Showing posts with label halau serangga. Show all posts
Showing posts with label halau serangga. Show all posts

Friday, November 15, 2019

RESEPI RACUN SERANGGA "POWER" DARI BUNGA CENGKIH

Image result for bunga cengkih


Agak sukar untuk mengawal serangan serangga atau haiwan perosak tanpa penggunaan racun serangga. Namun, kebiasaannya racun serangga jenis kimia sentiasa menjadi pilihan kerana ia lebih cepat berkesan.


Tanpa kita sedar, kebanyakkan racun serangga di pasaran mengandungi bahan kimia berbahaya yang mempunyai kesan jangka panjang terhadap sistem tubuh badan kita. Apa kata, mulai hari ini anda ubah dan set diminda untuk menggunakan racun serangga organik.


Terdapat beberapa resepi racun serangga organik yang telah dikongsikan di Facebook Page facebook.com/BajaMilagro. Ada yang diperbuat dari bahan-bahan mudah seperti bawang putih, cili, air beras dan sebagainya.


Hari ini, admin ingin berkongsi satu lagi resepi racun serangga yang paling mudah dan mujarab dengan hanya menggunakan BUNGA CENGKIH.


MANFAAT PENGGUNAAN RACUN SERANGGA DARI BUNGA CENGKIH:


1. Boleh digunakan untuk mengawal serangga dan haiwan perosak seperti lintah bulan, siput, nyamuk, semut dan sebagainya
2. Rendah kandungan toksin
3. Selamat untuk persekitaran
4. Mengawal rumpai dan kulat
5. Membantu menarik kehadiran agen pendebungaan terutamanya lebah dan rama-rama


RESEPI RACUN SERANGGA DARI BUNGA CENGKIH:


Bahan-bahan: 
  • 50gm bunga cengkih
  • 1 liter air panas
  • Air bersih


Cara-cara: 

1. Tumbuk kasar bunga cengkih
2. Masukkan bunga cengkih yang telah di tumbuk ke dalam bekas yang mengandungi air panas
3. Rendamkan dalam tempoh 1 jam dalam keadaan bekas yang tertutup
4. Setelah sejam, tapiskan dan asingkan sisa
5. Campurkan 1 bahagian pati air rendaman cengkih bersama 5 bahagian air bersih


Cara penggunaan: 

Semburkan bancuhan air bunga cengkih pada keseluruhan pokok dan permukaan tanah sekurang-kurangnya 2 minggu sekali


Sumber : Impiana.my



💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik

Sunday, July 14, 2019

TIPS MENGHALAU ANAI-ANAI DARI MEROSAKKAN RUMAH ANDA




Antara salah satu masalah tanaman menjadi rosak adalah gangguan dari anai-anai. Anai-anai ialah serangga di bawah kumpulan Isoptera. Ia biasanya membuat sarang dalam tanah mahupun kayu. Haiwan kecil ini biasanya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya.

Tanda-tanda pokok diserang anai-anai ialah boleh dilihat daun pokok mula kering di bahagian atas. Daunnya jatuh satu persatu sehingga tinggal ranting. 

Kali ni Milagro nak kongsikan cara untuk menghapuskan sarang anai-anai yang menganggu tanaman atau kawasan rumah. Anai-anai ini kalau tidak dibendung dari awal ia akan menyebabkan kerugian dan kerosakan harta benda seperti perabot rumah serta tanaman kita.


PETUA MENGHALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH
1. Minyak Tanah

Boleh dikatakan hampir semua serangga takut pada minyak tanah, anai-anai juga tidak terkecuali. Anda perlu menyiram atau menyembur minyak tanah pada kawasan yang menjadi sarang anai-anai tersebut. Untuk lebih berkesan, tambah minyak serai pada minyak tanah.

2. Jemur di Tempat PanasAnai-anai suka berada ditempat yang lembap dan terlindung. Jika anda mempunyai perabot rumah yang dihuni oleh haiwan perosak ini, jemur perabot tersebut dibawah sinar matahari. Jemur perabot tersebut berulang kali sehingga anai-anai keluar.
3. Air Basuhan BerasAir basuhan beras juga efektif untuk menghalau keluar anai-anai. Caranya mudah, anda perlu menyembur air basuhan beras pada sekeliling tempat yang dihuni oleh anai-anai.
4. TembakauRendam tembakau dalam air dan biarkan selama satu malam. Ini bertujuan untuk mengeluarkan sari yang terdapat dalam tembakau tersebut. Keesokkan paginya. sembur atau siram air tersebut pada sarang anai-anai.
5. Garam DapurAmbil sejumlah garam dan tabor pada sekitar sarang anai-anai. Serangga kecil itu akan menghindarinya. Supaya ianya lebih berkesan, campur sejumlah garam dengan air rendaman tembakau. Semburkan air tersebut pada lubang-lubang yang dihuni oleh anai-anai.
6.Air Kapur SirihAnai-anai sangat tidak menggemari kapur sirih yang mempunya sifat yang panas bagi tubuh mereka. Tambahan pula, ianya memiliki kulit yang tipis dan lembut. Oleh itu, langkah ini sangat efektif untuk membasminya. Caranya ialah dengan menyiramkan air kapur sirih pada tempat persembunyian anai-anai.

Anda minat menanam? Kita GENG ! Jom join Geng Kebun Organik

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...