Friday, March 22, 2019

Pokok Cili Mak Cik Noriah

Masalah yang selalu orang hadapi pada tanaman mereka selalunya pokok yang lambat nak berbuah, pokok bunga tak keluar bunga, daun kekuningan. Antara kebanyakkan tanaman yang sangat mudah untuk mendapat penyakit adalah pokok cili.

Antara masalah yang sering menyerang pokok cili ni adalah buahnya mudah menjadi busuk dan cepat gugur. Jika kekerapan buah cepat busuk dan sering gugur selalu terjadi itu tandanya pokok cili kita telah diserang lalat buah.

Kemudian daun kerinting dan mudah luruh. Perkara pertama yang biasa orang buat adalah melihat di bawah daun pokok cili terutama daun tua di bahagian bawah pokok. Bila dilihat dengan teliti, kita akan nampak bintik-bintik hitam dan warna putih seakan tepung melekat di bawah daun. Itu adalah afid dan lalat putih. Kedua-dua serangga ini sering hinggap pada pokok cili. Mereka akan menghisap sap pokok dan seterusnya membuatkan pokok diserang penyakit.

Macam Makcik Noriah ni, dah guna pelbagai jenis baja tapi takde hasil. Pokok cili tak naik dan hasil cili tersebut tak nampak cantik.


Testimoni Makcik Noriah

'Bila dah pakai milagro, terus naik mendadak dan cili nampak lebih cantik. Pokok-pokok nampak lebih cantik dan lebih subur' - Makcik Noriah
Itulah kelebihan yang ada pada milagro, dapat memberikan hasil yang cepat dan berganda-ganda. Saiz hasil jadi lebih besar. Menyuburkan pokok dan merawat pokok yang sakit.

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik

Thursday, March 21, 2019

Jeans terbuang dijadikan alat kebun

Hai. Assalamualaikum haa segmen DIY minggu ini membawa sesuatu yang menarik untuk para pembaca. Terkadang banyak sangat seluar jeans kat rumah yang dah tak muat atau koyak dan sebagainya tapi sayang untuk dibuang. Haaa apa kata jadikan seluar itu sebagai sesuatu yang berguna lagi- lagi untuk orang yang gemar berkebun. Siapa pernah dengar apron kebun. Ha dengan adanya apron ini boleh mengelakkan daripada kotoran



https://www.instagram.com/p/Bsm88CvhOCs/

Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. Seluar jeans
  2. Gunting

Langkah 1 : Lipat sebelah jeans tersebut

Langkah 2 : Potong bahagian paha jeans

Langkah 3 : Potong bahagian sisi jeans

Langkah 4 : Potong bahagian depan

Hanya dengan 4 langkah sahaja terhasillah apron kebun yang cantik dan menarik ini. 

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍






Tuesday, March 19, 2019

Tanaman indoor yang tidak perlukan cahaya matahari


Tips dekorasi kembali lagi untuk minggu ini dengan topik tumbuhan yang tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak. Tumbuhan ini juga sesuai jika ingin dijadikan hiasan di dalam rumah sebagai penyambut tanpa sedar kepada tuan rumah dan tetamu yang datang bertandang.  Haa pasti semua tertanya - tanya pokok apa yang tidak memerlukan cahaya ni. Jom kita teroka tips dekorasi ini😊



1) Pokok Dracaena

Pokok ini sangat sesuai ditanam di dalam rumah kerana boleh hidup tanpa memerlukan cahaya matahari untuk jangka masa yang lama. Apa yang penting ialah siraman air untuk memastikan ia hidup dengan subur. Tumbuhan ini dikatakan dapat menyingkirkan udara yang tercemar, mengawal haba yang panas dan melegakan masalah pernafasan. Jadi tunggu apa lagi. Jom menanam dracaena di rumah !



2) Lidah Jin

Pokok ini antara pokok hiasan dalaman yang popular di pasaran. Walau bagaimana pun ramai yang mengetahui mengenai tumbuhan ini tetapi tidak mengetahui namanya ialah lidah jin ataupun lidah mertua. Jalurannya yang unik pasti memikat peminat hiasan dalaman kerana tumbuhan ini tidak memerlukan pengawasan matahari yang rapi, cukup siraman air untuk mengekalkan kesegarannya.

Pokok ini juga boleh membantu menyuburkan rambut, merawat penyakit darah tinggi, penyakit gatal-gatal dan sakit telinga. Haa banyak manfaat rupanya lidah jin ini !


3) Pokok Peace Lily

Selalunya pokok ini mudah ditemui di front office atau hadapan rumah. Penjagaannya juga amat mudah dan sesuai bagi orang-orang yang tiada masa untuk merawat tanaman disebabkan kekangan waktu. Pokok ini juga dapat menyegarkan udara di dalam kawasan yang tertutup.





4) Alocasia spp

Daun pokok ini hampir sama dengan pokok keladi tetapi perbezaan ketara antara ke dua dua pohon ini ialah warna daun Daun keladi keseluruhannya berwarna hijau manakala Alocasia mempunyai urat berwarna putih dan sangat menarik jika dijadikan pokok hiasan. Ia juga memerlukan siraman air yang banyak tetapi tidak memerlukan cahaya matahari untuknya kekal subur

Mudah bukan cara penanaman pokok-pokok ini. Jadi apa tunggu lagi, serikan halaman rumah dan dalaman rumah anda dengan pokok-pokok hiasan yang sangat menarik ini!


Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik

Kredit : Impiana

Monday, March 18, 2019

KHASIAT NENAS YANG RAMAI TAKTAHU

KHASIAT NENAS YANG WAJIB ANDA KETAHUI


Nenas merupakan tanaman yang berasal daripada negara Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Pada sekitar tahun 1500, orang eropah menyebarkan tanaman nenas ke rantau Asia seiring dengan peluasan kuasa-kuasa eropah ke atas negara-negara Asia. Orang eropah cuba menanam nenas di negara mereka namun gagal atas faktor iklim yang tidak sesuai lalu ditanam ke Asia termasuk negara kita Malaysia.

Kini, nenas banyak di tanam di Malaysia untuk tujuan komersial. Nenas di Malaysia terbahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu nenas Cayenne, Spanish, dan Queen. Terdapat banyak jenis nenas yang di taman di Malaysia iaitu nenas morris, nenas Sarawak, nenas gandol, nenas maspine, nenas josapine, nenas yankee, nenas moris gajah, dan nenas N36.

Menurut laporan Kementerian Pertanian Malaysia, tanaman nenas menunjukkan peningkatan pada setiap tahun (Data sehingga tahun 2011). Dianggarkan pada tahun 2010, jumlah pengeluaran nenas negara mencecah RM645 juta dengan Johor merupakan pengeluar utama tanaman ini yang menyumbang sebanyak 163 830 tan metrik. 

(Pertanian nenas di Negeri Johor berkeluasan 9 830 hektar pada tahun 2010)

Namun, tahukah anda nenas yang merupakan tanaman penyumbang pendapatan negara ini memiliki khasiat yang baik untuk tubuh manusia? Berikut adalah kebaikan yang mampu anda perolehi daripada pengambilan nenas berdasarkan pandangan beberapa doktor yang telah kami kaji untuk anda!

1. Merawat hingus, lendir dan kahak
Buah nenas kaya dengan Vitamin C. Vitamin C mempunyai fungsi yang besar untuk melegakan kahak dan selesema. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah ini, anda boleh mengambil makanan buah nenas sebagai ubat. Anda juga boleh mengambil nenas dengan menjadikannya jus atau pati.

2. Menguatkan tulang
Tahukah anda bahawa nenas bukan sahaja kaya dengan nutrisi, tetapi juga nenas kaya dengan mineral. Mineral ini sangat penting untuk membentuk tulang yang kuat. Gabungan mineral ini mampu untuk mencegah osteoporosis(keadaan dimana kalsium bergerak keluar dari tulang menyebabkan tulang menjadi berongga dan rapuh).

(tulang yang sihat vs tulang yang mengalami osteoporosis- Haven Pharmacy)


3. Kesuburan lelaki dan wanita
Selain baik untuk tulang, nenas juga baik untuk menambah dan mengekalkan kesuburan badan lelaki dan wanita. Kandungan mineral dan vitamin dalam nenas membantu untuk memberi kesuburan kepada badan. Jadi, bagi anda yang membaca artikel kami, jika anda mempunyai masalah terhadap kesuburan badan dan sukar memperoleh zuriat; anda boleh mencuba rawat masalah anda dengan mengamalkan nenas dalam menu harian anda. In shaa Allah.





4. Keradangan dan tumor
Apa yang lebih menarik pada tumbuhan ini ialah nenas merupakan satu-satunya tanaman yang mempunyai enzim yang mampu merawat keradangan dan pergumpalan darah iaitu Bromelain. Enzim Bromelain menjadi bahan ujikaji banyak saintis di seluruh dunia dan dipercayai mampu mengurangkan keradangan. Lebih lagi, Bromelain ini mampu merawat luka dan melecur akibat terbakar pada tubuh manusia. Oleh sebab itu, banyak produk dihasilkan menggunakan Bromelain ini antaranya ialah losyen untuk rawat kulit kesan terbakar dan jus nenas digunakan dalam masakan bertujuan untuk melembutkan daging yang dimasak.

5. Tenaga
Nenas juga merupakan sumber karbohidrat fruktosa,sukrosa, dan glukosa di dalamnya. Oleh itu, dengan mengambil makanan nenas, ia sudah membekalkan tenaga kepada badan anda sama seperti gula. Nenas merupakan buah yang sesuai untuk diambil bagi mereka yang ingin diet dan mengurangkan berat badan secara sihat. Nenas bukan sahaja mampu membekalkan tenaga untuk badan, tetapi juga untuk otak. Nenas kaya dengan Mangan yang membekalkan tenaga untuk otak sekaligus mampu mengurangkan stress.



Artikel oleh: Muhammad Rafi


Anda minat menanam? Kita GENG😍😍 

ikuti kami di facebook dan instagram kami di bajamilagro

Kredit: Ohbulan

References:

1. https://www.bidadari.my/manfaat-nanas/
2. https://ohbulan.com/tak-sangka-buah-nanas-banyak-khasiat-manfaat-jom-amalkan-setiap-hari/










KHASIAT BUAH MANGGA YANG WAJIB ANDA TAHU



KHASIAT BUAH MANGGA YANG WAJIB ANDA TAHU

Mangga merupakan buah-buahan tempatan yang banyak ditanam di negara kita Malaysia. Buahnya yang manis membuatkan ramai berminat untuk menanam buah ini di kawasan persekitaran rumah. Ada juga yang menanam buah ini untuk tujuan komersial. Buah ini sedap dimakan ketika masih muda ataupun sudah matang. 

Keunikan buah ini adalah kerana terdapat pelbagai cara kita untuk menikmatinya. Sebagai contoh, dijadikan kerabu mangga, jus minuman, dimakan mentah dicecah serbuk asam, dimakan ketika buahnya telah matang, dan dijadikan jeruk yang diperam.

Buah mangga sebenarnya berasal dari Asia Tenggara dan India. Terdapat pelbagai jenis magga yang berada di pasaran. Antara mangga yang popular di Malaysia ialah mangga harumanis, Mangga golek, Mangga mas muda, Mangga maha 65, Mangga nam dok mai, Mangga chauk anan, Mangga gedung gincu, dan Mangga sala.

Di Malaysia, menurut laporan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang ;negeri-negeri yang menanam mangga secara besar-besaran untuk tujuan eksport dan komersial ialah Perlis, Perak dan Kedah. Buah mangga juga dikatakan mengandungi banyak khasiat dan manfaat antaranya ialah:

  1. Tenaga (83kcal/100gm)
  2. Karbohidrat (15.6gm/100gm)
  3. Kalsium (9mg/100gm)
  4. Potasium (110mg/100gm)
  5. Besi (0.4mg/100gm)
  6. Magnesium (2mg/100gm)
  7. Vitamin B1 (0.05mg/100gm)
  8. Vitamin B2 (0.07mg/100gm)
  9. Vitamin C (23mg/100gm)
  10. Lemak (1.8gm/100gm)
  11. Protein (1.0/100gm)
  12. Niacin (0.5mg/100gm)
Itulah kandungan yang anda boleh perolehi jika anda memberi tubuh anda dengan mangga sebagai santapan. Namun begitu, tahukah anda apa fungsi setiap kandungan nutrisi yang kami nyatakan di atas? Jom ikuti ulasan kami tentang kebaikan yang anda boleh dapat dengan mengkosumsi buah mangga kepada tubuh anda.

1. Menurunkan kadar kolesterol
Manfaat pertama yang bakal anda dapat ialah anda boleh menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Kadar kolesterol yang tinggi dalam badan amat merbahaya untuk kesihatan badan terutamanya jantung. Tahukah anda bahawa menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) "36 peratus rakyat Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung" [rujuk disini]. Sementara itu, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2017 menyatakan bahawa Malaysia mendahului negara lain dalam penyakit berkaitan jantung di rantau ini. Sungguh menakutkan bukan?

Setiap penyakit yang dicipta sebenarnya telah diciptakan juga penawarnya sama ada kita mengetahui ataupun tidak. Oleh itu, dengan mengamalkan buah mangga ini akan membantu anda mengurangkan kadar kolesterol dalam badan di samping anda mengurangkan mengambil makanan berlemak. In syaa Allah. Hal ini demikian kerana buah mangga mengandungi tinggi Vitamin C yang akan menyingkirkan unsur tidak penting dalam darah seperti kolesterol jahat sekaligus dapat menghindari kita dari masalah jantung dan obesiti.

(36% rakyat Malaysia mati akibat serangan jantung-Gambar hiasan)

2. Merawat anemia
Tahukah anda apa itu anemia dan punca anemia? Menurut MyHealth iaiti portal Kementerian Kesihatan, anemia ialah keadaan dimana badan manusia itu kekurangan sel darah merah atau hemoglobin. Keadaan ini terjadi berpunca daripada kurangnya zat besi dalam badan seseorang. Zat besi penting untuk menciptakan sel darah merah yang banyak dan berkualiti. Sel darah merah ini berfungsi untuk membawa oksigen dan menyebarkan oksigen itu ke seluruh badan kita



Penyakit anemia ini biasanya banyak menyerang kanak-kanak. Terdapat beberapa synthom serangan yang kita boleh lihat jika anemia menyerang antaranya ialah muka pucat, cepat marah, tidak boleh fokus, pening kepala, tidak boleh berfikir dengan baik dan cepat berasa letih dari kebiasaan. Oleh itu, anda boleh cuba ikhtiar dengan mengambil buah mangga sebagai makanan rutin harian anda jika anda atau orang terdekat anda mempunyai penyakit ini.

3. Kesihatan otak
Selain daripada menjadi ubat kepada penyakit-penyakit kronik, mangga juga berfungsi untuk menjadi ubat kepada minda atau otak kita. Bagi anda yang mempunyai anak yang sukar untuk fokus di dalam kelas atau sukar untuk mengingat apa yang cikgu mereka ajar, anda boleh memberi anak anda makan buah mangga. Buah mangga berupaya meningkatkan daya ingatan kita kerana kaya dengan Vitamin yang baik untuk otak. Selain daripada menguatkan daya ingatan, Vitamin yang dibekalkan juga mampu meningkatkan daya fokus seseorang. Oleh itu, demi masa depan anak-anak anda; jangan lupa amalkan makanan buah mangga untuk anak anda. Selamat mencuba!

4. Melegakan panas dalam
Buah mangga sangat kaya akan khasiatnya yang tersendiri. Buah mangga juga mampu merawat panas dalam. Mungkin ramai dari kalangan kita atau ahli keluarga terdekat yang sering menghadapi situasi dilanda sakit demam. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa buah mangga mampu berfungsi seperti ubat demam iaitu paracetamol. Demam atau panas dalam terjadi akibat dari pelbagai faktor. Antaranya ialah kekurangan Vitamin C, kekurangan serat, kekurangan cairan dalam tubuh, jangkitan bakteria, cuaca yang panas dan sistem pencernaan yang buruk. Sifat mangga yang kaya dengan Vitamin C mampu memberi kelegaan dan keselesaan akibat dari suhu panas.

(Gambar sekadar hiasan-wanista.com)
5. Menghaluskan kulit
Haa... Poin yang ini mesti menarik bagi wanita yang inginkan kulit yang cantik, bersih dan halus. Tahukah anda Vitamin dalam kandungan buah mangga juga baik untuk menghaluskan kulit anda, menjadikannya sentiasa kelihatan lembab dan mencegah berlakunya jerawat pada muka anda. Oleh itu, bagi anda yang sentiasa menjaga keterampilan diri amat digalakkan untuk memakan mangga pada pagi hari, tengah hari dan malam atau mengambil buah mangga setiap kali sebelum memakan makanan berat. Selamat mencuba!!


Artikel oleh: Muhammad Rafi

Kredit: Buah Mangga

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍






Sunday, March 17, 2019

Panduan Untuk Capai Kejayaan

Hai semua ! 
Selamat berhujung minggu πŸ˜„...

Hari ni team kami nak kongsikan tentang panduan untuk mencapai kejayaan ! Mesti korang rasa pelik sikit kan kenapa nak capai kejayaan kena ada panduan, kan ?😏

Meh sini, nak kongsi sikit panduan untuk mencapai kejayaan !😘



1) Visi hidup yang jelas


Visi ni adalah perancangan yang kita nak capai dalam jangka masa yang panjang. Visi atau misi yang jelas akan membantu kita untuk capai kejayaan. Visi ni boleh dikatakan sebagai matlamat kehidupan kita, andai kita ada matlamat hidup yang jelas ia akan memudahkan kita untuk merancang bagaimana nak capai matlamat tersebut dengan teratur dan sistematik. So, visi sangat penting untuk kita mencapai kejayaan dalam kehidupan kitaπŸ˜‰








2) Sabar dan konsisten 

Sabar dan konsisten sering kali disebut dalam talk bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya. Hal ini kerana, kesabaranlah yang akan menunjukkan kita ni boleh buat kerja dengan baik ataupun tidak. Konsisten ni pula kita membuat kerja secara berterusan, means kalau ada kerja yang nak diselesaikan dalam waktu terdekat kena selesaikan sebab tu yang akan melihat kerja kita membuahkan hasil ataupun tidak. Kena fokus dalam membuat sesuatu dengan tidak mudah menyerah dan berputus asa kerana jika kita kekalkan kesabaran dan konsisten dalam diri, ia akan mendatangkan hasil yang memuaskan hati dengan usaha dan kesabaran yang kita lakukan sesuatu pekerjaan.


3) Hormat orang lain yang nak berjaya


Kalau nak berjaya, kita kena hormat orang lain tau tak kira la dia muda atau tua daripada kita, yang penting kita hormat orang lain. Lebih-lebih lagi orang yang yang nak berjaya kita kena la sokong dia dengan bagi kata-kata semangat tanpa memperlekehkan usaha yang dibuat. One more things, kita jangan pandang rendah kepada orang yang baru nak mulakan hidup untuk menjadi seorang yang berjaya kerana kalau kita sokong, mereka akan bersemangat untuk menempuh dugaan jadi seorang yang berjaya dan kalau kita pandang rendah terhadap usaha mereka, mereka akan mula down dan give up untuk teruskan usaha mereka. So, jangan pernah untuk memperlekehkan seseorang yang hendak berjaya malah kita bantu dan beri semangat untuk teruskan kejayaan merekaπŸ˜‰


4) Percaya kebolehan diri untuk mencapai kejayaan

Panduan yang ke-4 ni sangat penting tau sebab kalau kita ada keyakian pada diri sendiri untuk capai kejayaan, kita akan berusaha lebih keras walaupun ada yang tidak suka atau cemburu dengan usaha kita. Paling penting kena sentiasa percaya pada diri sendiri ! Kalau kita percaya yang kebolehan diri kita ni dapat mendorong untuk berjaya, kita akan berusaha keras untuk mencari cara dan membuat penyusunan agar matlamat yang disenaraikan dapat dicapai. Dan disiplinkan diri juga dapat membuat seseorang mencapai kejayaan kerana jadual atau panduan yang kita buat harus dilaksanakan juga tidak kira mudah atau susah, kena lakukan juga ! Berusaha sehingga ketitisan darah terakhir untuk mendapat kepuasan dalam diri ! Jangan pernah menyerah ! Jangan mudah pandang rendah pada diri sendiri ! Keep fighting!πŸ’ͺ


5)Lakukan sesuatu perkara dengan keseronokan


Mood yang baik akan mendatangkan kerja yang baik juga tau ! Mesti tak tau kan ? Kadang-kadang sikap positif before pergi kerja akan membuatkan diri kita lagi bersemangat nak buat kerja  even susah tapi kita seronok, best kan ? Lagi satu, kalau kerja tu susah sangat jangan mengeluh tau jadikan ia sebagai cabaran untuk kita bakar semangat kita, Yeah!πŸ’ͺ 

Then, kalau kita always bersemangat time kerja kalau boleh semua kerja kat dalam office tu semua kita nak buat sebab kita seronok lakukan pekerjaan tu. Am i right ?😏 So, kena happy buat time buat kerja .





Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Friday, March 15, 2019

Kebun Mini Encik Fajar



 
Siapa ada masalah tanaman seperti Encik Fajar? Daun-daun kekuningan, buah lambat berputik, pokok bunga susah untuk berbunga, pokok tak nampak sihat.  

' Selepas menggunakan baja milagro ni, nampak perkembangan lebih baik daripada baja yang lain.' 'Pakcik tahu baja milagro ni dari kawan-kawan pakcik dan kawan-kawan isteri pakcik dimana mereka juga minat untuk membuat tanaman dirumah.' - Encik Fajar

Antara tanaman yang Encik Fajar ada adalah timun, pucuk keledek, buah tin, buah kedondong. Kata beliau nampak sangat perubahannya kerana bila tanam dulu menggunakan masa yang lama untuk hidup dibandingkan dengan sekarang nampak lebih bercahaya.

Encik Fajar galakkan semua orang menanam buah-buahan, sayur-sayuran untuk digunakan pada diri sendiri. Dan gunakan kelebihan pada baja milagro untuk dapatkan tanaman yang lebih baik daripada dulu. 

Yang tidak tahu kelebihan yang ada pada baja milagro ni adalah milagro mampu memberikan hasil yang cepat dan berganda, daripada pokok yang tak berbuah jadi berbuah lebat, pokok yang tak berbunga jadi lebih lebat pokok berbunga, dan boleh merawat pokok yang sakit,dan menyuburkan tanah. 

Anda minat menanam? Kita GENG😍😍 

Jom join Geng Kebun Organik

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...