Tuesday, June 25, 2019

ULAM PEGAGA MENGHIJAU BETUL !



Salah seorang pelanggan Milagro, encik Kwi Syukri yang berasal dari Terengganu. Beliau baru nak mencuba menanam. Sebelum ni beliau menanam, gunakan baja dari kedai 2 ringgit, habis hangus terus pokok-pokok tanaman beliau.

Dari saja-saja kata nak mencuba baja Milagro ni, beliau terus dapatkan dari ejen kawasan Terengganu. Kemudian, digunakan ada tanaman ulaman pegaga beliau. Masalah lain yang beliau alami adalah beliau menanam tapi tanaman tak subur kemudian terus mati. Yang sebelum ni boleh nampak pada keadaan ulam pegaga beliau daun-daunnya nampak kekuningan dan tak sihat. 
Selalunya masalah daun kekuningan ini disebabkan kekurangan air dan kekurangan cahaya matahari. Tapi lepas taburkan Milagro ni, nampak lebih hijau dan sihat untuk tanaman ulam pegaga beliau.

" Alhamdulillah semakin menghijau ulam pegaga. Betul-betul terbaik Milagro. Semoga tanaman anda-anda semua pun sihat walafiat hendaknya"

Jom dapatkan kegembiraan macam En Kwi Syukri ni!


Anda minat menanam? Kita GENG ! 

Jom join Geng Kebun Organik

Monday, June 17, 2019

MULA-MULA TAU DARIPADA AYAH, LAMA-LAMA JATUH CINTA

Masih ingat lagi tak #Cabaran30HariMilagro yang Cik Mila buat masa puasa haritu? Haa harini Cik Mila nak kongsikan kisah perjalanan salah seorang peserta #Cabaran30HariMilagro iaitu Cik Siti Amyra. Menarik sangat-sangat tau kisah dia ni! Jom kita baca!




"Saya dapat tahu baja ni daripada ayah sebab ayah memang seorang yang memperjuangkan organik dan menggunakan baja organik, Ayah jugalah yang memberitahu saya baja ni bagus untuk buah, sayur dan bunga😍"

Cik Siti Amyra pun mencuba membeli baja Milagro dan membeli sepokok pudina untuk melihat hasil baja Milagro terhadap tanamannya.

" Dari semangkuk pudina saya pindahkan ke pasu besar dan sekarang pasu besar saya dah penuh sekali lagi gara-gara guna Milagro. Padahal baru sebulan , laju betul pokok membiak"



Cik Siti Amyra juga memberitahu disebabkan pudina yang menjadi-jadi sampai jiran sebelah rumah tegur dan mintak pokok pudina tersebut sebab terlalu mabuk daun!😍😍



Haa hebat kan baja Milagro ni sampaikan jiran sebelah pon tegur dan nak tau apa rahsia tanaman menjadi-jadi!

Kepakaran Milagro ialah dapat membantu menyuburkan tanah dan sesuaikan digunakan pada semua tanaman. Bila tanah dah subur ia boleh menghidupkan ekosistem di dalam tanah seperti cacing dan sebagainya. Cacing inilah sebagai bukti bahawa tanah kita cukup subur


Anda minat menanam? Kita GENG ! 

Jom join Geng Kebun Organik

Sunday, June 16, 2019

HALIA MENGEMPISKAN PERUT


Perut buncit adalah satu masalah kesihatan yang banyak dialami oleh rakyat Malaysia disebabkan cara pemakanan yang tidak betul selain kurang bersenam. Masalah ini boleh mengundang pelbagai penyakit seperti badan berangin, perut membesar, kanser usus, masalah jantung, kencing manis dan banyak lagi jika tidak dirawat dengan segera.

Ada banyak cara mengatasi masalah perut buncit seperti kerap bersenam dan mengamalkan diet dan makanan yang seimbang.

Bagi yang mahu kempiskan badan secara semulajadi, boleh amalkan meminum jus jamu Halia Madu. Kelebihannya adalah tidak mengandungi sebarang bahan pengewet dan cara membuatnya amat senang.


Bahan- bahan yang diperlukan adalah :



  • 3 inci halia tua
  • 2 biji limau nipis atau 1 biji lemon
  • 3 cawan air biasa
  • 1/2 cawan madu lebah

Cara membuatnya adalah

1. Potong limau dan kupas kulit halia.
2. Masukkan semua hirisan halia dan limau ke dalam periuk. Tambahkan air dan masak sehingga tinggal 2 cawan air sahaja
3. Masukkan air tersebut ke dalam cawan dan biarkan sehingga suam.
4. Seterusnya masukkan air tadi (2 gelas) ke dalam blender bersama 1/2 cawan madu. Kisar hingga halus. ( limau dan halia dikisar bersama dengan kulitnya.)
5. Masukkan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Amalkan meminum jus jamu halia madu ini sebanyak 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam. Insyahallah berkesan kempiskan perut yang buncit.


PERINGATAN: Jus ini boleh bertahan selama 2-3 hari kecuali disimpan dalam peti sejuk, ia boleh tahan sampai berbulan-bulan. Boleh amalkan meminum jus ini selepas 2 bulan berpantang dan lahirkan bayi.



Cara nak tanam halia ni pulak sangatlah senang sebab tak memerlukan proses yang banyak. Tanam dalam polibeg pun boleh. Caranya cuma gunakan halia yang kita belum guna dalam peti sejuk tu, potongkan halia tersebut mengikut tunas yang dah tumbuh, rendamkan dalam racun kulat untuk mematikan fungus dan keringkan. Kemudian bolehlah ditanamkan ke dalam polibeg menggunakan medium tanaman yang sesuai.

Selain halia, banyak lagi tanaman yang sebenarnya kita tanam sendiri bermanfaat untuk kempiskan perut yang buncit tu. Antaranya aloe vera ( lidah buaya ), limau nipis, daun sirih. 

Semoga bermanfaat ! Jangan lupa like dan share kan okeyy .


Anda minat menanam? Kita GENG ! 

Jom join Geng Kebun Organik

Monday, June 10, 2019

KOLEKSI PELITA RAYA YANG BOLEH ANDA BUAT DI RUMAH

Pelita merupakan hiasan yang lazimnya digunakan menjelang hari raya aidilfitri dalam masyarakat nusantara. Pada kebiasaannya, pelita akan dinyalakan pada bulan Ramadhan iaitu pada 10 malam terakhir. Pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk menghasilkan pelita seperti buluh, tempurung, atau membelinya di kedai.

Di Malaysia, ada sesetengah kawasan yang masyarakatnya sangat suka menjadikan pelita sebagai hiasan sehinggakan mereka mampu mengukir imej dengan hanya menggunakan cahaya api pelita. Disini saya kongsikan supaya anda boleh meniru ukiran yang menarik bagi anda untuk dibuat di rumah. Jadi, jommmm kita tengok mana yang paling kretif.

1. Pelita membentuk masjid.

(Kemain besar lagi bulan dengan bintang dia)


















2. Ucapan Salam Aidilfitri.  
(macam sedap jee kuih pelita ni)

















3. Tak pasti tapi min syak dia cuba buat labah-labah.
(Abah labah-labah tu nak makan kita ke?)















4. Masjid 
(masjid betul taknak pergi, masjid pelita rajin pulak budak ni pergi)


















5. Kapal terbang di lapangan. Siap ada menara kawalan lagi tu.


















6. Rumah lama.
















7. Yang ni pelita paling meriah. Sekampung boleh nampak. hehe
(Jangan tiru aksi ini dirumah)















Anda minat menanam? Kita GENG

Sunday, June 9, 2019

Atasi Gastrik Tanpa Jumpa Doktor



Gastrik ni sesiapa je boleh kena. Kadang sampai boleh merbahayakan badan kita tau kalau tak mendapatkan rawatan dengan segera. Jadi jangan diambil mudah bila kena gastrik. Gastrik ni terjadi bila terlewat makan atau skip makan, stress, makan makanan terlalu pedas, tak kunyah makanan dengan betul dan yang hadapi masalah penghadaman.

Gastrik ni bukanlah sejenis penyakit, tapi sebenarnya masalah kesihatan. Jadi ia boleh diubati samada cara moden dengan berjumpa doktor, dan cara tradisional dengan mengamalkan bahan semulajadi.

Antara bahan semulajadi yang sesuai dijadikan pengubat sakit gastrik adalah


1. Daun Kunyit 
Sebab daun kunyit memiliki antioksidan yang tinggi dan mampu meningkatkan pertahanan tubuh badan melawan sebarang penyakit. Caranya, tumbuk daun kunyit tersebut dengan lumat dan campurkan dengan segelas susu. Amalkan setiap hari sehingga sakit gastrik berkurangan.

2. Daun Jambu Batu
Selain buahnya, daun jambu batu ni pun ada khasiatnya sendiri. Caranya adalah dengan rebus dan tapis kemudian minum airnya.



3. Halia, macam yang kita tahu halia ni bagus untuk melegakan perut kembung dan berangin. Kunyah halia setiap hari selepas makan atau boleh dijadikan air halia dan bolehlah diamalkan setiap hari. 
4. Kayu manis. Macam pelikkan kayu manis untuk sakit gastrik. Selain berfungsi untuk dalam masakkan, rebus kayu manis hingga mendidih dan biarkan sejuk sebelum diminum. Antara cara lain, masukkan setengah sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu dalam segelas susu suam dan boleh diminum. 
Selain itu, boleh juga dicampurkan ke dalam teh untuk lebih beraroma.
5. Bawang Putih yang mengandungi aliicin, iaitu salah satu komponen biologi aktif yang utama berfungsi sebagai zat anti bakteria. Untuk mendapatkan kesan maksimum, panggang 2 ulas bawang putih, buangkan kulit dan boleh dimakan begitu sahaja.

Kalau tak tahan nak makan macam tu je, rebus bawang putih dengan lada hitam dalam beberapa minit dan biarkan sejuk. Minum 2 kali sehari untuk hilangkan gastrik.
Tapiii, kalau gastrik tu masih berterusan, kenalah berjumpa doktor. Dapatkan nasihat dan rawatan dari yang lebih berpengetahuan. Takut-takut boleh membawa kepada penyakit lain pula..
Anda minat menanam? Kita GENG

Sunday, June 2, 2019

KENALI ANGGUR YANG BOLEH DITANAM DI RUMAH ANDA DAN BOLEH MENURUNKAN BERAT BADAN


Anggur atau Vitis spp merupakan tanaman yang berasal dari kawasan yang beriklim sederhana sejuk. Biasanya anggur boleh dimakan begitu saja, namun biasanya ada pengusaha yang memproses anggur menjadi wain, kismis, jus dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, tanaman anggur telah mengalami revolusi yang maju sehingga boleh ditanam di kawasan beriklim seperti di Malaysia. Bagi Thailand dan Indonesia, tanaman anggur telah lama dimajukan dan diusahakan secara komersial. Bagi Malaysia pula, penanaman anggur agak baru dalam masyarakat di sini. Walaupun begitu, Perlis merupakan sebuah negeri yang sangat maju tentang ilmu penanaman anggur.

Tahukah anda jenis anggur apakah yang sesuai ditanam di Malaysia? Tapi kalau anda nak tanam di rumah, pastikan anda menggunakan baja organik supaya keluarga anda nanti bebas racun. Jika tidak menggunakan baja buah organik, ianya sama sahaja seperti anda hanya membeli di supermarket. Penulis mengesyorkan kepada anda supaya menggunakan baja organik Milagro kerana hasil tanaman anda akan lebih banyak berbanding menggunakan baja organik lain. Haa jom tengok jenis anggur yang anda boleh usahakan kat halaman rumah!! :)

1. Anggur New White Malaga


2. Anggur Black Queen


3. Anggur IAC

4 Black Opal



Haa.. Diatas tadi adalah jenis anggur yang dah boleh ditanam di Malaysia sebab dah disesuaikan dengan kondisi cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.. Mungkin ada di antara anda yang tak pasti apakah perbezaan dari setiap rupa anggur di atas, jadi jom kita tengok gambar dibawah pula. 


Haa, mesti ada yng tahu makan je kan, tapi khasiatnya takde yang tahu pun kan, meh sini nak share sikit: 

1. Mampu menurunkan berat badan. Dari sekian banyak nutrisi yang terkandung dalam buah anggur, ada sebuah senyawa antioksidan flavonoid yang selama ini diteliti mampu menangani masalah berat badan. Satu cup buah anggur setara dengan 100 kalori, sehingga buah anggur bisa menjadi camilan yang menyehatkan bagi kamu yang menginginkan berat badan ideal.

2. Menyihatkan jantung. Buah anggur yang juga tergolong ke dalam kategori superfood ini berkhasiat untuk mengatur tekanan darah, mengurangi inflamasi, memperbaiki aliran darah, serta melindung sistem vaskular tubuh. Senyawa antioksidan buah anggur yang melimpah juga bisa mencegah tubuh dari penyakit kardiovaskular.

3. Mampu meningkatkan kesihatan otak. Senyawa polifenol pada buah anggur dapat meningkatkan kognisi pada otak. Buah anggur juga mempunyai peran penting dalam mengurangi risiko oksidasi yang berbahaya, sehingga secara tidak langsung, buah anggur bisa meningkatkan kecerdasan otak.

4. Menjaga kesihatan kulit. Kandungan airnya yang tinggi membuat buah anggur berkhasiat untuk menjaga kesehatan kulit. Menurut beberapa penelitian, buah anggur yang dikemas dengan senyawa fitonutrien ampuh dalam melindungi sel kulit dari efek radiasi sinar ultraviolet.

Sumber : Kumparan Food

Anda minat menanam? Kita GENG

Saturday, June 1, 2019

DARI 3 PAKET TERUS KE SATU KOTAK!

#Cabaran30HariMilagro telah pon melabuhkan tirainya pada 26/5/2019 yang lalu. Tahniah kepada pengguna Milagro yang berjaya memenangi contest tersebut. Yang gagal menang jangan risau ada banyak lagi contest yang akan Milagro jalankan selepas ini. Minggu ini kami ingin kongsikan perjalanan kisah salah seorang pemenang iaitu Encik William Yee.

Jom ikuti kisah beliau!



Pada permulaanya Encik William tahu mengenai Milagro melalui facebook dan telah mencuba membeli 3 paket Milagro. Masalah tanaman yang sering dihadapi oleh Encik William ialah daun kuning dan pokok terkena banyak penyakit😓

"Saya memang sentiasa memperjuangkan organik, tidak menggunakan baja kimia. Selama ni saya pakai baja organik lain pokok tidak berbuah, daun kuning dan ada bintik-bintik penyakit"

" Pokok Mangga kalau berbuah pun hanya 5-8 biji sahaja. Tapi selepas menggunakan baja Milagro mangga saja berbuah sehingga kira-kira 80 biji!"



Setelah melihat ada perubahan positif pada tanaman beliau, Encik William mengambil keputusan untuk membeli terus satu kotak!


Pokok terung Encik William juga lebih besar dari tapak tangan dia sendiri! Wah, hebat sungguh Milagro!





















Tak nak ke dapar hasil macam Encik William ni?


Minat menanam? Kita GENG ! Jangan lupa join Geng Kebun Organik okey 

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...