik tersebut.

Biji yang berwarna hitam biasanya betina dan yang berwarna putih biasanya jantan. Cara ini telah dipraktikkan oleh petani sejak dulu lagi.

Sebelum menyemai, asingkan biji yang berwarna hitam dan putih sebelum disemai. Cara ini terbukti berkesan. Anda boleh cuba selepas ini!



Sumber : Pertanian Satu Perniagaan

Anda minat menanam? Kita GENG ! 

Jom join Geng Kebun Organik

Sunday, June 30, 2019

BEGINI CARANYA TANAM TERUNG DENGAN MUDAH DAN SENANG UNTUK MENGELUARKAN HASIL YANG BANYAK...


Terung atau nama saintifiknya dikenali sebagai Solanum melongena ini merupakan sayuran buah yang dipercayai berasal dari negara Sri Langka dan India. Tapi sekarang pokok terung ditanam diseluruh dunia termasuklah di Malaysia dengan pelbagai jenis. Buah terung mempunyai bermacam warna seperti ungu, hijau keputihan, ungu gelap, hijau berbelang ungu dan lain-lain. 

Sangat mudah untuk menanam terung ni sebab kaedahnya yang pertama adalah menggunakan biji benih yang boleh didapatkan daripada kedai-kedai pertanian. Boleh juga mendapatkan benih terung daripada buah terung yang telah matang/tua. Caranya belah terung yang matang dan asingkan benihnya serta keringkan di bawah sinaran matahari atau biarkan terdedah dengan haba di kawasan terlindung dan selamat. 

Boleh juga menggunakan kaedah tradisional dengan membelah 4 secara memanjang dari hujung buah hingga ke pangkal tangkai buah terung. Tetapi tidak dibelah secara terpisah. Sangkutkan buah terung yang matang/tua di tempat yang selamat dan masih terkena haba bagi membolehkannya kering secara perlahan-lahan. Sesudah kering bolehlah terus menyemai bersama benih dan buah yang kering itu, tidak perlu diasingkan Benih dan buah yang telah kering.

Jika menggunakan biji benih perlulah disemai terlebih dahulu diatas tray semaian atau bekas-bekas semaian yang mudah didapati. 


 Antara bahan media yang boleh dicuba untuk menyemai benih terung ialah:
1. Media campuran dengan nisbah 2:1:1 di mana 2 bahagian untuk tanah hitam/lom, 1 bahagian untuk pasir sungai dan 1 bahagian untuk kompos. Penjelasannya ialah anda boleh menggunakan apa-apa bekas untuk menyukatnya seperti gelas atau tin kecil. Maksudnya nisbah 2:1:1 ini mewakili masing-masing dengan 2 gelas tanah lom/hitam. 1 gelas pasir sungai dan 1 gelas kompos. Gaulkan ketiga-tiga campuran tersebut dan anda boleh menggunakannya.
2. Tanah kebun yang dicampurkan dengan kompos.
3. Cocopeat/sabut kelapa yang digiling halus yang dicampurkan dengan kompos dan sedikit pasir.
4. Peat-moss atau lumut gambut yang boleh dibeli di kedai.
5. Topsoil atau tanah atas yang bokeh dibeli di kedai.
Selepas 2 minggu atau 3 minggu, benih terung sudah boleh dialihkan ke batas. Siram anak benih pokok terung terlebih dahulu untuk mudah dicabut. Pembajaan boleh dilakukan selepas 2 minggu anak pokok dialihkan di atas batas. Tabur baja di setiap pokok terung dengan anggaran 3 sudu besar. 
Buah terung sudah boleh dituai selepas 1 bulan setengah hingga 2 bulan. Petik buah terung yang matang dengan melihat kulit buahnya yang berkilat
Sumber : Tanomkinotuan
Anda minat menanam? Kita GENG ! 

Jom join Geng Kebun Organik



Tuesday, June 25, 2019

ULAM PEGAGA MENGHIJAU BETUL !



Salah seorang pelanggan Milagro, encik Kwi Syukri yang berasal dari Terengganu. Beliau baru nak mencuba menanam. Sebelum ni beliau menanam, gunakan baja dari kedai 2 ringgit, habis hangus terus pokok-pokok tanaman beliau.

Dari saja-saja kata nak mencuba baja Milagro ni, beliau terus dapatkan dari ejen kawasan Terengganu. Kemudian, digunakan ada tanaman ulaman pegaga beliau. Masalah lain yang beliau alami adalah beliau menanam tapi tanaman tak subur kemudian terus mati. Yang sebelum ni boleh nampak pada keadaan ulam pegaga beliau daun-daunnya nampak kekuningan dan tak sihat. 
Selalunya masalah daun kekuningan ini disebabkan kekurangan air dan kekurangan cahaya matahari. Tapi lepas taburkan Milagro ni, nampak lebih hijau dan sihat untuk tanaman ulam pegaga beliau.

" Alhamdulillah semakin menghijau ulam pegaga. Betul-betul terbaik Milagro. Semoga tanaman anda-anda semua pun sihat walafiat hendaknya"

Jom dapatkan kegembiraan macam En Kwi Syukri ni!


Anda minat menanam? Kita GENG ! 

Jom join Geng Kebun Organik

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...