Friday, May 24, 2019

Panduan Menanam Timun Melalui Biji Benih Dengan Mudah Dalam Pasu

Timun adalah kategori sayuran buah yang sememangnya ramai gemar nak makan samada secara mentah atau dimasak lagi-lagi dijadikan ulam pada sesiapa yang memang mengamalkan pemakanan yang sihat. Timun ni memang kaya dengan pelbagai khasiat yang mungkin ramai taktahu.

Kemajuan cara dan teknik menanam dalam bidang pertanian semakin maju dan berkembang. Banyak cara yang boleh kita buat untuk menanam sekarang samada menanam di tanah, di pasu, secara hidroponik dan macam-macam lagilah. Bagi mereka-mereka yang tinggal di bandar pun boleh menanam mengikut kaedah yang sesuai seperti menanam dalam pasu. Ini kerana menanam dalam pasu mudah di mana memerlukan sedikit media, pasu boleh dialihkan dan pembajaan juga tidak perlukan jumlah yang banyak cukup 2 sudu dalam 2 minggu sudah memadai. 

Image result for timun dalam pasuLangkah awal bagi memulakan untuk menanam timun dalam pasu adalah dengan mencari biji benih yang bersesuaian. Biji benih mudah untuk kita dapatkan di nurseri atau kedai-kedai pertanian.  Namun begitu, pemilihan mencari biji benih pun kena berhati-hati supaya bila kita dah semai pokok tersebut akan menjadi. 

Semai terlebih dahulu dalam cawan plastik dan simpan ditempat selamat. Cara menyemainya ialah masukkan media ke dalam cup plastik buat lubang sedalam 2 inci. Masukkan benih dan timbus semula kemudian siram dengan air. Tunggu hingga 2 minggu atau anak pokok timun sudah mengeluarkan daun sebenar dan barulah alihkan ke pasu.

Setelah benih disemai, dapatkan pasu pula. Pemilihan pasu pun agak penting bagi menanam timun supaya pokok timun dapat membesar dengan lebih tinggi dan memberi keselesaan pada akar pokok untuk bebas bergerak.  

Pemilihan media juga penting dalam pertumbuhan pokok. Walaupun media bukan syarat utama dalam penanaman tetapi sekurang-kurangnya menggunakan media yang baik akan memberikan pertumbuhan yang baik kepada tanaman pokok timun.

Proses sebelum menambah media ke dalam pasu, masukkan dua genggam rumput kering atau daun kering yang mudah diperolehi di laman rumah. Jika tidak ada, boleh juga menggunakan batu kerikil. Rumput kering atau batu kerikil ini bertujuan agar air di bawah pasu cepat keluar dan tidak berlebihan atau bertakung di bawah pasu. Akar akan lemas dan mudah terkena jangkitan sekiranya media terlalu basah akibat air bertakung di bawahnya.

Genap 3 minggu lebih, pokok timun akan menghasilkan bunga jantan dengan banyak diikuti oleh bunga betina. Buah timun akan membesar dan membesar dan setelah lebih kurang 2 bulan lebih atau 3 bulan, pokok timun anda sudah bersedia untuk dituai hasilnya.

Anda minat menanam ? Kita GENG 😍😍

Thursday, May 23, 2019

Pokok Cili Berbuah Lebat



‘Pakcik seronok la gunakan baja ni sebab nampak pokok bunga pakcik subur, pokok cili lebih banyak berbuah.’ Pakcik Rosli yang memang gemar menanam dan antara tanamannya ialah pokok cili dan bunga raya.

Sebelum ini, pokok cilinya lambat nak keluar hasil dan cili yang keluar pun tak banyak. Bila dah gunakan baja milagro ni, dalam sebulan guna hasilnya berganda, bunga mula bercambah dan hasil cili yang keluar lebih banyak.

Pokok limau Encik Rosli juga sebelum ni bila ditanam susah nak naik disebabkan penggunaan baja yang tidak sesuai. Daun pun tidak banyak, buah ada tapi tidak besar. Lepas dah pakai sebulan, nampak buah lebih besar dan daun lebih banyak.

Pokok bunga Encik Rosli nampak lebih subur, gemuk dan kurang serangan serangga, daun nampak lebih lebar. Pokok bunga kemboja Encik Rosli juga nampak lebih besar daripada yang sebelum ni nampak kecil je.

Bagi Encik Rosli, beliau menanam juga dijadikan terapi bila nampak hasil yang cantik keluar. ‘ sebelum pakcik menanam tak berpuas hati dengan hasil sebab bila tanam je pokok mati, lepas pakcik guna baja milagro sangat berpuas hatilah sebab nampak lah hasil dia.’ 

Encik Rosli menggalakkan lah untuk orang ramai mencuba baja milagro ni sebab pasti berpuas hati bila guna baja ni pada tanaman. Baja Milagro ni bukan je sesuai untuk bunga, pokok sayur dan pokok buah pun boleh. Tak perlu dah cari baja yang berasingan untuk bunga, sayur dan pokok buah.

Anda minat menanam? Kita GENG

Tuesday, May 21, 2019

PELITA PANJUT




Assalamualaikum, hai :D Sedar tak sedar, sekejap jee kita dah masuk minggu ke-tiga Ramadhan kan. Tak lama lagi dah nak raya, dah buat persiapan untuk raya ke tu? hehe. Selalu minggu-minggu nak masuk raya ni meriah halaman-halaman rumah dengan pelita kan tapi dah jarang kita nampak pelita panjut yang dibuat daripada buluh. Selalu beli ja kat kedai dah siap. Meh kami kongsikan cara pembuatan pelita buluh panjut supaya boleh mengembalikan nostalgia pelita buluh ni😍😍


Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. Buluh
  2. Tin aluminium
  3. Drill/pisau/parang
  4. Kain buruk
  5. Minyak Tanah
Cara-caranya :

  1. Potong buluh mengikut panjang yang anda inginkan, 6-7 ruas dah cukup comel
  2. Bersihkan buluh dengan air untuk menghilangkan miang. Kang tak pasal tegaru garu sebab gatal hehe
  3. Tebuk lubang di tengah-tengah ruas menggunakan parang/pisau/screwdriver. Pastikan buluh tidak pecah dan lubang muat-muat sumbu sahaja


     4. Potong tin aluminium, jadikan dalam bentuk kepingan dan gulungkan. Selepas digulung, masukkan sumbu pelita/kain buruk ke dalam gulungan tin tadi sebelum dimasukkan ke dalam lubang yang ditebuk pada buluh.


5. Tuang minyak tanah ke dalam lubang yang telah ditebuk pada buluh tadi


6. Nyalakan api dan dah siap! Meriahkan laman anda dengan pelita buluh raya ni tau 😍




Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik


Monday, May 20, 2019

Cara Mudah Tut Pokok Tin


TANAMAN POKOK TIN merupakan satu jenis tanaman yang semakin minat ramai terutama orang disekitar kota disekeliling rumah ataupun di rumah condominium. Pokok tin ialah sejenis pokok yang berbatang lembut, pertumbuhan agak cepat dan mempunyai akar rerambut yang banyak.  

Selain menggunakan kaedah keratan batang, pokok tin ini pun boleh dibiakkan melalui kaedah tut. Dimana kaedah tut ini ialah buatkan pokok tersebut keluarkan akar pada bahagian tertentu sampai keluar akar dan akan dicantas dan kemudian akan ditanam pada tanah. Dan tak semua tanaman sesuai menggunakan kaedah ini. Antara buah yang sesuai gunakan kaedah tut pokok betik, pokok limau, pokok tin.




Perkara yang pertama perlu dibuat adalah dengan mencarik sedikit batangnya menggunakan pisau. Carik disekeliling batang tersebut tapi jangan terlalu dalam. Dan kemudian boleh dikopekkan kulit batang pokok tin tersebut dan buangkan lapisan kulit. Nak buangkan lapisan kulit tersebut pun ada tipsnya dan ada pemilihan batang yang tertentu. Cara pemilihan bahagian batang yang sesuai adalah batangnya tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Dan juga tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil dimana senang untuk kita memotong lapisan kulitnya. 

Akar baru akan tumbuh dalam masa 4 minggu. Tapi masa yang sesuai untuk dipindahkan ke dalam polibeg adalah dalam 6 hingga 8 minggu. Disebabkan akar akan tumbuh dibahagian atas, perlu sapukan penggalakkan akar. Yang digunakan untuk kaedah ini adalah menggunakan serbuk kayu manis. Kemudiannya hanya perlu disapu pada bahagian batang yang dah dipotong.

        



Kemudian ambil satu botol kosong atau apa jenis botol plastik dipotong dan dibuat lubang pada bahagian bawah botol tersebut. Sebelum menebuk seeloknya ukur dahulu mengikut saiz batang yang bersesuaian. Bahagian yang telah dipotong pada botol itu perlu dilekatkan dengan lebih rapat bagi mengelakkan tanah yang akan diisi keluar. Jenis tanah yang digunakan adalah tanah sawit hitam. Dan boleh didapatkan di nurseri.Tanah yang diisi perlulah dimampatkan supaya tanah tersebut perlu kena pada bahagian batang yang dibuang kulitnya bagi menggalakkan pertumbuhan akar. 

Bila dah diisikan tanah, perlulah disiram atau dilembabkan sahaja tanah tersebut. Kemudian perlulah dibalut bahagian tersebut dengan plastik seeloknya plastik yang jernih dimana kita boleh nampak pertumbuhan akar tersebut. Perlulah diikat dengan kuat dan rapat supaya botol yang telah diisi tanah tersebut tidak akan tercabut.

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom joinGeng Kebun Organik

Friday, May 17, 2019

BUAT DUIT DARI HOBI

Assalamualaikum, salam Jumaat dan salam 12 Ramadhan semua 😊
Minggu ni tips kejayaan nak kongsikan tentang dari hobi jadi wang ringgit. Haa, mesti korang tak pernah dengar tajuk ni kan 😏 Dan mesti juga ramai yang tak terfikir untuk jadikan hobi sebagai wang ringgit kan ?


Kalau nak tau,  hobi yang kita miliki boleh dijadikan sebagai wang ringgit sebab hobi kalau makin diasah akan mendapat hasil. Sebagai contoh, jika anda meminat melukis dan bakat lukisan dapat diasah dengan lebih mahir dengan hasil lukisan kita dapat jual untuk jadikan wang ringgit. 

Selain itu, hobi menjadi sumber rezeki dengan tanpa mengira jenis kemahiran yang dimiliki, ia tidak akan bermakna jika kita tidak menghargai dan menggunakannya dengan cara bijak apatah lagi jika hobi tu dapat menambah pendapatan sampingan bagi menghadapi cabaran ekonomi pada hari ini.



Di luar sana, ramai yang minat menanam dan hasil tanaman mereka dijadikan sebagai wang ringgit. Pada mulanya mereka hanya minat bercucuk tanam sahaja tapi disebabkan hasil tanaman yang banyak serta tak tau buat apa dengan hasil tersebut dengan menjual hasil tanaman untuk menambah pendapatan. Setiap manusia berbeza minat dan hobi, jadi tak salah untuk teruskan hobi kita tanpa rasa malu kerana hanya dengan hobi kita dapat jadikan ia sebagai wang ringgit kita. 

Jadi, tanam hobi kita sehinggakan boleh jana pendapatan kita ! πŸ˜‰

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik


Wednesday, May 15, 2019

Pokok Bunga Mabuk Bunga


Puan Noraini memang seorang yang sangat sukakan dan sayangkan pokok bunga. Kalau boleh sekeliling rumah dia memang akan ada pokok bunga. Paling beliau sayangkan adalah pokok bunga raya, dan pokok bunga mak datin. Puan Noraini akan mengambil pokok bunga ditepi jalan raya untuk ditanam semula kerana baginya pokok bunga yang berada ditepi jalan raya tidak mendapat penjagaan yang baik. Niatnya hanya untuk membiakkan pokok bunga tersebut dengan penjagaan yang lebih rapi.


Sebelum gunakan milagro, pokok bunga beliau tidak mengeluarkan bunga yang banyak. Bagi Puan Noraini kalau tiada pokok bunga beliau merasakan tidak lengkap hidupnya kerana antara pokok bunganya yang paling digemarinya adalah pokok bunga mak datin. Sampaikan sanggup ambil pokok bunga orang lain kalau tiada bunga di rumahnya.


Bila Puan Noraini menggunakan baja milagro, pokok bunga mak datin beliau penuh dengan bunga dan pokok bunganya akan naik dan bunganya susah nak gugur serta melekat pada pokok. Bagi Puan Noraini bila menanam ni baik untuk kesihatan walaupun beliau sakit beliau nak juga keluar untuk menanam.


Puan Noraini akan menyemaikan dahulu pokok bunganya barulah beliau akan menaburkan baja milagro. Pokok bunga beliau juga jarang diserang ulat. Puan Noraini juga rajin untuk berbual dengan pokok bunganya kerana baginya pokok bunga juga adalah makhluk yang hidup.


Puan Noraini juga sampai terpaksa cantas pokok daun limau purutnya kerana dahannya naik tinggi sampai kerumah jiran kerana penangan baja Milagro ni. Bagi Puan Noraini, tahap kesayangannya terhadap pokok bunganya sampai boleh buat gaduh kalau ada yang mengganggu pokok bunganya. Kata-kata dari Puan Noraini kena cuba baja milagro, rajinkan menyiram, membaja bagi yang minatkan menanam. Baginya bila gunakan baja Milagro ini sangat bagus baginya dan jangan putus asa kalau memang berminat untuk menanam sendiri.

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik

Tuesday, May 14, 2019

MULUT TEMPAYAN BOLEH DITUTUP


Ada tak tempayan dekat rumah yang terbiar je tapi tak guna pun. Sampai dah ada sarang labah-labah dekat situ. Untuk pengetahuan semua tempayan juga mampu dijadikan hiasan dan dekorasi tau. Ia boleh jadi sangat menarik dan sedap mata memandang jika pandai mendekorasikan dengan sebaiknya. Meh Milagro kongsikan beberapa dekorasi menggunakan tempayan.





Selain daripada dekorasi, tempayan juga boleh dijadikan sebagai pasu tau. Haa cantik sangat-sangat tau kalau tempayan dijadikan pasu. Daripada dibiar begitu sahaja lebih baik dijadikan pasu kanπŸ˜‹.
Jom Milagro kongsikan tempayan yang dijadikan pasu dan boleh dijadikan inspirasi kepada pembaca😘

                                                                           



Haa. Banyak tau kegunaan tempayan ni dalam kehidupan kita. Jadi jangan sia-siakan tau kalau ada tempayan yang unik ni di rumah andaπŸ˜‰


Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍






3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...