Monday, March 16, 2020

TIADA MASA UNTUK SIRAM POKOK DI RUMAH ANDA?

Hai assalamualaikum. Ada tak pembaca-pembaca yang selalu tiada masa untuk menyiram tanaman tapi sangat minat menanam? Ada tak yang selalu rungsing nak balik kampung musim panas ni sebab takut tanaman tak dapat air yang mencukupi?

Haa tips DIY minggu ini akan menyelesaikan segala kerungsingan yang pembaca hadapi.  😍






Eh apa benda tu? Macam menarik ja. Haa kalau pembaca nak tau inilah dia kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan pokok kita mendapat air yang mencukupi walau pun kita tiada waktu untuk menyiram dan kita tinggalkan untuk pulang ke kampung. Jom saya kongsikan bagaimana nak menghasilkannya 😉

Bahan - bahan yang diperlukan :


  • Botol plastik minuman 1.5L berserta dengan penutup
  • Gunting
  • Paku
  • Penukul
  • Pisau
Cara-caranya:

Langkah 1 : Dengan menggunakan paku dan penukul tebuk satu lubang pada penutup botol dan tutup semula penutup pada botol.

P/s : Jumlah lubang bergantung kepada kelajuan air yang pembaca mahu. Lebih banyak lubang lebih laju air mengalir

Langkah 2 : Potong bahagian bawah botol kira-kira satu inci menggunakan pisau yang tajam. 

P/s : Pastikan tidak memotong sehingga habis untuk memudahkan pengisian semula air dan elakkan jentik- jentik memasuki botol tersebut


Langkah 3 : Gali lubang berhampiran pokok dengan kedalaman 1/3 atau 1/2 daripada ketinggian botol. Masukkan botol ke dalam lubang dan pastikan bahagian penutup di posisi bawah.

Langkah 3 : Isi air di dalam botol. Mampatkan tanah di sekeliling botol. 


Hanya dengan tiga langkah saja masalah dan kerungsingan dapat diatasi. Jadi tunggu apa lagi. Jomlah cuba kaedah penyiraman menggunakan bahan terpakai ni 😉



Team MILAGRO juga nak kongsikan pada anda, macam mana pokok tu tetap susah nak hidup walaupun disiram dan solusi untuk masalah itu sendiri.
Solusi yang ke 4 tu sememangnya ramai yang dah cuba dan efektif pada tanaman mereka. Bukan tu saja, solusi yang ke 4 juga dapat mempercepatkan dan menggandakan hasil tanaman anda.






Anda minat menanam ? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik



Thursday, February 6, 2020

KAEDAH PEMBIAKAN TANAMAN PART 3 (CANTUMAN)





Cantum satu pembiakan tampang biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-buahan. Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan.


Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis :

a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan

  • Sandingan

b) Cantuman mata tunas

  • Cantuman 'T'
  • Cantuman tampal
  • Cantuman takuk


c) Cantuman Belahan

  • Belahan tepi
  • Belahan rencung
  • Belahan baji

Pokok Penanti (Stock Plant)

Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan sistem akar yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila pokok penanti mencapai saiz batang yang sesuai (berukuran lebih kurang 1 cm garispusat) untuk menerima mata tunas.

Mata tunas

Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas ketiak. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas rehat ialah seperti rambutan, bunga kertas, ciku, cempedak dan lain-lain. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti durian dan ros.

Cara mencantum mata tunas

Contoh: Cantuman tampal


  1. Sediakan pokok penanti
  2. Potong dua garisan daripada atas ke bawah, panjang kira-kira 4cm pada batang pokok penanti, dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih.
  3. Potongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak antara garisan kira-kira 1cm.
  4. Buat satu garisan melintang di sebelah bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukan sama ada kulit itu boleh dikopek.
  5. Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan yang dibuat pada pokok penanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas daripada kayu mata tunas dan tanggalkan kulitnya beserta mata tunas.
  6. Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas. Buangkan kulit pokok penanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm.
  7. Antara 20 - 30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik itu.
  8. 1 minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong kira-kira 5cm - 8cm daripada bahagian yang dicantum.



Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai membesar. Tunas-tunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok penanti hendaklah dibuang.

Untuk memastikan kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih
b) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama.
c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama.
d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata tunas menjadi kering
e) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur.
f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgar
g) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan.



LENTURAN (layering)


Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih menjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup.

Terdapat empat jenis lenturan:

a) Lenturan Pucuk (tip layerage)
b) Lenturan Busut
c) Lenturan Peparitan (berbaringan)
d) Lenturan udara (tut)


a) Lenturan udara (tut)

Lenturan yang biasa di buat. Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.

Cara-cara mengetut:

Sediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan air dengan secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran.

Tanah campuran biasa digunakan ialah:


  • 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja organik
  • 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahagian isipadu tanah peroi 2 bahagian isipadu baja Milagro


Cara memilih dahan yang sesuai


  1. Dahan dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga.
  2. Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras, sekurang-kurangnya lcm garis pusat.
  3. Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang percabangan, berbentuk lurus dan mendapat cukup cahaya matahari.


Cara mengetut


  1. Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab.
  2. Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaran yang akan dibuat.
  3. Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama.
  4. Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.
  5. Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas
  6. Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah.
  7. Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan tanah itu padat dan melekat dengan baik.
  8. Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya.
  9. Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam beg plastik.


Sekian dulu tips kali ini. Jangan lupa like page Baja Milagro untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.


-----------------------------------------------------------------

Untuk dapatkan baja Milagro, hubungi ejen-ejen berhampiran anda sekarang!

KAEDAH PEMBIAKAN TANAMAN PART 2 (PEMBIAKAN TAMPANG)



Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi bilangan individu beranak dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuhan membiak dan berkembang dengan dua cara :


• seksual; contoh biji benih, spora
• Tampang (vegetatif); contoh keratan, belahan, cantuman, organ-organ khas dan lain-lain.


Pembiakan Tampang

Pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induknya. Tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan secara demikian dipanggil klon.

Bahagian-bahagian vegetatif ini adalah paling istimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini mewakili pokok keseluruhannya. Oleh itu, pokok yang dibiak 100 tahun dahulu adalah sama dengan yang dibiak sekarang.


Kebaikan Pembiakan Tampang

* Boleh mendapat pokok yang seragam
* Ciri-ciri anak pokok menyerupai induknya
* Cepat berbunga atau berbuah
* Boleh dibiakkan sepanjang tahun
* Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa
* Dapat digunakan untuk membiakkan tumbuhan yang tidak mengeluarkan biji benih bernas


Keburukan Pembiakan Tampang

* Tidak semua jenis tumbuhan dapat dibiak dengan cara ini
* Pemindahan penyakit lebih mudah terutama penyakit virus
* Setengah kaedah memerlukan kemahiran teknikal yang agak rumit


Jenis-jenis Pembiakan Tampang

Secara Semula Jadi

a. Rayapan (stolon) – batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya tumbuh menjalar secara
mendatar di atas permukaan tanah. Contoh: Episcia dan chlorophythum.
b. Sulur - Anak atau rumpun pokok yang dipisahkan dari pokok induk. Contoh: Pisang kipas
(Ravenala), Keladi
c. Umbisi - Contoh: Gladiolus, abaca
d. Bebawang (leaf scale) Contoh : Lily, Amaryllis
e. Rizom – batang yang menjalar di bawah permukaan tanah. Contoh : halia, bunga tasbih, iris,
rumput, kunyit
f. Tuber Contoh: kentang, keladi
g. Akar Tuber - Akar yang membesar dalam tanah. Mata tunas terdapat pada jemala akar.
Contoh: dahlia, keledek, gloriosa

Pembahagian boleh dilakukan kepada beberapa jenis bahagian tumbuhan tersebut di atas dengan memotongnya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contoh kentang, bebawang.


Secara Buatan

KERATAN
a. Keratan dahan atau batang
Keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana dan keratan kayu hijau atau lembut.

Cara mengambil keratan batang:
1. Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit. Panjangnya keratan anantara 15 - 20cm.
2. Potong pangkal keratan itu serong di bawah satu mata tunas.
3. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun. Tentukan sekurang- kurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk.
4. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal keratan. Siram.
5. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar.

b. Keratan daun
Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan urat daun, keratan tangkai daun dan keratan helaian daun.

1. Keratan helai daun dibuat dengan mengambil sehelai daun yang bertangkai atau tidak bertangkai di mana ianya ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir.
2. Akar dan daun baru akan keluar dari sebelah bawah daun. Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak sehelai daun yang telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh dibiak dengan cara keratan bahagian daun.
3. Untuk membuat keratan tangkai daun tentukan lai daun mempunyai batang sepanjang 2.5 – 4cm panjang.


c. Keratan Akar
1. Keratan akar dibuat dengan memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak berpenyakit kira-kira 7 - 15cm panjang dan kemudian ditanam dengan membaringkan akar di dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah gambut.
2. Pastikan paras atas akar adalah sama paras dengan pasir.
3. Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain, (misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan pembiakan.

Penjagaan Keratan

Penjagaan rapi adalah mustahak semasa pengakaran. Sebaiknya keratan jangan diubah-ubah kerana akar-akar baru sangat lembut dan senang patah. Kebersihan kawasan perlu dijaga untuk mengelakan dari jangkitan penyakit.

Peratus kelembapan dikurangkan secara berperingkat setelah pengakaran mula berlaku dan keamatan cahaya dipertingkatkan. Keratan-keratan tadi sedia diubah apabila mengeluarkan akar sekunder. 

Elakkan akar tercedera semasa mengubah dengan menyiramnya terlebih dahulu sebelum dicungkil. Kemudian tanam di dalam bekas yang mengandungi campuran tanah yang bersesuaian. Siram secukupnya dan beri teduhan selama 7-14 hari.


Sekian dulu tips kali ini. Jangan lupa like page Baja Milagro untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.


-----------------------------------------------------------------

Untuk dapatkan baja Milagro, hubungi ejen-ejen berhampiran anda sekarang!

KAEDAH PEMBIAKAN TANAMAN PART 1 (BIJI BENIH)




Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi bilangan individu beranak dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuhan membiak dan berkembang dengan dua cara :

•seksual; contoh biji benih, spora•Tampang (vegetatif); contoh keratan, belahan, cantuman, organ-organ khas dan lain-lain.



Biji benih


Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contohnya pokok-pokok bunga semusim, pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh dibiak secara tampang.


Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih


• Boleh menghasilkan baka-baka baru• Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman• Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok• Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya.


Keburukan Pembiakan Secara Biji Benih

• Biji benih mungkin mempunyai masa rehat (dormancy)• Mengambil masa yang panjang untuk matang• Kemungkinan menghasilkan tumbuhan yang berbeza daripada induknya• Setengah tumbuhan hanya dapat dibiakkan pada masa-masa tertentu kerana pengeluaran buah dan biji benihnya bermusim


Pemilihan Biji benih


Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih:
• Matang• Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain)• Berisi, segar dan bersih dari kekotoran• Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah)• Bebas dari penyakit dan perosak



Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau masak. Biji itu dibersihkan. Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat yang terbuka dan ternaung.


Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama. Dalam keadaan biasa seperti di Malaysia biji benih tidak dapat disimpan lama dan akan kehilangan daya percambahan dengan cepat. 

Jika hendak disimpan lama, biji benih perlulah disimpan di tempat bersuhu dan peratus lembapan yang rendah. Jika benih dibeli, periksa tarikh luputnya. Peratus percambahan benih menurun apabila disimpan terlalu lama.


Percambahan biji benih


Percambahan biji benih bergantung pada faktor-faktor seperti peratus lembapan, suhu, cahaya dan oksigen. Percambahan biji benih yang tidak serentak disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, fisiologikal dan persekitaran. Fenomena ini berlaku oleh kerana kulit biji benih (testa) tidak telap air atau biji benih mengeluarkan bahan beracun dan lain-lain faktor dalaman. Kadangkala biji benih memerlukan rawatan tertentu untuk mempercepatkan percambahan.


Rawatan percambahan biji benih


Terdapat beberapa cara rawatan untuk percambahan biji benih:

• Pelelasan (scarification)

Satu proses dimana kulit biji benih dirawat supaya biji benih telap air. Cara-caranya biasa dilakukan ialah membuang atau mengikis testa, merendam biji benih dalam asid atau air panas.

• Stratifikasi
Stratifikasi adalah proses melembutkan testa dengan meletakkan biji benih dalam timbunan pasir, tanah atau habuk papan yang basah pada suhu yang turun naik.


• Vernalisasi
Vernalisasi adalah satu proses menyebabkan biji-biji benih mengeluarkan hormon untuk percambahan dengan meletakkan biji benih pada suhu yang rendah.


• Pemeraman (fermentation)
Pemeraman adalah satu proses merendam biji benih ke dalam air atau menyimpannya dalam beg plastik yang diikat untuk menanggalkan selaput biji benih.



Menyemai Biji benih

a. Rawatan sebelum menyemai
Biji benih yang hendak disemai sebaik-baiknya dirawat terlebih dahulu bagi mengelakkan dari serangan penyakit terutama penyakit dari jenis kulat.



b. Medium Percambahan
Medium percambahan yang digunakan harus mempunyai ciri-ciri berikut:


• Mampu menyokong anak-anak benih,• Menyimpan air secukupnya• Mempunyai cukup rongga untuk pengudaraan dan penembusan akar• Bebas dari biji benih rumpai



c. Cara menyemai
Biji benih disemai mengikut saiznya. Terdapat perbezaan teknik menyemai untuk biji benih halus dan kasar.



  • Biji benih halus


1. Sediakan campuran tanah dan masukkan kedalam bekas semaian.
2. Siram bekas ini sehingga lembab.
3. Biji benih halus digaul dengan pasir halus dengan nisbah 1 bahagian benih : beberapa bahagian pasir halus dan kering untuk memudah dan meratakan taburan biji benih atas permukaan tanah.
4. Selepas ditabur, tutup biji benih dengan satu lapisan tanah peroi dan disiram.
5. Bekas menyemai boleh ditutup dengan gelas atau plastik lutsinar hingga benih bercambah.


  • Biji benih kasar


1. Sediakan medium percambahan, dan bekas semaian yang sesuai.2. Pilih biji benih yang bernas dengan merendamkannya di dalam air. Biji benih yang timbuldibuang. Semai secepat mungkin dengan menggunakan teknik yang betul.3. Setelah biji benih mengeluarkan 2-3 helai daun sebenar (true leaves) bolehlah diubah kedalam beg politena.


Sekian dulu tips kali ini. Jangan lupa like page Baja Milagro untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.


-----------------------------------------------------------------Untuk dapatkan baja Milagro, hubungi ejen-ejen berhampiran anda sekarang!

SEMAI SAWI DALAM KULIT TELUR KURANGKAN RISIKO TANAMAN MATI


Image result for semai dalam kulit telur


Selalu semaian yang dialihkan ke tapak kekal mesti 20% daripadanya berisiko untuk mati. Ia disebabkan gangguan pada akar ketika proses pemindahan dilakukan. Untuk mengatasi masalah ini, admin kongsikan cara semaian mudah menggunakan kulit telur.

Menjadi kelebihan kaedah semaian ini, ketika pemindahan anak pokok kulit telur terus di tanam bersama anak pokok bagi mengelak ganguan pada akar tanaman.


Image result for semai dalam kulit telur


Secara tidak langsung, kulit telur tadi menjadi baja yang mengandungi kalsium yang amat diperlukan tumbesaran tanaman.


--------------------------------------------------------------------💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman? Follow FB Page Baja Milagro

Friday, January 24, 2020

TEKNIK GRAFTING ANAK POKOK DURIAN AGAR BERBUAH CEPAT DAN RENDAH





Artikel ini bertujuan untuk kongsikan cara mencantum (grafting) anak pokok durian melalui teknik cantuman baji.


Berikut adalah cara buat cantuman durian, lepas ni boleh la cuba buat.
































Nampak mudah kan?



Sekian dulu tips kali ini. Jangan lupa like page Baja Milagro untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.


Kredit pic Impiana.


-----------------------------------------------------------------
Untuk dapatkan baja Milagro, hubungi ejen-ejen berhampiran anda sekarang!

Thursday, January 9, 2020

CARA MEMBUAT CANTUMAN TUT



Seringkali kita lihat pada pokok buah ataupun pokok-pokok bunga terdapat bonjolan yang dibalut dengan plastik putih yang diikat pada ranting kayu pokok.  Mungkin pada yang tidak tahu, pasti mereka ingatkan ia adalah satu teknik untuk merawat pokok daripada penyakit atau mungkin cara nak elak dari serangga? Bagi yang ingin tahu dan mahukan penjelasan yang jelas mengenai benda itu, perkongsian kali ini akan mendedahkan rasa ingin tahu anda.
Sebenarnya bonjolan dan kesan plastik yang diikat pada ranting pokok itu adalah satu kaedah secara cantuman untuk kita hasilkan anak pokok yang baru atau dengan kata yang mudah nak hasilkan anak pokok yang baru dari pokok yang asal.

Ia merupakan teknik pembiakan pokok yang mudah bagi pokok-pokok besar seperti buah-buahan dan pokok bunga. Terdapat beberapa kaedah pembiakan pokok, tetapi pada hari ini, admin akan menerangkan teknik cantuman tut atau marcotting

Teknik Cantuman Tut
Cara cantuman ini adalah sesuai untuk pokok yang berdahan keras seperti pokok buah-buahan. Pokok limau, rambutan, durian, buah tin dan lain-lain.  Kali ini saya akan ajar cara yang mudah untuk membuat tut pokok limau. Caranya sama boleh dipraktikkan pada pokok lain juga.
Peralatan yang diperlukan:
  1. Pisau belit
  2. Gunting

Bahan yang diperlukan:

  1. Hormon penggalak akar
  2. Tanah campuran
  3. Tali
  4. Plastik
  5. Cocopeat (sekiranya ada)
  6. Air

Langkah-langkah:

  1. Pilih dahan yang sihat dan tidak dijangkiti penyakit

  1. Kelar keliling dahan dan ke bawah mengunakan pisau dengan jarak 3-5 cm 
  1. Sapukan keliling kelaran dahan tadi dengan hormon pengalak akar

  1. Medium tanah dicampur dengan air sedikit dan digempalkan agar lembap dan tidak mudah kering apabila di balut dengan plastik.
  1. Tekupkan gempalan tanah tadi ke dahan yang telah disapu hormon.

  1. Letakkan cocopeat disekeliling gempalan tanah tadi, ia adalah bertujuan mengekalkan lagi kelembapan yang maksimun kepada tanah tadi.

  1. Kemudian, bungkuskan gempalan tadi dengan plastik

  1. Pastikan balutan plastik menutupi kesemua gempalan tanah tadi dan ikatkan dengan tali dengan kemas.

Cantuman ini menjadi sekiranya terdapat akar yang tumbuh penuh didalam bungkusan itu. Hasil selalunya dapat dilihat sekitar 4-8 minggu mengikut pada jenis pokok.
Apabila akar sudah kelihatan, kita boleh potong dibahagian bawah akar tersebut dan pindahkan tut ke dalam pasu atau bekas yang mengandungi tanah campuran. Letakkan pada tempat teduh untuk proses hardening.
Pemindahan perlulah dilakukan secara berhati-hati kerana akar masih tidak begitu kuat. Elakkan menekan pangkal tut apabila selesai menanam. Hanya perlu siram sahaja disekeliling.

selamat mencuba!

Kredit : MyAgri.com.my

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...