Thursday, July 11, 2019

DULU JUAL MAHAL DENGAN BAJA MILAGRO, SEKARANG BERIYA-IYA



Dulu jual mahal dengan baja Milagro, tapi sekarang beriya-iya? Eh kenapa tu!
Haa. Jom kita baca perkongsian Puan Shamsiah mengenai Milagro dan tanamannya!




Dulu, saya selalunya guna baja air beras dan air siang ikan je, langsung tak nak beli baja, konon nak berjimat la. Tapi bila kita dah guna air ikan, air beras, datang pula mahluk lain yang kacau tanaman saya. Macam-macam cara dah saya buat untuk halau mahluk tu, tapi, tak berhasil juga.
.
Pokok-pokok makin lama makin tak cantik, suami dan anak-anak mula bersuara, usik-usik, perli-perli. Saya tak nak putus asa, saya cuba masuk group-group pertanian, untuk belajar macam mana nak suburkan tanaman, tapi, semua nya terlalu complicated untuk orang baru macam saya ni.
.




Saya hampir putus asa, tapi, nasib baik ade kawan kenalkan baja organik milagro. Mula-mula saya buat endah tak endah je, tapi bila dan kerap sangat nampak kat fb, saya pun mula baca pasal baja ni.
.
Baca punya baca, saya tertarik dan terus dapatkan baja milagro dari ejen di Larkin. Reaksi keluarga pada mulanya agak mengecewakan, semua hanya senyum sinis je. Tapi sekarang, lepas pokok-pokok saya dah subur, dah cantik lepas guna baja milagro ni, suami pula yang beriya jaga dan sayangkan pokok-pokok tu!! maklumlah.. pokok dah cantik dan subur.. .
.
Saya duduk di tingkat atas, jadi, dari bawah dah boleh nampak pokok-pokok saya yang subur menghijau tu. Saya pun perasan, jiran-jiran dah mula tanam pokok macam saya. Cumanya saya tak pernah nampak dan jumpa jiran-jiran saya.. kalau la saya kenal jiran-jiran ni, saya akan kongsikan rahsia saya ada pokok-pokok subur macam ni. Jiran-jiran saya kebanyakkannya bekerja dan hanya akan balik rumah apabila lewat petang atau pada malam hari.
.
Sekarang ni, lepas dah cuba sendiri dan tengok hasil baja milagro ni, saya pula yang selalu teruja untuk bercerita pada orang ramai. Klu boleh saya nak beri tahu pada semua jiran-jiran, sanak saudara, dan kawan-kawan saya tentang baja organik milagro ni! Biar semua tahu, biar semua ada pokok yang subur dan cantik-cantik..
.
Kepada sesiapa yang sekarang ni macam saya yang dulu, yang jual mahal dengan baja milagro ni, hentikan lah jual mahal tu… tak dapat ape pun… baik cepat-cepat dapatkan baja organik MILAGRO ni, nak raya dah ni, tak nak ke pokok-pokok kat rumah cantik, laman menghijau, nak masak rendang untuk raya pun dah senang, daun-daun semua ade kat rumah , tak payah beli mahal-mahal kat kedai.



Anda minat menanam? Kita GENG ! 

Jom join Geng Kebun Organik

Monday, July 8, 2019

DAUN DURIAN BELANDA PALING KUAT MELAWAN KANSER. BEGINI CARANYA...



Durian belanda adalah buah-buahan yang senang ditanam dan cepat berbuah. Anggaran lebih kurang 2-3 tahun pokok dah mula berbuah. Tapi tahukah anda bahawa daun durian belanda sangat-sangatlah berkesan untuk merawat penyakit kanser dengan izin-Nya.


Ambil 10 helai daun durian belanda yang telah tua tapi sihat dan tidak dijangkiti penyakit. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air yang bersih. Tunggu sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum air yang telah dimasak tadi dan minum selama 2 minggu/ sehingga kanser yang dihidapi itu semakin sembuh.

Selain daripada merawat kanser, daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan badan. Ambil 5 helai daun durian belanda. Rebus dengan sukatan 4 gelas air, masak sehingga menjadi satu gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas air sahaja. Minum sehari sekali untuk kekuatan badan.



Sumber : Pertanian satu perniagaan

Anda minat menanam? Kita GENG ! 

Jom join Geng Kebun Organik

Sunday, July 7, 2019

MENGUATKAN TULANG DAN BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG. KHASIAT BAYAM BRAZIL YANG RAMAI TIDAK TAHU


Bayam Brazil atau Brazillian Spinach, sejenis sayuran yang tidak berapa nak popular di Malaysia sebabkan mungkin ada yang taktahu nak dimasak macam mana atau perlu dimakan macam mana, namun sayuran ini mempunyai pelbagai khasiat yang ramai tidak tahu.

Bayam Brazil amat mudah ditanam melalui keratan batang dan tiada masalah serangan ulat daun atau penyakit. Untuk tanamnya cuma gunakan keratan batang sahaja dan cucukkan pada tanah je. Dan bayam brazil ni sesuai untuk ditanam di kawasan yang redup dan lembab. 




Inilah khasiat Bayam Brazil yang ramai tidak tahu, anda wajib tanam depan rumah, senang je tumbuh

Menurut kajian, ada banyak khasiat Bayam Brazil ni yang ramai tidak tahu atau kurang pendedahan mengenai manfaat sayur ini.

Bukan sahaja senang ditanam depan rumah dan sedap rasanya, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya. Amat rugi jika tidak menanam sayur ini.

Antara khasiat Bayam Brazil dalam kesihatan ialah mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, kaya dengan vitamin K serta mampu menguatkan tulang.

Selain itu Bayam Brazil juga boleh membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sistem imuniti badan, membantu penghadaman dan mengelakkan simbelit.

Amalan memakan Bayam Brazil mampu membantu melancarkan darah, mencegah anemia serta masalah gusi, mengekalkan stamina badan serta amat baik untuk pembesaran pada kanak-kanak.

Buat ibu-ibu yang mengandung, memakan Bayam Brazil sangat baik untuk mengekalkan kesihatan sebelum bersalin, ia juga membantu mengekalkan kesihatan mulut serta amat baik untuk mencegah penuaan Pramatang.


Antara resipi popular yang menggunakan sayuran bayam ini ialah Sup Bayam Brazil dan Suhun, Gulai Lemak Bayam Brazil, Sayur Tumis Bayam Brazil, Bayam Brazil Goreng Belacan dan Bayam Brazil Goreng Tepung.

Sumber : Pertanian satu perniagaan

Anda minat menanam? Kita GENG ! 

Jom join Geng Kebun Organik

Wednesday, July 3, 2019

PETUA TURUNKAN KENCING MANIS DENGAN BIJI RAMBUTAN. RAMAI YANG TAK TAHU. BEGINI CARANYA...




Ramai yang tidak tahu sebenarnya biji rambutan boleh mengawal gula dalam darah/kencing manis/diabetes.

Cara penggunaanya ialah ambil 5 biji rambutan dan goreng sehingga masak. Kemudian, tumbuk sehingga hancur dan menjadi tepung. Selepas itu, campurkan dengan air sejuk dan minum. Amalkan minum dua kali sehari iaitu waktu pagi dan sebelum tidur.

Kajian yang telah dilakukan di Eropah pada tahun 2014 terbukti berjaya membebaskan seramai 17,524 pesakit kencing manis tahap 2 di seluruh dunia.

Kalau ada bahan semula jadi macam ni buat apa kita nak bergantung kepada ubat-ubatan kimia serta insulin tu kan.

Amalkan meminum ramuan daripada biji rambutan kerana ia mampu membebaskan kita daripada diabetes.

Selamat mencuba! Semoga ilmu ini bermanfaat buat semua pembaca


Minat menanam? Kita GENG !

Jangan lupa join Geng Kebun Organik okey 

Tuesday, July 2, 2019

GUBAHAN TAYAR TERPAKAI TERBAIK. KREATIF DAN UNIK!


Bila sebut je berkaitan tayar lusuh, mesti ramai beranggapan ianya barang yang perlu dilupuskan kerana dah takda nilainya. Tapi tahukah anda, jika sampah ini jatuh ketangan orang yang kreatif ianya akan menghasilkan ciptaan yang sangat menakjubkan tau. Biasanya, orang akan menggunakan tayar ini sebagai pasu hiasan tanaman untuk menyerikan laman rumah. Tapi, harini team Milagro nak kongsikan kepada anda beberapa gubahan kreatif manusia menggunakan tayar terpakai yang mungkin boleh anda contohi dan lakukannya sendiri di rumah.

1. Meja & Kerusi Santai 


Alangkah seronoknya jika di rumah kita mempunyai meja dan kerusi santai macam ni. Boleh duduk bersantai di petang hari sambil menghirup secawan teh bersama kesayangan kan. 

2. Rak Gantung

Anda juga boleh memilih untuk mengubah tayar menjadi rak gantung seperti ini. Selepas itu, boleh lah anda menyimpan koleksi kesayangan seperti hotwheel, robot, ataupun boleh juga menjadikan untuk menyimpan kunci rumah, kederaan dan sebagainya. Selamat mencuba.


3. Rak Payung

Haa,, selain boleh dibuat sebagai rak gantung dan kerusi santai, dengan menggunakan tayar lama anda juga mampu menghasilkan rak payung tau. Kreatif kan idea ni? 


4. Pasu Hiasan




Pasu hiasan berasaskan tayar terbuang ni ialah perkara lazim yang kita jumpa kat Malaysia ni. Tapi apa kata lepasni kita ubah pasu tayar ni jadi bentuk cawan seperti dalam gambar ni. Nampak menarik bukan? 


5. Harimau



Kalau anda betul seorang yang kreatif dan mempunyai kelengkapan yang mencukupi, anda boleh tiru idea ni. Pasti orang sekeliling anda kagum dengan kemahiran yang anda miliki. Selamat mencuba!!


6. Meja




Yang ini, anda hanya memerlukan tayar motorsikal untuk menhasilkannya. Jadi, anda bolehlah menyimpan tayar motor anda setiap kali anda menukar tayar motorsikal anda. Tapi kelemahan meja ini ialah, meja ini tidak mampu menampung beban yang terlalu berat. Oleh itu, anda boleh membuat sokongan pada kaki meja.


7. Patung Zirafah




Dengan hanya berbekalkan tayar lusuh, sebenarnya anda mampu membina kawasan permainan untuk anak-anak anda di halaman rumah. Lihat gambar di atas, pasti anak anda berminat untuk bermain dengan ciptaan anda kan?

Anda berminat mendapatkan Baja booster organik Milagro?
Hubungi atau whatsapp je kami di nombor +60126449220 (En Muhammad)

Minat menanam? Kita GENG ! Jangan lupa join Geng Kebun Organik okey 

ANGGUR SEMAKIN SIHAT, DAUN HIJAU-HIJAU DAN BESAR-BESAR!



Pokok anggur pon boleh dengan baja Milagro ni tau! Jom ikuti kisah salah seorang peserta #Cabaran30HariMilagro, Puan Rosnani omar  terhadap pokok beliau.

"Hobi saya berkebun, bak kata orang walau sesibuk mana pun pokok tetap di hati"

Puan Rosnani ada menanam pokok anggur tapi hidup segan, mati tak mahu. Daun kekuningan dan berpenyakit pulak tu. Alahai suram rasa hati kalau tanaman kita tak menjadi kan!

Tapi selepas Puan Rosnani menggunakan baja Milagro pokok anggur beliau berubah 100 peratus. Pokok hidup subur daun hijau-hijau dan besar-besar. Berbunga bunga hati Puan Rosnani bila hasil tanaman beliau menunjukkan perubahan yang positif.

Puan Rosnani berkata pada pokok dah cukup makan kenalah berbunga dan berbuah pulak. Kadang-kadang pokok ni akan faham kalau kita sering bercakap dengannya. Oleh itu sering-seringlah bercakap dengan pokok ya! Hihi


Sebelum

Selepas

Anda minat menanam? Kita GENG !

Jom join Geng Kebun Organik








Monday, July 1, 2019

PETUA MENGETAHUI BETIK JANTAN DAN BETINA MELALUI BIJI. RAMAI YANG TAK TAHU.....



Betik merupakan buah-buahan yang senang didapati di pasaraya tempatan. Rasanya yang manis dan berjus sangatlah segar dan enak jika dimakan sejuk-sejuk. Betik mempunyai banyak jenis, ada yang bulat dan ada yang panjang.

Biasanya sebelum menanam betik, biji perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum disemai. Betik yang tumbuh tak semestinya berbuah, ada yang cuma mengeluarkan bunga sahaja. Tapi tahukah anda, ada cara nak mengenal mana satu benih jantan dan betina, iaitu dengan memilih warna biji betik tersebut.

Biji yang berwarna hitam biasanya betina dan yang berwarna putih biasanya jantan. Cara ini telah dipraktikkan oleh petani sejak dulu lagi.

Sebelum menyemai, asingkan biji yang berwarna hitam dan putih sebelum disemai. Cara ini terbukti berkesan. Anda boleh cuba selepas ini!



Sumber : Pertanian Satu Perniagaan

Anda minat menanam? Kita GENG ! 

Jom join Geng Kebun Organik

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...