Monday, May 13, 2019

AMALKAN BUAH ZAITON DI BULAN RAMADHAN INI

KEHEBATAN POHON ZAITON SEHINGGA TERCATAT DALAM AL-QURAN.
Nama pokok zaitun merupakan suatu nama yang tidak asing bagi masyarakat muslim di seluruh dunia. Hal ini disebabkan oleh kelebihan pohon ini sehingga disebutkan dalam kitab suci Al-Quran dan hadis.

Pokok zaiton dipercayai antara pokok tertua di dunia. Bahan perubatan berasaskan pohon zaitun telah digunakan sejak zaman purba mesir lagi tau :). Pokok zaitun atau nama saintifiknya Oleaeurofea mempunyai ketinggian kira-kira 3 meter dengan Sepanyol dan Itali merupakan negara pengeluar utama bahan yang berasaskan pohon zaiton.

Sempena Ramadhan yang mulia ini, penulis nak ajak anda semua untuk mengetahui kelebihan dan kehebatan yang Allah telah berikan pada tumbuhan ini. Antara ayat Al-Quran yang menyebutkan pohon zaiton ialah:


Dalam Surah At-Tiin Ayat 1, Allah SWT berfirman bersumpah atas nama pohon tin dan zaitun yang bermaksud "Demi buah Tiin dan Zaitun".

Ayat 35 Surah An-Nur : Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ayat 99 Surah Al- An'Aam : Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.

 Ayat 11 Surah Al-Nahl : Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.


Minyak zaitun dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit bahaya tau :). Bukan setakat dipercayai mampu mengubati, tetapi juga dibuktikan dengan kajian saintifik. Antaranya ialah:
  1. Mencegah penyakit Kardiovaskular
  2. Mengurangkan risiko kanser.
  3. Mencegah strok
  4. Mencegah Diabetes
  5. Mengawal keradangan
  6. Mengawal kolesterol dalam darah.
  7. Mengelakkan penyakit barah
  8. mengekalkan kesihatan kulit dan awet muda
haa, banyak kan khasiat zaitun? sebenarnya, ada 1001 khasiat lagi penyakit yang boleh diubati dengan mengambil makanan Zaitun. Apa yang paling penting ialah kita percayakan keajaiban dan kesembuhan yang Allah mampu beri dengan usaha kita memakan makanan berasaskan zaitun :)

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍




Friday, May 10, 2019

KEBUN SEBAGAI ASET !

Assalamualaikum dan salam Ramadhan 😊
Apa tu Kebun sebagai Aset ? Mesti pembaca pelik dengan tajuk blog pada minggu ni kan ?😏


Kebun sebagai aset ni kita jadikan sebagai harta kita kerana jika kebun kita mengeluarkan hasil yang menjadi-jadi membuatkan kita lagi seronok untuk berkebun. Hasil kebun tu boleh dijadikan modal perniagaan kita bukan sahaja untuk dijual malah kita sendiri boleh makan hasil sendiri. Jom kami kongsikan bagaimana nak jadikan kebun sebagai aset :

1) Mulakan tanam kecil yang mudah untuk ditanam
    - Mula menanam dengan saiz yang kecil dan menanam tanaman yang mudah untuk ditanam serta tanaman yang ingin dimakan.
   - Tanaman yang mudah untuk ditanam dan mendapat hasil yang cepat adalah sayur-sayuran seperti kangkung, sawi, cili dan sebagainya. 

2) Pilih tempat yang sekurang-kurangnya terdedah dengan matahari selama 6 jam.
    - Tanaman sayur yang hendak ditanam hendaklah didedahkan dengan cahaya matahari untuk keluarkan hasil kerana ia dapat membuat proses fotosintesis. 
    - Jika cuaca panas terik hendaklah kerap menyiram tanaman untuk mengelakkan tanaman menjadi layu dan mati. Seelok-eloknya siram sebanyak 2 kali sehari. 

3) Bertanya kepada mereka yang lebih pakar dalam bidang pertanian
    - Hendaklah cari rujukan tentang proses menanam dengan mudah. 

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik


Wednesday, May 8, 2019

Gembira Daun Nampak Lebih Hijau

'Cubalah dulu, kalau belum cuba kita taktau macam mana. Mula-mula memang kita akan rasa tak yakin tapi bila dah cuba kita akan nampak perbezaan dia.' - Cikgu Muleyani

Cikgu Muleyani yang risau sangat bila tengok pokok bunga beliau yang ada isu pada tanaman beliau dimana tanaman beliau nampak sakit. Daun-daunnya kurang kehijauan dan bunga-bunganya tidak nampak menarik dan tidak nampak cantik.

Dah ikhtiar guna macam-macam jenis baja macam baja spray, baja yang beliau sendiri tidak pasti bahan kandungan macam mana. Main guna je. Tapi tak nampak pun hasilnya. Bagi beliau mungkin belum ada rezeki nak nampak hasil tanaman beliau sendiri sampaikan rasa nak putus ada dah.

Bila nampak je baja Milagro ni dekat facebook, dia teringin nak cuba. Baginya macam menarik dan harga pun agak berbaloi. ' Bila dah guna baja Milagro ni, saya rasa puas hatilah dan gembira sebab nampak perubahan pada tanaman berbeza dengan yang lama.'

Bila dah tabur Milagro ni, daun-daun nampak lebih hijau berbanding dulu yang kekuningan dan nampak lebih cantiklah. Paling teruja bila nampak kesan dekat pokok cili tu, yang dulu nampak kecil je tapi dah taburkan Milagro ni pokok lebih besar dan nampak lebih tinggi. Daun-daun pun nampak lebih besar.

 Kalau nak diceritakan kelebihan Milagro ni memang lain dari yang lainlah. Mampu menyuburkan tanah, memberikan hasil bunga yang lebat pada pokok bunga, kalau pokok buah pula hasilnya lebih berganda dan menjadi-jadi tanaman tu.

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik

Tuesday, May 7, 2019

PLANTER BOX

Assalamualaikum salam Ramadhan. Alhamdulillah dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Semoga Ramadhan tahun ini memberi lebih makna kepada semua pembaca😘😘. Minggu ini tips diy dan tips dekorasi ingin berkongsi cara untuk menanam sekiranya tidak mempunyai tanah. Ramai orang di luar sana minat sangat menanam tapi tiada tanah untuk menanam. Haa jadi tips kami ingin menunjukkan alternatif untuk menanam iaitu menggunakan plantex box. Jom kami kongsikan bagaimana untuk membuat planter box ni!😍






Haa cantik ke cantik sangat? Masalah untuk menanam kerana tiada tanah sudah selesai😍. Team Milagro sendiri yang hasilkan planter box ni tau! Mudah je cara nak buat.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. Kayu
  2. Kain / pelapik 
  3. Paku
  4. Penukul
Cara-caranya :

1. Cantumkan kayu-kayu sehingga menjadi bentuk segi empat sama


 





2. Letakkan kain / pelapik untuk diisini tanah ke dalam planter box tersebut



3. Letakkan di tempat yang menarik dan boleh mula menanam di dalam planter box tersebut



Haa dah siap! Mudah kan😍😍. Jom cuba buat planter box ni. Raya nanti mesti banyak bahan masakan yang nak guna kan? Apa kata mula menanam dari sekarang menggunakan planter box ni! Raya nanti dah boleh makan hasil , tak perlu dah nak pergi ke kedai. Tinggal petik jeee. Benda boleh tanam buat apa beli hihi.πŸ˜‹πŸ˜‹

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik





Sunday, May 5, 2019

POKOK LIDAH MINTA MAK MERTUA JE

Tahu tak sebenarnya kita tak perlu pun nak membeli terlalu banyak pokok dari spesis yang sama sebab kebanyakannya senang dibiakkan. Asalkan kita ada satu pokok induk maka aktiviti membiakkan pokok tersebut boleh dilakukan dan dijadikan berpasu-pasu pokok.

Pokok Lidah Mak Mertua atau orang panggil pokok lidah jin ni memang mudah untuk dibiakkan. Bila saiznya dah cukup besar, perlu lah untuk kita pindahkan ke dalam saiz pasu yang lebih besar.

Bila dah keluarkan dari pasu, kita boleh biakkannya dengan pecahkannya kepada dua atau tiga bahagian.Kemudian barulah dipindahkan ke pasu yang lain.

Bila dah dipecahkan kepada beberapa bahagian, bolehlah diasingkan ke dalam beberapa jenis pasu mengikut kesesuaian saiz pokok tersebut.

Setelah siap dipindahkan dan diletakkan tanah, perlulah siram. Kaedah ini juga boleh dilakukan menggunakan tanaman yang lain. Cuma pecahkan kepada beberapa bahagian dan pindahkan ke dalam beberapa bekas pasu sahaja. Mudah dan senang serta jimat sebab tak perlulah nak beli satu jenis pokok itu sampai dua ke tiga pasu.

Sumber : Impiana

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik


Thursday, May 2, 2019

PASU BEKAS TELUR

Haa bagi penggemar kaktus di luar sana minggu ini tips diy ingin berkongsi satu ilmu bagaimana untuk membuat pasu gantung kaktus dengan menggunakan barang terpakai yang ada di rumah. Jimat wang jimat kos dan mudah sahaja untuk membuatnya tau😍😍


Haa cantik dan unik kan pasu yang dibuat dari bekas telur ni. Jom saya kongsikan bagaimana untuk membuatnya 😘😘


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Bekas telur
  • Tali
  • Hanger
Hanya dengan 3 bahan ini sahaja sudah boleh menghasilkan pasu yang menarik dan tertarik dengan cara :
  1. Potong bekas telur tersebut. Ambil dalam 2 hingga 3 baris 
  2. Tebuk lubang di bahagian kiri dan kanan 
  3. Letakkan tali pada lubang tersebut
  4. Ikat bahagian atas tali pada hanger dan dijadikan ikatan seimbang
  5. Tadaa. dah siap pasu gantung ni😍. Bleh juga diletakkan reben sebagai penyeri.
Dah nak puasa ni. Bosan-bosan masa puasa nanti bolehlah buat pasu hiasan bekas telur untuk raya nantiπŸ˜‰




Selamat Mencuba !!😘😘

Psst Milagro ada buat contest tau sempena Ramadhan ni iaitu  Cabaran 30 Hari Milagro. Hadiah yang ditawarkan juga sangat lumayan. Jom join contest ini! 😍😍


Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik



Tuesday, April 30, 2019

RUMPUT TIRUAN PENYERI

Assalamualaikum salam hari rabu. Minggu ini tips dekorasi ingin berkongsi mengenai langkah mudah memasang rumput tiruan di balkoni. Dah nak puasa ni kejap lagi nak raya pulak. Haa pasti meriah balkoni rumah anda selepas dihiasi oleh rumput hiasan ini waktu hari raya nanti. Walaupun hanya hiasan namun ia mampu menenangkan sesiapa sahaja yang memandangnya. Bukan sahaja sesuai diletakkan di balkoni malah boleh diletakkan di halaman rumah sebagai penghias laman.


Haa sedap jee kan mata memandang bila ada rumput hijau seperti ini lagi-lagi kalau dihiasi dengan tanaman😍. Jom saya kongsikan cara pemasangan rumput tiruan ini.

  1. Kenal pasti ruang yang hendak di pasang dan pastikan ia sesuai untuk pemasangan rumput tiruan.
  2. Bersihkan kawasan yang hendak diletakkan rumput tiruan daripada sebarang kotoran. Alihkan barangan yang terdapat di ruangan tersebut. 
  3. Ukur ruang balkoni anda ataupun ruang laman anda dan membuat ukuran yang tepat menggunakan pita pengukur. 
  4. Bentangkan rumput tiruan memenuhi ruangan yang telah ditetapkan. Potong lebihan rumput tiruan menggunakan pisau pemotong
  5. Untuk mencantikkan lagi ruang balkoni anda letakkan batu putih seperti batu sungai di sepanjang sudut balkoni dan boleh letakkan bunga-bunga yang berkenan di hati.

Psst Milagro ada buat contest tau sempena Ramadhan ni iaitu  Cabaran 30 Hari Milagro. Hadiah yang ditawarkan juga sangat lumayan. Jom join contest ini! 😍😍

Sumber : Impiana

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik






3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...