Tuesday, December 10, 2019

6 KHASIAT TIMUN YANG PERLU ANDA TAHU


Timun atau mentimun merupakan tanaman sayur yang sangat mudah ditanam dan mudah diperoleh di seluruh dunia. Timun khususnya di Malaysia sering disajikan sebagai ulam bersama nasi lemak dengan sambal belacan.
Timun yang sifatnya menyejukkan itu juga digunakan secara meluas di dalam masakan di negara kita. Ada yang gemar memakannya secara mentah iaitu dibuat ulam, diminum dalam bentuk jus dan ada juga yang memasaknya seperti masak bening dan sebagainya. Sebenarnya masih banyak lagi hidangan yang boleh dimasak berasaskan timun.
Timun mengandungi pelbagai nutrisi yang mampu menjaga dan meningkatkan kesihatan tubuh. Antara kebaikan timun terhadap kesihatan tubuh manusia ialah:
KHASIAT TIMUN
1. MENGHIDRATKAN TUBUH BADAN
  • Sekiranya kita terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, kita boleh terus makan timun yang sejuk kerana timun yang sejuk mengandungi 99% air.
2. MENYINGKIRKAN TOKSIN DALAM BADAN 
  • Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai ‘penyapu’ yang akan membersihkan semua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh kita. Dikatakan dengan memakan timun secara kerap, ia dapat melarutkan batu karang.
3. MEMBEKALKAN MINERAL KEPADA KULIT
  • Timun merupakan sayuran yang mengandungi potasium, magnesium dan silikon yang tinggi. Oleh sebab itu, kita dapat lihat kebanyakan pusat spa menggunakan timun sebagai bahan untuk kecantikan.
4. SUMBER VITAMIN HARIAN
  • Timun mengandungi semua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita sehari iaitu vitamin A, B, dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar lebih bertenaga dan berseri. Timun ini lebih sesuai dijadikan jus minuman yang dicampurkan dengan lobak merah dan daun bayam. Jus ini elok untuk kulit kerana ia mengandungi 12% vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit kita dalam sehari.
5.  DIKATAKAN DAPAT MERAWAT DIABETES, MENGURANGKAN KOLESTEROL DAN MENGAWAL TEKANAN DARAH
  • Jus timun mengandungi sejenis hormon yang diperlukan oleh pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetes. Ada penyelidik telah menemui sejenis bahan sebatian yang disebut sebagai ‘sterol’ pada timun yang dapat menurunkan paras kolesterol. Timun juga kaya dengan serat, potasium dan magnesium. Bahan ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Oleh itu, timun sangat baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.
6. MEMBANTU BUAH PINGGANG BERADA DALAM KEADAAN BAIK
  • Timun mampu merendahkan paras asid urin dalam tubuh kita sekali gus mampu memastikan buah pinggang kita sentiasa dalam keadaan baik.

Dah tahu khaisatnya, jadi bolehlah selalu ambil sayur ini dalam hidangan harian. Selain dimakan segar atau dijadikan jus, timun juga boleh dimasak dengan pelbagai cara hidangan. Antara yang boleh anda cuba ialah:

RESEPI MENGGUNAKAN TIMUN

1. TIMUN GORENG UDANG BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji timun |potong kecil
  • 5-7 ekor udang |bersihkan
  • 1 biji bawang merah |potong halus
  • 2 ulas bawang putih |cincang halus
  • 2 biji telur |kacau sedikit
  • Garam gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan layu.
  2. Kemudian masukkan udang dan timun dan goreng hingga masak.
  3. Tuangkan telur yang telah dikacau dan biar seketika. Apabila telur kelihatan sudah masak, gaul lagi bagi memastikan telur berketul. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

 2. SUP TIMUN
BAHAN-BAHAN:
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih |cincang halus
  • 1 biji bawang Holland saiz kecil |cincang halus
  • 1 sudu makan lemon jus
  • 1 batang timun saiz sederhana |buang isi tengah dan potong dadu kecil
  • ½ sudu teh garam
  • 125gm yogurt asli
CARA MEMASAK:
  1. Tumis bawang putih dengan minyak zaitun bersama bawang Holland, kemudian masukkan timun.
  2. Masukkan pula jus limau dan garam. Kecilkan api dan biar sejuk seketika. Ketepikan.
  3. Kisar semua bahan yang ditumis tadi hingga halus dan tuangkan ke dalam yogurt. Gaul sebati.
  4. Boleh dihidangkan secara suam atau disejukkan terlebih dahulu.

3. SMACKED CUCUMBER DRIED SHRIMP
BAHAN-BAHAN:
  • 3 biji timun jepun
  • 50gm udang kering
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ sudu teh minyak zaitun
  • 2 sudu teh jus lemon
  • Secubit garam
  • Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
  1. Timun diketuk sedikit sama ada menggunakan pisau besar atau diketuk di atas meja hingga agak layu/lembek. Tapi jangan sampai hancur.
  2. Potong timun menjadi bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk dan kemudian ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan masukkan udang kering.
  4. Apabila sudah masak, tuangkan ke dalam mangkuk berisi timun tadi. Masukkan ½ sudu teh minyak zaitun, dua sudu teh jus lemon dan secubit garam. Gaul sekata.
  5. Sedia dihidangkan.

4. TIMUN SUMBAT BERSAMBAL TOMATO
BAHAN-BAHAN:
  • 1 batang timun |hiris memanjang, nipis
BAHAN INTI:
  • 7-10 ekor udang |buang kulit dan dicincang
  • 1 biji bawang besar |cincang halus
  • 3 ulas bawang putih |Cincang halus
  • 1 sudu makan mentega
  • Gula garam secukup rasa
Bahan sambal tomato:
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang Holland
  • 3 sudu makan cili giling
  • Sedikit jus lemon
  • Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
  1. Untuk membuat inti; Panaskan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar kemudian masukkan udang. Kacau sekata.
  2. Perasakan dengan gula dan garam. Apabila sudah masak, ketepikan. Biarkan sejuk.
  3. Untuk menyediakan sambal tomato; Kisar tomato bersama bawang hingga halus.
  4. Tumis bersama cili giling dan masak hingga pecah minyak dan sambal berubah warna gelap. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan sedikit jus lemon dan gaul sebati. Angkat dan sejukkan.
  6. Timun dihiris memanjang, masukkan inti dan gulung. Hidang bersama sambal tomato.

5. CUCUMBER MINT DRINK
BAHAN-BAHAN:
  • 500 ml air ais krim soda
  • Hirisan timun secukupnya
  • Daun pudina secukupnya
  • 1 sudu teh jus lemon
CARA MEMASAK:
  1. Tuangkan air ais krim soda di dalam gelas.
  2. Masukkan hirisan timun dan daun pudina.
  3. Masukkan jus lemon. Kacau sekata. Sejukkan di dalam peti sejuk.
  4. Keluarkan ketika hendak minum.

SELAMAT MENCUBA! 




💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik


Monday, December 9, 2019

MANFAAT BATANG PISANG UNTUK TANAM SAYUR

Image may contain: 1 person, outdoor




Bak kata pepatah Melayu, tidak baik jika biarkan pisang berbuah dua kali. Apa yang biasa kita lihat pokok pisang akan ditebang setelah buah yang tumbuh sudah dituai.

Pernahkah anda terfikir bahawa batang pisang yang ditebang baik untuk proses tumbuhan tanaman sayur organik? Ini kerana ciri yang berair dan mudah untuk membekalkan tanaman jika terlupa untuk menyiramnya seterusnya mengekalkan kesuburan pertumbuhannya.

Hari ini admin akan menunjukkan secara ringkas cara tanam sayur dalam batang pisang yang sesuai untuk mereka yang sentiasa ada masalah kawasan terbatas dan ingin membuat pengurangan penggunaan pasu dan polybag. Lebih-lebih lagi duduk dikawasan luar bandar.


    Image may contain: sky, tree, plant, outdoor and nature

    Image may contain: plant, tree, sky, outdoor and nature

    Image may contain: plant and nature

    Memandangkan batang pisang lambat mereput dan tekstur batangnya yang lembut dan mengandungi air, ia amat sesuai dijadikan sebagai medium tanaman. Namun hanya jenis tanaman jangka pendek dan berbatang lembut seperti sawi, bayam, kangkung, kailan dan sebagainya yang sesuai.

    Tekstur batang pisang yang rapuh, menjadikan ia tidak sesuai untuk tanaman jangka masa panjang.


    Image may contain: plant, nature and outdoor

    Image may contain: plant and outdoor

    Image may contain: plant and outdoor

    Image may contain: food

    Perlu lihat kelembapan media tanaman, jika masih lembap, tak perlu disiram, jika media tanaman dah mula kering, barulah perlu disiram. Bagi tanaman sayur-sayuran, aktiviti pembajaan di lakukan sekali sahaja.

    Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

    Klik video ⬇⬇



    💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

    Follow FB Group Geng Kebun Organik



    Friday, December 6, 2019

    KHASIAT DURIAN BELANDA


    Khasiat Durian Belanda
    Imej via Amazon
    Ingin tahu khasiat durian belanda?
    Sebenarnya durian belanda terlalu banyak khasiat untuk diceritakan.
    Isi buah durian belanda yang lembut dan agak berair memang sedap sama ada dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus.
    Sekarang bayangkan pula khasiat yang anda boleh dapati daripada sebiji durian belanda.
    Kebaikkan Durian Belanda
    #1 Durian belanda kaya dengan vitamin C, vitamin B, dan beberapa lagi nutrien penyumbang antioksidan.
    #2 Selain buahnya, daun durian belanda juga mempunyai khasiatnya yang tesendiri. Ia dijadikan bahan untuk tujuan perubatan alami.
    #3 Daunnya boleh dijadikan teh yang bagus untuk kesihatan di mana ia membersihkan perut dan memastikan sistem gastrousus untuk berfungsi dengan baik.
    #4 Teh daun durian belanda juga telah lama dijadikan bahan untuk mengurangkan stres dan kebimbangan. Ini sekaligus membantu mereka yang mengalami masalah sukar tidur atau insomnia yang selalu terjadi kepada mereka yang mengalami stres dan kebimbangan.
    #5 Anti keradangan yang didapati daripada durian belanda boleh melegakan kesakitan sendi seperti yang berlaku akibat gout dan artritis.
    #6 Jika anda mengalami masalah berpunca daripada pernafasan seperti batuk, selesema dan yang berkaitan, pengambilan buah durian belanda boleh membantu menyembuhkan penyakit tersebut.
    #7 Biji durian belanda boleh dijadikan serbuk yang kemudian diformulasikan menjadi astringen kulit. Ia membantu mengurangkan garis dan kedutan pada wajah, lantas membaiki tanda-tanda penuaan seperti bintik pada wajah.
    #8 Kajian menunjukkan durian belanda membantu mengelakkan penyakit kanser dan dikaji sebagai alternatif kepada rawatan kanser.
    #9 Sedikit buah durian belanda dalam diet anda dapat memberi kesan kepada kesihatan. Vitamin C merangsang pembentukan sel darah, manakala antioksidan meneutralkan radikal bebas dan menghalang penyakit kronik.
    #10 Durian belanda berkesan membersihkan salur gastrousus dan membuang lebihan toksin serta garam dari dalam tubuh.
    #11 Durian belanda bagus untuk meningkatkan sistem imun badan.
    #12 Walaupun durian belanda mempunyai nutrien yang bagus untuk kesihatan, namun jika
    anda mempunyai masalah kesihatan, anda dicadangkan untuk mendapatkan nasihat doktor
    sebelum memasukkan durian belanda ke dalam diet anda.




    💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

    Follow FB Group Geng Kebun Organik

    Wednesday, December 4, 2019

    DIY GARDENING APRON DARIPADA SELUAR JEANS TERPAKAI

    No photo description available.



    Rasanya ini masalah sejagat para pekebun yang nak bercucuk tanam tapi terpaksa berulang alik dek tertinggal gunting/pruner. Kadang sampai terlupa terus. Jenuh mencari. Ada terfikir nak beli porch bag ke apa-apa yang sesuai untuk letak barang-barang gardening.


    Sebelum anda membeli apron gardening di luar, apa kata kita cuba DIY sendiri menggunakan seluar jeans terpakai 


    Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah:
    1. Seluar jeans yang terpakai
    2. Gunting
    3. Jarum dan benang



    No photo description available.

    Potongkan seluar jeans kepada beberapa bahagian.

    No photo description available.

    Jahitkan beberapa bahagian seluar jeans mengikut banyak mana ruang yang anda perlukan

    No photo description available.

    Mudah je kan? Selepas ni pasti lebih bersemangat untuk bercucuk tanam.


    Image may contain: outdoor


    Klik video untuk lebih detail : ⬇⬇





    💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

    Follow FB Group Geng Kebun Organik



    Monday, December 2, 2019

    KHASIAT LOBAK PUTIH


    Walau pun ia kurang popular dikalangan petani di Malaysia, LOBAK PUTIH merupakan sejenis sayur yang berkhasiat. Ia lazimnya ditanam secara komersil atau ada yang menanam sebagai tanaman keliling rumah. Sayur lobak putih mudah ditanam dengan benih yang bermutu.

    Dari segi khasiat kesihatan, sayur ini mengatasi masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan. 

    Ramai yang tidak mengetahui khasiat lobak putih yang didakwa mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman.


    JOM KETAHUI APAKAH KHASIAT LOBAK PUTIH :

    1. Menghilangkan keputihan
    2. Kencing tak lawas
    3. Menurunkan berat badan
    4. Memutihkan muka
    5. Menyihatkan kulit
    6. Menghancurkan batu karang
    7. Menyembuhkan demam & panas badan
    8. Menyembuhkan buasir dan sembelit
    9. Membersihkan buah pinggang
    10. Mengatasi masalah sistem penghadaman
    11. Mencegah kanser
    12. Baik untuk pesakit diabetes.
    13. Mengurangkan bronkitis.
    14. Mengurangkan sakit tekak.
    15. Mengurangkan gejala asma.
    16. Mengurangkan batuk.

    17. Mengurangkan selesema.




    Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?


    Follow FB Group Geng Kebun Organik

    Sunday, December 1, 2019

    CARA MUDAH NAK SEMAI BENIH BUAH NANAS

    Kaedah Biji (Seeds) dalam menyediakan benih nanas merupakan satu kaedah yang jarang dibincangkan secara terbuka. Dalam pembiakan pokok nanas, terdapat banyak kaedah yang selalu boleh dilakukan seperti menggunakan Sulur Tanah (Suckers), Sulur Udara (Aerial suckers), Jambul (Crown), Kultur Tisu (Tissue Culture), Keratan Daun (Leaf cutting), Keratan Tunggul Batang (Stem Cutting), Kaedah Sukuan (Quartering) dan sebagainya. Kesemua kaedah ini dilakukan mengikut apakah tujuan pembiakan.

    Pada kebiasaannya kita hanya mendengar cara menanam nanas daripada jambul nanas itu sendiri, tetapi hari ini admin nak kongsikan cara untuk tanam nanas melalui biji benih buah nanas.


    1. Potong buah nanas yang segar dan keluarkan biji



    2. Semai biji benih nanas di dalam tisu yang dibasahkan sehingga nanas mengeluarkan tunas

    3. Apabila biji benih nanas mula bertunas, alihkan biji benih di medium tanaman.



    4. Jika nanas sudah mula matang, alihkan di kawasan yang lebih besar pada jarak yang sesuai






    Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

    Follow FB Group Geng Kebun Organik


    3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

    Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...