Thursday, June 10, 2021

PKP DATANG LAGI!TAK TAHU MACAM MANA NAK JANA INCOME! JOM JOIN KAMI. INI DIA 5 KELEBIHAN BAJA MILAGRO SEBAGAI BAJA ORGANIK UNTUK TANAMAN ANDA

PKP datang lagi, income anda tak mencukupi! jom Milagro bantu anda Bisnes Dari Rumah. Jom ketahui 5 kelebihan baja Milagro sebagai baja organik untuk tanaman anda subur dan hasil berganda.

Waktu PKP ini ramai yang terjejas pendapatan mereka. Kepada yang terkesan akibat PKP, Jangan risau dan sedih, sekarang zaman dah canggih. kita boleh jana income dengan buat bisnes secara online je, Jimat masa dan tenaga kita. PKP ramai yang ‘work from home’, jadi ada masa untuk luangkan bersama keluarga dan bercucuk tanam. Lagi-lagi mereka yang terkesan kerana dibuang kerja akibat PKP 1.0 dan PKP 2.0. 

Nutrisi yang lengkap kepada tumbuhan adalah sangat-sangat penting untuk tumbesaran dan kesuburan dari awal tanaman hingga hujung proses tuai hasil tanaman. Ianya dipanggil zat-zat yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan, tumbuh subur dan  mengeluarkan hasil yang berkualiti dan baik. Dalam baja MilAgro mempunyai 12 nutrien penting yang diperlukan oleh pokok, jika kekurangan nutrien akan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut atau terencat dan mengeluarkan hasil tanaman yang kurang berkualiti.

Baja MilAgro mempunyai kandungan nutrien yang lengkap dan sesuai untuk semua jenis peringkat. Adakah anda pernah dengar baja daripada tinja ayam? semua mesti tahu kan! dalam baja MilAgro ada tinja ayam sebagai bahan utama dan merupakan bahan organik yang mempunyai nutrien asas yang diperlukan oleh pokok untuk membesar. Penanaman tanaman secara organik kini sudah meluas dalam kalangan petani, suri rumah dan pekebun untuk dapatkan tanaman yang subur dan selamat di makan. Banyak kelebihan menggunakan tinja ayam sebagai baja organik dalam tanaman.

Antaranya ialah:

  • Menyuburkan tanah (tinja ayam akan mereput didalam tanah dengan bantuan mikrob atau mikro organisma bakteria baik dan memberikan nutrien lengkap yang diperlukan oleh tumbuhan) 

  • Mempertahankan tahap kelembapan di sekitar akar tanaman (dengan menjaga lapisan atas tanah menjadi terlalu panas)

  • Memperbaiki struktur tanah dengan cara menjadikan tanah ringan. Jadi, mudah ditembus oleh akar dan pengudaraan yang sempurna di dalam tanah.

  • Meningkatkan KPK (Kapasiti Pertukaran Kation) atau CEC (Capacity Exchange Cantion) untuk proses mengikat kation menjadi lebih tinggi 

  • KPK berupaya untuk manahan nutrien untuk keperluan tanaman dari masa ke masa “slow release”.

  • Memperbaiki pH tanah yang sesuai dengan tanaman untuk hidup subur





 5 KELEBIHAN BAJA MILAGRO SEBAGAI BAJA ORGANIK 

  1. Mengekalkan atau mengoptimumkan kelembapan tanah dengan bantuan tinja ayam



Baja ini mengandungi lebih kurang 55% air yang dapat mengekalkan kelembapan di dalam tanah. Baja ini dapat meningkatkan kapasiti penyerapan air oleh tanah dan melambatkan kehilangan kandungan air di dalam tanah. Merpertahankan tahap kelembapan di sekitar akar tanaman dan menjaga lapisan atas tanah daripada menjadi terlalu panas. Mempunyai khasiat makronutrient (NPK) yang tinggi terutamanya nitrogen (3 x ganda lebih banyak berbanding tinja haiwan lain), fosforus dan potasium yang membantu dalam tumbesaran pokok. Nutrien akan dikeluarkan secara perlahan “Slow release” iaitu tahap pengambilan nutrien lambat di dalam tanah dan diserap oleh akar kerana akar berupaya untuk memegang nutrien di dalam baja. (mampu memberikan nutrien kepada tanaman sehingga 6 bulan). Dapat memperbaiki struktur tanah menjadi lebih ringan untuk akar memanjang dan menembusi tanah untuk mengambil sumber air & nutrient yang jauh. 


Selain itu, baja organik MilAgro dapat bantu mencegah hakisan pada tanah dan mengekalkan kelembapan di dalam tanah. Dengan penggunaan tinja ayam ia dapat meningkatkan keupayaan tanah menyimpan nutrien pada baja untuk tempoh yang lebih lama.



  1. Memperbaiki proses pereputan tinja ayam dengan campuran serbuk kayu akasia dan mahogani

                     *serbuk kayu mahogani                        *serbuk kayu akasia


Penguraian atau pereputan tinja ayam secara semula jadi (anaerobik) dengan bantuan mikroorganisma dan membekalkan zat-zat nutrien kepada tumbesaran tanaman dari masa ke masa secara berterusan. Dengan bantuan kedua-dua serbuk kayu dapat memperbaiki struktur pengudaraan dan pergerakan air didalam tanah menjadi lancar dan mengurangkan air bertakung di kawasan tanaman yang boleh menyebabkan pokok mati. Penggunaan serbuk kayu dalam campuran baja MilAgro juga dapat melembapkan dan melembutkan struktur tanah, jadi mudah untuk air mengalir dalam tanah semasa aktiviti menyiram pokok. Mengelakkan kepadatan kompos berlebihan dengan cara menyediakan sokongan struktur sebatian aktif. Mempunyai 33 flavonoid dalam serbuk kayu ini yang tahan terhadap serangga perosak dengan campuran habuk kayu mahogani. Fungsi lain flavonoid ialah mengatur pertumbuhan pada akar dan pucuk tanaman.




  1. Mempunyai 2 jenis metabolit dominan sebagai smart enzim dan bakteria baik “basillus subtilis”

Terdapat 2 jenis metabolit adalah Phenol dan sterol sebagai smart enzim. Phenol sebagai antibodi atau ketahanan pokok hadapi serangan penyakit dengan cara merencatkan pertumbuhan patogen masuk kedalam pokok daripada awal penyerangan patogen seperti virus, bakteria, nematode dan kulat kepada tanaman. Sterol berfungsi mengawal kecairan dan kebolehtelapan sel membrane dengan cara membenarkan unsur-unsur yang diperlukan oleh pokok  seperti air, oksigen, karbon dioksida dan nutrien untuk bergerak merentasi sel membrane secara bebas dan terkawal.


Sel membrane adalah pagar yang mengelilingi sel dan mengawal pintu keluar masuk unsur-unsur yang diperlukan pokok untuk tumbesaran. Memberi kekuatan dan ketahanan kepada sel pokok dari serangan patogen (penyakit), stress fizikal dan suhu ekstrim (panas). Proses pengkomposan baja tinja ayam “MilAgro” dengan melibatkan jenis mikrob atau bakteria baik “basillus subtilis” yang memecah dan menguraikan baja tinja ayam di dalam tanah. Selain itu, membantu pertumbuhan akar pokok lebih panjang dengan bantuan bakteria “Bacillus subtilis” untuk mendapatkan nutrien dan air di kawasan jauh.



  1. Mempunyai 12 nutrient lengkap untuk tanaman hidup subur dan berkhasiat


Mempunyai kandungan nutrisi yang lengkap seperti makro & mikro nutrien. Makronutrien (NPK) seperti Nitrogen (N), fosforus (P) dan potasium (K) adalah nutrien asas untuk tumbesaran kepada tanaman pokok. Apabila baja organik MilAgro bercampur dengan tanah berpasir, kandungan nitrogen dalam tanah akan meningkat 40-60% dan untuk tanah jenis loam berpasir kandungan nitrogen dalam tanah akan meningkat 17% - 38%. Mikronutrien adalah nutrien tambahan kepada pokok seperti Calcium, Magnesium, Sulfur, Zink, Boron, Copper dan Ferum yang mempunyai fungsi tersendiri untuk pokok hidup subur dan mendapatkan hasil tanaman yang lebat. Hubungan ekologi antara tumbuhan, tanah dan alam sekitar dapat membantu menyeragamkan pengagihan nutrien ke dalam tanah supaya pokok dapat tumbuh dengan sihat walaupun dengan kepadatan nutrien yang rendah. 


Kadar pelepasan nutrien yang perlahan “slow release” dan konsisten mampu mengelakkan kejutan kepada pokok untuk menerima nutrien. Kadar garam terlarut dalam tanah (saliniti tanah) juga akan meningkat apabila menggunakan baja MilAgro yang mempunyai sumber tinja ayam. 


Garam terlarut ini akan diserap oleh akar tumbuhan untuk hidup lebih subur. Penggunaan baja MilAgro dapat menyuburkan tanah kerana baja organik di dalamnya akan membantu dalam proses pereputan dan seterusnya memberikan nutrien di dalam tanah dengan sempurna. Faktor yang menentukan kesuburan tanah ialah mempunyai unsur nutrien yang cukup dan seimbang dalam tanah. Selain itu, dengan bantuan hidupan mikrob dapat membantu pengaliran udara dalam tanah dengan baik. Selepas mencampurkan baja pada tanah perlu ditutup dan dikompos untuk kesan kesuburan tanah tahan lebih lama berbandin dengan aplikasi baja sebatian kimia.




  1. Memperbaiki pH tanah & tekstur tanah


Menggunakan smart enzim untuk membaiki struktur tanah, meneutralkan pH tanah  dan meningkatkan kandungan karbon dalam tanah. Kebanyakan nitrogen dalam tanah bersifat tidak larut. Bekalan nitrogen akan dilepaskan dan diserap oleh akar pokok secara perlahan. Kandungan nutrien, kelarutan dan pelepasan nutrient dalam baja organik adalah sederhana jika dibandingkan dengan baja kimia yang larut dengan cepat ketika waktu hujan.


Ini sangat penting untuk memastikan kecukupan dan keberadaan bekalan nitrogen untuk pokok pada setiap masa walaupun kesannya perlahan. Secara tidak langsung, baja organik MilAgro dapat meningkatkan kadar simpanan nutrien dalam tanah dan mengurangkan risiko baja terlebih. Peranan humus atau mikrob membantu dalam proses pereputan tinja ayam untuk tumbesaran pokok dan membantu memperbaiki struktur tanah. pH yang sesuai untuk pokok adalah 5.5 hingga 7.0 (neutral). Manfaat jangka panjang penggunaan baja organik ialah ia mampu meningkatkan kandungan karbon tanah disamping meningkatkan kesuburan tanah. Selain itu, dapat memperbaiki struktur tanah menjadi lebih ringan untuk akar memanjang dan menembusi tanah untuk mengambil sumber air & nutrien yang jauh.








Penggunaan baja yang sesuai perlu di titik berat untuk tanaman kita hidup subur, sihat dan berbuah dengan lebat. Lakukan aktiviti membaja untuk setiap dua minggu sekali untuk tanaman subur dan mempunyai nutrisi yang cukup. Jom kita amalkan tanaman organik, tanaman sihat untuk tubuh badan kita dan tidak mencemarkan alam sekitar. Pilihan di tangan anda. Jom kita bercucuk tanam! Waktu PKP ni kita luangkan masa dengan melakukan perkara yang berfaedah. Selamat mencuba ๐Ÿ˜Š


Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman?

Kita geng !

Jom join group facebook GengKebunOrganik๐Ÿ˜











Monday, June 7, 2021

CANTAS PUCUK CILI YANG TUMBUH DIBAWAH TUNAS AIR UNTUK POKOK BERBUAH DENGAN LEBAT, CEPAT & SUBUR



PKP datang lagi dan lagi! Dan sekarang lockdown Anda tak tahu PKP nak buat apa? minat dalam bercucuk tanam. Jom kita bercucuk tanam waktu PKP ni, kita jana side income sama-sama. Baja Milagro bantu anda jana pendapatan sampingan sementara anda mempunyai masa lapang PKP ini. Ramai yang terjejas akibat PKP, ada yang baru nak start bisnes kecil-kecilan dan diuji lagi dengan PKP lagi, ada yang hilang pekerjaan dan ada yang tiada pendapatan yang cukup untuk kos sara diri dan terpaksa buat part time job. 


Anda berhak memilih yang terbaik untuk diri anda. Sama ada anda nak buat kerja sampingan secara terbuka atau atas talian. Jadi jom kita jana pendapatan atas talian. Jimat masa dan kos. 


Penanaman cili di Malaysia kini makin popular kerana permintaan yang tinggi di pasaran. Tapi ada kekangan untuk mereka yang menceburi dalam bidang tanaman ini. Antaranya ialah ilmu pengetahuan tentang tip asas tanaman dan penjagaan pokok cili besar, tips penting macam mana kita nak mempercepatkan hasil cili dengan banyak. 


Untuk yang gemar kepada makanan pedas, cili padi atau cili besar menjadi bahan utama dalam masakan. Cili merah yang digelar Capsicum annuum yang terdiri daripada warna hijau dan merah. Untuk cili yang berwarna hijau, tahap kepedasan sangat pedas berbanding dengan cili jenis merah. Tak lengkap la bahan masakan tanpa cili, tak ada la rasa pedas - pedas nanti tak sedap la. Cili padi salah satu bahan penting dalam ramuan untuk semua jenis masakan, tidak kira masakan untuk lauk, sayur atau nasi goreng. Tak sah kalau tidak menggunakan cili padi dalam masakan, apatah lagi untuk yang suka makanan pedas menyengat. Barulah ada umphh katanya. Nak tanaman lebih subur guna kan baja Milagro untuk pembajaan dan dapatkan tanaman cili yang organik dan lebih sihat.



CARA-CARA CANTAS PUCUK BAWAH TUNAS AIR


  1. Rendamkan dan keringkan biji benih


Anda nak gunakan biji benih cili yang sedia ada pon boleh. Anda boleh gunakan biji benih daripada cili anda beli di pasar raya. Pastikan biji benih sihat & tiada jangkitan daripada kulat, bakteria atau virus. Jika nak pucuk cili tumbuh dengan cepat, biji benih perlu direndam untuk setengah hari dan keringkan di atas tisu. Dan boleh semaikan di dalam pot.


Pastikan gunakan biji benih yang kompetant. Apa itu kompetent? Kompetant bermaksud biji benih cili padi itu mempunyai keupayaan untuk bercambah dan menjalankan tugas untuk membesar dengan sempurna dan sihat. Menggunakan biji benih varieti yang bagus juga antara faktor pokok supaya tidak layu. 


Variati cili padi yang terdapat di Malaysia ialah cili kulai, cili Bara dan cili Hibrid. Variati yang popular untuk cili besar ialah cili kulai 568 yang mendapat pasaran baik sekarang. Penggunaan biji benih yang kurang baik boleh menyebabkan pokok terbantut atau tidak dapat menghasilkan buah yang mempunyai kualiti yang baik.


Biji benih perlu direndam ke dalam air bersih untuk memilih biji benih yang sihat dan berkualiti. Jika biji benih yang terapung di atas air ianya merupakan biji benih yang tidak sihat. Manakala biji benih yang tenggelam merupakan biji benih yang sihat. Ianya terapung kerana isi dalam biji benih sudah kosong. Tapiskan biji benih yang terapung. Basmi biji benih dengan larutan mangan sebanyak 2%. Fungsi larutan mangan ialah untuk memberi ketahanan kepada biji benih daripada serangan penyakit. Menggunakan 500 ml air dan 2 gram larutan mangan dan rendamkan biji benih semalaman. 



Tapiskan biji benih dan keringkan di atas tisu. Waktu semaian biji benih ke dalam dulang semaian pastikan biji benih betul-betul kering. Penyediaan benih cili padi sebagai benih adalah asas penting untuk tanaman sayuran ini.




  1. Semai biji benih dalam dulang semaian. 


Semaikan biji benih dalam dulang semaian, jika anda hendak tanam terus ke dalam pasu pon boleh, tiada masalah. Tetapi perlu letak di bawah tempat yang redup. Masukkan campuran tanah kedalam setiap lubang dulang semaian. 


Boleh gunakan campuran tanah dengan campurkan 5 scope tanah, 1 scope sabut kelapa dan 1 sudu teh baja Milagro. Boleh juga anda gunakan keseluruhannya dengan cocopeat. Letakkan biji benih pada setiap pot dengan 2-3 biji benih dan timbuskan dengan tanah. Jangan timbus terlalu dalam kerana pucuk hendak keluar mencari matahari dan membuat makanan untuk membesar. Siramkan kesemua biji benih yang sudah ditanam.



Tutupkan dengan surat khabar & basahkan. Dulang semaian ditutup dengan surat khabar. Basahkan surat khabar (jangan terlalu basah). Untuk menggalakkan akar dan tunas biji benih keluar


Bungkus dulang semaian dengan plastik hitam atau silvershine. Tutupkan tray dengan plastik hitam atau plastik silvershine untuk menggalakkan akar biji benih keluar. Letakkan di tempat yang redup dan elakkan pencahayaan terus kepada matahari. Biarkan sehingga 4-5 hari di kawasan redup. Hari ke-5 anda boleh buat intaian pada dulang semaian untuk melihat kadar percambahan biji benih



Dedahkan pada cahaya matahari selepas tunas biji benih sudah keluar. Jika tunas sudah kelihatan, bukakan plastik dan dedahkan anak benih kepada cahaya matahari. Tujuan dedahkan kepada cahaya matahari adalah untuk pokok membesar dan melakukan proses fotosintesis. Selepas 20-25 hari, tibalah masa pindah anak pokok daripada dulang semaian ke dalam polibeg atau pasu.



  1. Sediakan media tanaman untuk pindahkan anak pokok ke polibeg


Media tanaman untuk tanam cili padi di dalam pasu adalah tanah, sabut kelapa (cocoapeat) dan baja Milagro. Menggunakan campuran nisbah 2:2:1. 2 scope untuk tanah, 1  scope untuk sabut kelapa dan 1 sudu makan baja Milagro. Gaulkan kesemuanya dengan sebati. Pemilihan media tanaman yang betul. Pastikan menggunakan campuran media tanaman yang sesuai. Apa itu media tanaman? Media tanaman ialah bahan-bahan penting untuk tanaman hidup sihat dan subur. 





  1. Pindahkan semaian biji benih (anak pokok) ke dalam pasu


Biji benih mula bercambah selepas 20-25 hari, tibalah masa pindah tanam anak pokok Masukkan campuran media tanaman ke dalam pasu sebanyak ¾. Pindahkan anak pokok cili padi yang sudah membesar selama 2 minggu ke dalam pasu. Sebelum tanamkan anak pokok, buatkan lubang dahulu mengikut saiz anak pokok (1 inci menggunakan jari). Timbuskan anak pokok dengan tanah. Pindahkan anak pokok pada waktu pagi sebelum jam 11 pagi supaya pokok tak layu jika dipindahkan pada siang hari.




  1. Siramkan anak pokok


Siramkan anak pokok dan letakkan di tempat yang redup untuk elakkan pokok layu dan mati. Pastikan semasa siram anak pokok air mengalir melalui lubang pasu dengan sempurna. Selepas 3 hari, pindahkan anak pokok ke kawasan matahari.




Penjagaan pokok cili besar


Untuk penjagaan cili padi memerlukan pemerhatian dari segi pembajaan, penyiraman, merumput dan mengawal serangga perosak. Boleh lakukan pembajaan dengan baja Milagro sebanyak ½ sudu teh selepas 7 hari pindah anak pokok ke dalam pasu. 


Selepas itu, Pokok perlulah di baja dengan baja MILAGRO 1 x setiap 2 minggu. Sebelum membaja, tanah perlu digembur dahulu untuk pengudaraan dalam tanah lancar. Taburkan baja dan gaulkan dengan sebati untuk pokok hidup subur. Siramkan pokok 2 x setiap hari untuk tanah sentiasa lembap dan pokok tidak kekurangan air. Siramkan pada awal pagi sebelum jam 11 pagi dan pada waktu petang selepas jam 5 petang. Elakkan siram pada waktu siang untuk mengelakkan dahan pokok terbakar dan melecur. Aktiviti merumput juga perlu dilakukan untuk elakkan persaingan antara pokok cili padi dan rumput dapatkan makanan



TIPS PENTING


  1. Pastikan medium peat moss sentiasa lembap ketika disimpan di dalam plastik hitam untuk mengelakkan anak benih mati

  • Bagaimana nak pastikan peat moss sudah kering? Peat moss yang basah akan kelihatan berwarna hitam dan kering akan kelihatan coklat keperangan.

  1. Pastikan media tanaman tiada jangkitan kulat sebelum diletakkan di dalam dulang semaian.

  2. Pastikan biji benih sihat & tiada jangkitan daripada kulat, bakteria atau virus. 

  3. Cara bagaimana untuk lebatkan buah cili ialah dengan mencantas pucuk di bawah tunas air yang pertama.

  • Apa itu tunas air? Tunas air ialah dahan anak pokok cili yang bercambah kepada dua bahagian dan berbentuk Y.

  • Cantas pucuk bawah tunas air anak pokok cili 

  • Apabila anak pokok sudah dipindahkan selama 2-3 minggu ke polibeg

  • Fungsi mencantas ialah untuk mempercepatkan penyerapan nutrien terus pergi kepada dahan tunas air dan yang lain

  • Jika tidak dicantas pokok akan terbantut dan melambatkan proses pokok membesar.


   Penanaman cili padi memerlukan langkah yang betul untuk menanam daripada awal semaian sehingga lah dapat hasil tuai. Jika tidak mengikut langkah-langkah yang betul untuk mengawal kehadiran patogen atau penyakit daripada awal semai biji benih ia akan menganggu tumbesaran pokok untuk hidup sihat dan subur. Jangan lupa lakukan rendaman biji benih dahulu dan keringkan dengan cara yang betul untuk dapatkan hasil tanaman yang sihat. Pastikan tanah bersaliran baik untuk mengelakkan pokok berpenyakit berpunca daripada serangan di bahagian akar pokok. Campurkan baja Milagro dalam tanah untuk mempercepatkan pertumbuhan cili dan kurangkan risiko serangan serangga perosak.


Dapat tak ilmu baru macam mana nak dapatkan buah cili yang lebat๐Ÿ˜‰ Jadi jom kita buat, tunggu apa lagi! Jom bercucuk tanam.


Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman?

Kita geng !

Jom join group facebook GengKebunOrganik๐Ÿ˜


Tuesday, June 1, 2021

5 CARA DAPATKAN ANAK POKOK PISANG YANG BANYAK MENGGUNAKAN BONGGOL PISANG DENGAN MUDAH


 Pokok pisang merupakan tanaman yang popular dan mudah dijumpai di Malaysia. Kebanyakan tanaman pisang di tanam secara komersial dan kecil-kecilan oleh peladang dan pekebun kecil. Disebabkan oleh permintaan pisang yang tinggi ia menjadi antara tanaman penting di Malaysia. Kebanyakan pisang yang dimakan hari ini merupakan keturunan daripada Musa acuminata dan Musa balbisiana. Pisang adalah sekumpulan tanaman berbuah dan herba yang diketahui berasal dari kawasan tropika. 

    Berdasarkan kajian, tanaman pisang dianggap berasal dari rantau Asia Tenggara, terutama semenanjung Tanah Melayu, Filipina dan India. Tumbuhan ini juga dikelaskan sebagai tanaman monokot atau biji tunggal. Pisang bukanlah pokok kayu kerana tidak mempunyai batang kayu. Salah satu keunikan tanaman ini ialah menghasilkan buah dalam jumlah banyak.

    Pisang adalah buah yang sangat berkhasiat yang merupakan sumber vitamin, mineral dan karbohidrat yang bagus. Antara kelebihan dan khasiat nya ialah:
1. Mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 
2. Kulit pisang dapat digunakan untuk membuat cuka melalui proses penapaian alkohol dan cuka 
3. Menurunkan tekanan darah
4. Mengatasi masalah sembelit
5. Memberi tenaga dengan segera
6. Mengurangkan cirit-birit

    Untuk menanam pokok pisang, cara yang mudah ialah kita menggunakan anak pokok pisang yang tumbuh di tepi pokok pisang.


    
    Ia menjadi kebiasaan untuk petani dan pekebun-pekebun kecil untuk pokok pisang tumbuh dengan banyak dan cepat. Ia sesuai untuk pekebun kecil sahaja untuk kaedah ini kerana ia tidak memerlukan kuantiti anak pokok pisang yang banyak. Untuk mereka yang mempunyai ladang kaedah yang sesuai untuk menanam pokok pisang ialah dengan menggunakan bonggol pisang.


    Kebiasaan, dari bonggol yang telah di tebang pokok nya untuk tujuan di tuai,
ia mampu menghasilkan lebih daripada 5 anak pokok dalam satu masa. Namun ia bergantung kepada jenis dan saiz bonggol pisang.


CARA-CARA

Berikut adalah cara-cara penghasilan anak pokok pisang dari bonggol nya.
1. Pilih bonggol pisang yang sihat dan bersihkan dari segala kotoran.

    Kenapa kita perlu ambil bonggol pisang yang sihat? Ia untuk mengelakkan anak pokok yang kita tanam bebas daripada penyakit. Pokok pisang sangat mudah dan sensitif untuk terkena serangan penyakit. Penyakit yang popular mudah dijangkiti pokok pisang ialah pokok layu akibat bakteria yang menyerang batang dan daun pokok pisang. Daun pokok pisang menjadi kuning dan bertukar coklat dan menyebabkan dahan layu dan mati. Menyebabkan tempoh pengeluaran hasil menjadi lambat. Jadi pastikan akar bonggol pisang tidak diserang bakteria Ralstonia solanacearum. Macam mana anda nak tahu diserang bakteria? Pastikan bonggol yang kita ambil daripada pokok pisang yang sihat dan daun tidak kekuningan atau layu. Kebiasaannya, bonggol pisang juga akan layu.

2. Potong bonggol pisang mengikut kesesuaian mata tunas. Kebiasaannya, saiz yang digunakan adalah 12 x 12cm.

    Pastikan pisau atau parang yang anda gunakan untuk memotong tajam dan bersih. Maksud bersih di sini ialah alatan memotong bebas daripada sebarang penyakit daripada tanaman lain untuk mengelakkan bonggol pisang dijangkiti


3. Bonggol yang telah siap dipotong tadi direndam ke dalam larutan anti fungus, dan racun serangga selama 15 minit

    Kenapa perlu direndam ke dalam larutan anti fungus? Ia untuk menghapuskan fungus atau bakteria yang ada pada bonggol pisang tersebut. Elakkan akar pokok dijangkiti penyakit dan menyebabkan tanaman mati
Jumlah larutan perlu mengikut sukatan yang telah ditetapkan.


4. Benih yang telah direndam boleh ditoskan dan terus disemai ke dalam medium semaian.
Pastikan benih tidak terlalu basah semasa disemai atau ditanam

    Untuk medium semaian bonggol pisang, ia memerlukan tanah yang mempunyai saliran yang baik. Oleh itu, medium serbaguna yang telah siap perlu dicampur dengan pasir pada nisbah 1:1. Jangan lupa campurkan baja Milagro pada medium tanaman anda sebanyak 1 sudu teh dan gaulkan dengan sebati.

5. Semaian perlu disimpan di bawah tempat tertutup untuk tempoh 1 bulan. 

    Setelah 1 bulan, pindahkan ke tempat terbuka. Setelah anak pokok berusia 3 bulan, barulah ia sesuai ditanam terus di tempat kekal.



    Antara tip penting tanaman pokok pisang yang ramai tak tahu! Macam mana kita nak dapatkan buah yang sihat, subur dan banyak. Ini dia tips penting yang mudah kita praktikkan:

1. Selepas 3 bulan anak pokok pisang membesar dan kita pindahkan di kawasan yang luas (Kawasan tanaman).
2. Jika jantung pisang sudah keluar kita boleh cantas daun pokok pisang di bahagian bawah. Kita tinggalkan 5-6 helai daun pisang.
3. Bila jantung pisang sudah dibuang, cantas daun pisang juga. Tinggalkan 4 helai daun pisang.
4. Apabila ada 2-3 daun layu, buah pisang boleh dipetik dan bahagian atas pokok pisang boleh dipotong.
5. Tinggalkan separuh bahagian batang pokok pisang untuk menggalakkan tunas baru tumbuh. Mengapa perlu dicantas daun tersebut? Tujuan nya adalah untuk:

    Untuk mempercepatkan proses pokok berbuah dengan cepat, mengurangkan persaingan nutrien yang diperlukan oleh buah dan daun pokok pisang dan menjadikan pokok pisang mengeluarkan hasil yang sihat dan subur.

Haa ada yang tahu tak tips penting ni! Mesti ada yang baru tahu kan. Kita geng! Jom kita bercucuk tanam.

Jom join Facebook page kami di Geng Kebun Organik ๐Ÿ˜Š


Monday, November 23, 2020

Cara Kahwinkan Pokok Durian Dengan Mudah

Kali ini kita belajar cara untuk cantuman anak pokok durian. Kaedah ini juga tujuan nya untuk mendapatkan baka dan kualiti buah lebih baik. Namun kebiasaannya di gunkan untuk sulam atau pada mereka yang baru nak cuba tanam durian.

Ikuti langkah-langkah yang telah ditunjukkan dalam Youtube Baja Milagro mengenai langkah-langkah mudah untuk Kahwinkan durian tanpa mengeluarkan kos yang banyak.

Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman boleh cuba buat dirumah! Kita geng!

Jom join group facebook Geng Kebun Organik ๐Ÿ˜

Monday, November 16, 2020

Keperluan Tanam Buah di dalam Pot

Tumbuhan buah pasu atau biasanya dikenali sebagai tabulampot adalah cara menanam tanaman buah dengan media minimalis. Terutama bagi mereka yang ingin memiliki pokok buah tetapi tidak mempunyai tanah yang mencukupi.

Teknik penanaman ini boleh dikatakan unik, kerana tanaman yang ditanam mempunyai ukuran fizikal yang cenderung kecil. Walaupun begitu, buah yang dihasilkan tidak kalah dengan tanaman buah yang secara fizikalnya besar dan ditanam di kawasan yang luas.

Jenis tanaman buah yang boleh dikembangkan menggunakan teknik ini adalah pelbagai. Untuk mengetahui lebih terperinci, mari lihat teks di bawah.

A. Mempersiapkan Benih Tanaman Buah Dalam Pot


Secara umum, terdapat dua jenis biji yang boleh anda gunakan dalam kaedah Tabulampot ini. Jenis benih pertama diperoleh melalui pembiakan vegetatif. Sementara yang kedua adalah biji yang diperoleh melalui pembiakan generatif. Benih vegetatif adalah biji yang diperoleh tanpa melalui proses kawin atau penyatuan antara sel lelaki dan wanita. Contohnya seperti cantuman, cantuman, cantuman, dll. Sementara itu, benih generatif adalah kebalikan dari biji yang diperoleh secara vegetatif. Contohnya ialah biji yang diperoleh dari pucuk biji semula jadi. Kenapa begitu? Kerana kelebihan benih vegetatif ini, iaitu mewarisi sifat yang sama dengan tanaman induk. Sebagai contoh, anak benih longan yang diperoleh dari pokok induk yang dicantumkan mempunyai biji kecil, kaya dengan daging, dan manis. Oleh itu, dapat dipastikan bahawa benih yang dihasilkan akan memiliki ciri yang sama dengan pokok induk, yaitu biji kecil, kaya dengan daging, dan manis. Selain itu, kelebihan benih vegetatif ini ialah ia mempunyai masa berbuah lebih cepat. Kekurangannya adalah bahawa akarnya tidak kuat dan mudah runtuh.

B. Menyediakan Media Tanaman Buah dalam Pot


Media tanaman yang baik adalah media yang dapat memberikan keselesaan, dan dapat menyimpan air dan menjaga keperluan pemakanan tanaman yang ditanam. Berikut adalah beberapa media yang mesti disediakan sebelum menanam tabulampot. Cadangan pertama adalah medium penanaman dengan mencampurkan tanah, kompos, dan arang sekam dengan nisbah komposisi 1: 1: 1. Elakkan tanah daripada pencemaran bahan kimia. Sekiranya tanah yang ingin anda gunakan mengandung pH yang cukup tinggi, anda dapat menggunakan kapur atau dolomit sebagai campuran tanah sehingga pH di dalam tanah menurunkan keasidannya. Sediakan pot dengan pelbagai saiz (sederhana besar). Media pasu boleh dibuat dari tanah liat, plastik, logam dan kayu. Dianjurkan untuk menggunakan media pot yang terbuat dari kayu kerana mempunyai liang yang dapat menjaga suhu dan kelembapan tanah. Serpihan jubin, sekam kelapa / serat. Sediakan benih tanaman yang akan ditanam.

C. Proses Penanaman


Dalam proses penanaman, tidak boleh dilakukan secara sembarangan dan cuai. Kerana ia pasti tidak akan menghasilkan tabulampot seperti yang diharapkan. Setelah penyediaan media penanaman selesai, langkah seterusnya adalah menjalankan proses penanaman. Langkah yang boleh anda lakukan adalah: 

1. Pilih pot dengan ukuran sederhana (sederhana). Media pot ini boleh diganti apabila tabulampot sudah besar. 
2. Bersihkan media penanaman dari semua kotoran yang tersekat di dalamnya.
3. Letakkan jubin yang pecah dan tutup dengan sekam / serat kelapa di bahagian bawah pot. 
4. Isi pot dengan biji (diletakkan di tengah-tengah pot) dan media penanaman yang telah disediakan sebelumnya (campuran tanah, kompos, dan arang sekam). Tumpukan biji ke pangkal batang.
5. Potong batang dan daun untuk mengurangkan penyejatan. 
6. Padatkan medium penanaman dan pastikan benih tidak mudah jatuh.
7. Letakkan di tempat teduh (intensiti cahaya matahari tidak terlalu tinggi). Setelah tanaman berumur lebih dari satu minggu, anda boleh meletakkannya di lokasi yang lebih terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari yang lebih tinggi.

D. Proses Rawatan

Setelah peringkat penanaman selesai, ia akan terus berlangsung pada tahap penting yang lain, iaitu proses pemeliharaan. Dikatakan penting kerana hasil yang akan anda rasakan akan bergantung pada proses rawatan ini. Perkara-perkara yang mesti dipertimbangkan termasuk:

1. Penyiraman rutin

Penyiraman rutin ini dilakukan ketika musim kemarau sudah masuk. Anda boleh menyiram dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang. Namun, jika anda memasuki musim hujan, anda hanya perlu 
menyiramnya apabila tanah dan tanaman kelihatan kering.

2. Pemangkasan rutin

Tujuan tahap pemangkasan ini adalah untuk membentuk tanaman agar kelihatan lebih kemas dan cantik. Di samping itu, tujuan utamanya adalah agar semua bahagian tanaman mendapat cahaya matahari langsung dan sekata. Anda boleh menggunakan formula 1: 3: 3 sebagai rujukan dalam pemangkasan ini. Yaitu, pada 1 batang utama terdapat 3 batang sekunder, dan di setiap batang sekunder terdapat 3 batang tertier. Semasa proses pemangkasan, perhatikan bahagian batang mana yang kelihatan sihat dan bahagian batang mana yang terkena perosak atau penyakit.

3. Pembajaan rutin

Tujuan pembajaan adalah jelas agar ketersediaan nutrien dalam medium penanaman (tanah) dijaga. Anda boleh membaja setelah satu bulan benih ditanam. Kemudian anda boleh membaja dengan jangka masa 4 bulan.

4. Pengurusan serangga dan hama

Sebenarnya, mengawal perosak dan penyakit harus dilakukan sejak pemilihan benih yang akan ditanam. Kerana biji buah yang bebas dari perosak dan penyakit mempunyai daya tahan yang lebih baik dan kuat.

5. Mengganti media tanam

Penggantian medium penanaman (pot) dilakukan apabila tanaman buah yang anda tanam tumbuh lebih besar dan memerlukan medium penanaman yang lebih luas. Anda boleh menambahkan media penanaman baru (campuran tanah, baja, dan sekam panggang) ketika berpindah ke kawasan yang lebih besar sehingga pengambilan nutrien dan nutrien terjaga.

E. Pelbagai jenis tanaman buah di dalam pasu


1. Buah Longan
2. Pokok Limau
3. Pokok Pisang
4. Jambu Air
5. Buah Naga
6. Anggur
7. Lemon

Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman boleh cuba buat dirumah! Kita geng!

Jom join group facebook Geng Kebun Organik ๐Ÿ˜

Monday, November 9, 2020

Petua Mudah Menanam Rosemary di Pot di dalam Rumah

Rosemary adalah salah satu herba yang digunakan sebagai rempah memasak serba boleh. Anda tidak memerlukan kawasan yang luas untuk menanamnya. Satu tanaman rosemary di dalam periuk dapat membumbui pinggan dan aroma dapur. Untuk menanam rosemary di dalam rumah. Ibu perlu memberi perhatian kepada tiga perkara asas agar rosemary dapat berkembang dengan jayanya. Tiga perkara asasnya adalah cahaya matahari, saliran dan peredaran udara yang baik.

Antara petua-petua yang digunakan adalah.

1. Cahaya matahari


Dilansir The Spruce, agar rosemary tumbuh baik, berikan sinar matahari penuh selama enam hingga kelapan jam setiap hari. Saat menanamnya di dalam ruangan, letakkan di jendela yang menghadap ke selatan untuk cahaya terang, tetapi jangan biarkan terlalu panas.

2. Tanah 


Tumbuhkan rosemary di tanah berpasir dan dikeringkan dengan baik. Ya, memandangkan tanaman ini berasal dari lereng berbatu di Mediterranean dan tidak baik jika akarnya tetap basah.

3. Menyiram


Air tanaman rosemary apabila tanah benar-benar kering. Berhati-hatilah untuk tidak menyiram terlalu banyak dan elakkan tanah menjadi basah (terutama ketika tumbuh di dalam bekas), kerana ini menyebabkan reput akar.

4. Kelembapan 

Memetik dari Horticulture Magazine, cendawan tepung adalah cabaran bagi rosemary sama ada ia ditanam di luar rumah atau di dalam rumah. Untuk mengurangkan kemungkinan jamur, gunakan kipas untuk membuat angin selama beberapa jam sehari. Semakin kurang kelembapan tumbuhan, semakin baik.

5. Sekiranya anda ingin mengekalkan ukuran di dalam pot, potong sedikit


Sekiranya anda ingin menjaga ukuran tanaman rosemary, potong akar beberapa sentimeter dari bahagian bawah dan sisi bola akar, kemudian tanam semula di dalam pot yang sama. Pastikan untuk memotong beberapa bahagian atas pada masa yang sama untuk mengurangkan beban kerja root.

Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman boleh cuba buat dirumah! Kita geng!

Jom join group facebook Geng Kebun Organik ๐Ÿ˜

Monday, November 2, 2020

Cara Menanam Kobis Di Rumah

Sekarang saya nak share cara dan teknik menanam Kobis. Kobis ni bukan boleh ditanam di Cameron Highland saja. Kat rumah di Bandar pun boleh. Kalau kat rumah ada ruang lebih boleh la cuba-cuba tanam kobis dirumah lepas ni petik je sebelah rumah.

Mula-mula tu perlu dapatkan benih kobis yang berlambak kat pasaran kalau takde boleh juga beli secara online tiada masalah.

Semai anak pokok seperti biasa di tapak semaian atau pot dengan campuran baja Milagro. Selepas disemai, benih akan tumbuh setelah lebih kurang 1 minggu. Setelah berumur 10-15 hari atau anak pokok dan ada 3-4 helai daun.. boleh la dipindah anak pokok ke tanah yang juga ada campuran tanah dan kompos. Seelok eloknya jarakkan setiap anak pokok dalam 30-50cm.



Penjagaan
– Siram sehari 2 kali pada waktu pagi dan petang.
– Kalau boleh, jangan siram dengan air siraman kuat sangat. Nanti kotoran masuk celah-celah daun. Tak hensem la kobis nanti.
– Jangan tanam ditempat yang terlalu panas. Kecut pulak nanti.
– Tanah kena selalu dibersihkan dari rumpai.

Pembajaan
– Kena baja selalu. Kitaorang macam biasa, bagi baja najis arnab saja 2 minggu.
– Tapi bila dah besar sikit, makin kerap baja-kan. Kalau tak, dia tanak jadi bulat dan mantap.
– Kalau kurang baja, takde nya kobis tu nak jadi bulat. Jadi macam sawi je nanti.

Penuaian
Hasil kobis ni boleh di tuai dalam 2 bulan selepas pindah kat tanah. Sekejap je dh boleh tuai tak amik masa lama pun dan kos penanaman pun tidak terlalu tinggi.


Kitaorg suka tengok pokok kobis ni..jadi..2-3 bulan memang kena petik kalau tak nanti sampai pokok tu mati tak petik dah rugi tak dapat merasa hasil kobis tanaman sendiri.

Selamat menanam!

Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman boleh cuba buat dirumah! Kita geng!

Jom join group facebook Geng Kebun Organik ๐Ÿ˜

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...