Friday, January 24, 2020
TEKNIK GRAFTING ANAK POKOK DURIAN AGAR BERBUAH CEPAT DAN RENDAH
Artikel ini bertujuan untuk kongsikan cara mencantum (grafting) anak pokok durian melalui teknik cantuman baji.
Berikut adalah cara buat cantuman durian, lepas ni boleh la cuba buat.
Nampak mudah kan?
Sekian dulu tips kali ini. Jangan lupa like page Baja Milagro untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.
Kredit pic Impiana.
-----------------------------------------------------------------
Untuk dapatkan baja Milagro, hubungi ejen-ejen berhampiran anda sekarang!
Thursday, January 9, 2020
CARA MEMBUAT CANTUMAN TUT

Seringkali kita lihat pada pokok buah ataupun pokok-pokok bunga terdapat bonjolan yang dibalut dengan plastik putih yang diikat pada ranting kayu pokok. Mungkin pada yang tidak tahu, pasti mereka ingatkan ia adalah satu teknik untuk merawat pokok daripada penyakit atau mungkin cara nak elak dari serangga? Bagi yang ingin tahu dan mahukan penjelasan yang jelas mengenai benda itu, perkongsian kali ini akan mendedahkan rasa ingin tahu anda.
Sebenarnya bonjolan dan kesan plastik yang diikat pada ranting pokok itu adalah satu kaedah secara cantuman untuk kita hasilkan anak pokok yang baru atau dengan kata yang mudah nak hasilkan anak pokok yang baru dari pokok yang asal.
Ia merupakan teknik pembiakan pokok yang mudah bagi pokok-pokok besar seperti buah-buahan dan pokok bunga. Terdapat beberapa kaedah pembiakan pokok, tetapi pada hari ini, admin akan menerangkan teknik cantuman tut atau marcotting
Ia merupakan teknik pembiakan pokok yang mudah bagi pokok-pokok besar seperti buah-buahan dan pokok bunga. Terdapat beberapa kaedah pembiakan pokok, tetapi pada hari ini, admin akan menerangkan teknik cantuman tut atau marcotting
Teknik Cantuman Tut
Cara cantuman ini adalah sesuai untuk pokok yang berdahan keras seperti pokok buah-buahan. Pokok limau, rambutan, durian, buah tin dan lain-lain. Kali ini saya akan ajar cara yang mudah untuk membuat tut pokok limau. Caranya sama boleh dipraktikkan pada pokok lain juga.
Peralatan yang diperlukan:
- Pisau belit
- Gunting
Bahan yang diperlukan:
- Hormon penggalak akar
- Tanah campuran
- Tali
- Plastik
- Cocopeat (sekiranya ada)
- Air
Langkah-langkah:
- Pilih dahan yang sihat dan tidak dijangkiti penyakit
- Kelar keliling dahan dan ke bawah mengunakan pisau dengan jarak 3-5 cm
- Sapukan keliling kelaran dahan tadi dengan hormon pengalak akar
- Medium tanah dicampur dengan air sedikit dan digempalkan agar lembap dan tidak mudah kering apabila di balut dengan plastik.
- Tekupkan gempalan tanah tadi ke dahan yang telah disapu hormon.
- Letakkan cocopeat disekeliling gempalan tanah tadi, ia adalah bertujuan mengekalkan lagi kelembapan yang maksimun kepada tanah tadi.
- Kemudian, bungkuskan gempalan tadi dengan plastik
- Pastikan balutan plastik menutupi kesemua gempalan tanah tadi dan ikatkan dengan tali dengan kemas.
Cantuman ini menjadi sekiranya terdapat akar yang tumbuh penuh didalam bungkusan itu. Hasil selalunya dapat dilihat sekitar 4-8 minggu mengikut pada jenis pokok.
Apabila akar sudah kelihatan, kita boleh potong dibahagian bawah akar tersebut dan pindahkan tut ke dalam pasu atau bekas yang mengandungi tanah campuran. Letakkan pada tempat teduh untuk proses hardening.
Pemindahan perlulah dilakukan secara berhati-hati kerana akar masih tidak begitu kuat. Elakkan menekan pangkal tut apabila selesai menanam. Hanya perlu siram sahaja disekeliling.
selamat mencuba!
Kredit : MyAgri.com.my
Kredit : MyAgri.com.my
Tuesday, December 24, 2019
BEGINNER PATUT CUBA CARA NI UNTUK TANAM BUNGA ROS
Bunga rose atau dalam bahasa Melayunya bunga Mawar memang akan menjadi kegilaan bagi mereka yang minatkan pokok bunga. Lagi pula, dengan pelbagai jenis warna yang ada dalam variati bunga ros ni membuatkan golongan peminat bunga gila akan pokok bunga ros ini.
Ramai yang sanggup berhabisan wang demi mendapatkan koleksi hasil bunga ros yang cantik. Satu pokok harganya bukanlah sedikit, kadang boleh mencapai berpuluh ringgit betul tak?
Sebenarnya pokok bunga ros mudah ditanam jika kena dengan cara dan tekniknya. Antara teknik yang kerap digunakan adalah dengan menggunakan keratan batang. Melalui keratan batang, pembiakan boleh dilakukan dengan mudah dan cepat.
Cara paling mudah untuk membiakkan bunga ros melalui keratan batang adalah :
1. Ambil keratan batang dari pohon mawar yang sihat kemudian potong setiap keratan batang pada ukuran 6 inci panjang dan hanya tinggalkan sedikit daun dibahagian atas. Selepas dipotong, segera dimasukkan ke dalam air bersih yang tidak mengandungi klorin.
2. Kikis 1 inci kulit dibahagian bawah batang dengan menggunakan pisau atau gunting yang tajam. Tapi pada peringkat awal ini perlu dilakukan secara perlahan kerana khuatir batang akan tercedera.
3. Kemudian, direndamkan keratan batang tadi ke dalam penggalak akar.
4. Sediakan medium didalam botol atau cawan plastik sebagai bekas semaian. Tapi, perlu pastikan bekas semaian mempunyai saliran air keluar dibahagian bawah. Kemudian masukkan, keratan batang yang telah direndam dengan penggalak akar ke dalam ruangan yang telah disediakan.
5. Tekan dan padatkan medium tanaman di sekeliling keratan batang.
6. Lakukan siraman dengan menggunakan penyembur dan pastikan medium tanaman lembap sepenuhnya.
Selepas seminggu, keratan batang tersebut akan mengeluarkan tunas baru. Apabila tunas baru dah mula pecah dan daunnya menjadi matang, ia boleh dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.
Credit : Impiana
Anda inginkan info-info menarik mengenai tanaman? Follow Geng Kebun Organik
Thursday, December 19, 2019
8 KHASIAT PERIA UNTUK KESIHATAN
Jom kenali khasiat peria.
Sayur peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Tapi, sekiranya kena dengan cara masakan, peria yang pahit ini boleh bertukar menjadi satu hidangan lauk yang lazat.
Peria di Malaysia kebiasannya terdapat 2 jenis. Satu jenis bentuknya panjang dengan warna hijau muda dan satu jenis lagi juga dikenali dengan nama ‘peria katak’ iaitu yang lebih kecil saiznya dan berwarna hijau tua.

Imej via akufisio
Orang tua-tua dahulu selalu menyebut bahawa makanan yang pahit adalah ubat dan penawar kepada penyakit. Oleh sebab itu, ia bagus diamalkan.
8 Khasiat Peria Untuk Kesihatan
1. Kawal Gula Dalam Darah

Imej via thyroidadvisor
Peria digunakan terutamanya sebagai terapi alternatif untuk menurunkan tahap gula dalam darah pada pesakit dengan diabetes mellitus jenis 2. Ia adalah sayur yang hebat dan popular untuk mengatasi masalah kencing manis melalui ubat alternatif.
2. Menguatkan Imunisasi Badan
Mengamalkan peria dalam diet harian dapat membantu anda cepat sembuh daripada penyakit dan mengurangkan risiko anda terhadap jangkitan. Peria kaya dengan antioksidan yang membentuk sistem pertahanan yang kuat untuk melawan virus.
Sayuran ini kaya dengan vitamin C, iaitu salah satu antioksidan yang kuat. Antioksidan berfungsi untuk menyerang radikal bebas dalam tubuh dan menghilangkan sebatian lain yang berbahaya yang boleh menyebabkan risiko penyakit.
3. Mengurangkan Risiko Asma
Peria juga boleh membantu mengurangkan gejala yang disebabkan oleh keadaan pernafasan seperti asma dan bronkitis. Peria mempunyai ciri anti-histamin, anti-radang, dan anti-virus, yang menjadikannya sebagai makanan tambahan yang ideal untuk mengekalkan pernafasan yang baik.
Ia juga membantu anda untuk tidur lena.
4. Kesihatan Kulit
Perubatan Cina tradisional dan Ayurveda telah menggunakan peria sebagai rawatan untuk penyakit kulit selama berabad-abad lamanya. Sebatian antifungus dan antibakteria yang terdapat pada peria melawan pelbagai jangkitan kulit termasuk kudis buta, dan juga psoriasi. Peria membantu menghentikan aktiviti guanylate cyclase yang bertanggungjawab untuk memburukkan lagi penyakit psoriasis.
Sapukan krim yang diekstrak dari peria ke kawasan kulit yang terjejas untuk mengurangkan bengkak dan kerengsaan.
5. Mengurangkan Tahap Kolesterol

Imej via dailyhealthpost
Peria juga digunakan secara meluas untuk membantu menurunkan tahap kolesterol yang tinggi. Hal ini dapat menghalang risiko pembentukan plak atherosclerosis di dinding arteri, seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung, penyakit jantung, dan strok.
6. Kesihatan Tulang
Peria juga kaya dengan Vitamin K, iaitu nutrien penting yang berperanan dalam mengawal pembekuan darah normal. Selain itu, vitamin K juga membantu pengagihan kalsium di seluruh badan. Hal ini meningkatkan ketumpatan tulang dan mengurangkan risiko kerapuhan tulang. Individu yang mempunyai osteoporosis sangat digalakkan untuk amalkan pemakanan yang mengandung vitamin K seperti peria.
Kekurangan vitamin K boleh menyebabkan keretakan tulang, mudah lebam, kerosakan sistem pembekuan darah dan pendarahan haid yang berlebihan.
7. Menghalang Pertumbuhan Sel Kanser
Radikal bebas mencari dan memusnahkan sel-sel yang sihat. Ia juga mempercepatkan penuaan dan menyebabkan banyak komplikasi termasuk kanser.
Peria kaya dengan antioksidan yang memerangi kesan radikal bebas serta meningkatkan imunisasi dengan mewujudkan pertahanan yang kuat untuk melawan penyakit. Antioksidan juga bersifat anti-kanser dan anti-karsinogen.
Ujian klinikal terkini dan kajian farmakologi memperlihatkan hubungan antara amalan pemakanan peria dan pengurangan tumor pada individu yang menghidap kanser payudara, serviks dan prostat.
Terdapat satu kajian lain yang dijalankan untuk menguji peranan peria dalam pencegahan kanser, sebagai alternatif kepada rawatan kemoterapi.
Kesan Sampingan Peria
Amalan pemakanan peria adalah selamat bagi kebanyakkan individu dalam jangka masa yang pendek iaitu selama 3 bulan. Namun ada juga yang mengalami ketidakselesaan perut ketika mengamalkan peria. Namun begitu, keselamatan untuk jangka masa panjang tidak dapat dipastikan kerana tiada kajian terperinci untuk mengesahkannya.
Namun begitu, langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh golongan tertentu untuk mengelakkan kemungkinan risiko-risiko yang boleh berlaku.
Kehamilan Dan Penyusuan Susu Ibu
Peria berkemungkinan tidak sesuai dimakan oleh ibu hamil. Ini kerana, bahan kimia tertentu dalam peria mungkin akan menyebabkan pendarahan dan keguguran. Namun begitu, kesan sampingan terhadap ibu menyusu tidak dapat diketahui kesahihannya. Untuk keselamatan, adalah lebih baik sekiranya ibu menyusu juga mengelakkan amalan pemakanan peria.
Diabetes
Peria boleh menurunkan tahap gula dalam darah. Sekiranya anda menghidap diabetes dan mengambil ubat-ubatan untuk menurunkan gula darah anda, amalan pemakanan peria mungkin membuat penurunan gula darah anda terlalu rendah.
Oleh itu, anda perlu memantau tahap gula dalam darah anda secara teliti. Namun, adalah lebih baik, anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkannya.
Pembedahan
Terdapat kebimbangan bahawa peria mungkin mengganggu kawalan gula darah semasa dan selepas pembedahan. Berhenti memakan peria sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh pembedahan anda.
Kesimpulan
Walaupun rasa peria tersangat pahit, namun khasiatnya banyak untuk kesihatan kita. Ia terkenal sebagai penawar kencing manis kerana bertindak seolah-olah insulin dalam badan. Ia juga selamat diamalkan dalam jangka masa yang pendek.
Namun, bagi mereka yang menghidap penyakit, adalah disarankan agar anda berbincang dengan doktor anda sebelum anda mengamalkan peria sebagai alternatif rawatan penyakit anda.
Rujukan:
--------------------------------------------------------------------
💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?
Follow FB Group Geng Kebun Organik
PASU SIMEN HIASAN UNTUK POKOK-POKOK KESAYANGAN ANDA

Teringin untuk buat kelainan pasu hiasan di rumah? Admin nak kongsikan cara untuk menyediakan pasu simen hiasan untuk ceriakan ruang di rumah anda
Antara bahan yang diperlukan untuk menyediakan pasu simen :
- 4 cawan simen
- 1 cawan air
- Sarung tangan
1. Bancuh simen dalam satu bekas
2. Ambil sarung tangan nipis dan penuhkan dengan bancuhan simen tersebut.
3. Acuan menggunakan bekas seperti mangkuk dan dimasukkan sarung tangan yang telah
dipenuhkan dengan simen
4. Tindihkan sarung tangan dengan mangkuk / bekas yang diberatkan
5. Setelah kering, simen di dalam sarung tangan akan menjadi keras dan dicabut. Cabutkan / koyakkan sarung tangan
6. Sekiranya anda lebih kretif, anda bolehlah mengecat pasu bunga anda mengikut citarasa masing-masing.
Setelah itu boleh lah isikan tanah dan tanamkan pokok bunga di dalam pasu. Selamat mencuba
--------------------------------------------------------------------
💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?
Follow FB Group Geng Kebun Organik
Monday, December 16, 2019
CARA TANAM MANGGA UNTUK CEPAT BERBUAH
Salah satu yang perlu kita boleh usahakan adalah berkebun dengan menanam mangga di dalam pot. Namun, menanam buah di dalam pot belum tentu dapat mengharapkan hasilnya. Maka dari itu kita perlu diketahui teknik tanamnya seperti dari mula memilih benih mangga sehingga kerja-kerja penjagaan dan merawatnya.
Bagi mereka yang tidak memiliki kawasan kebun yang tidak begitu luas maka cara bercucuk tanam atau mereka yang tinggal dikawasan taman perumahan kaedah menanam dengan memakai pot adalah cara yang sangat praktikal. Apalagi kini tanaman buah dalam pot semakin banyak digemari kerana cara ini boleh menjadi alternatif penanaman dikawasan halaman rumah yang sempit.
1. Pemilihan Benih TanamanKaedah memilih anak benih tanaman mangga perlu di tentukan awal lagi dengan memilih varietinya. Cari varieti mangga yang mudah berbuah seperti Mangga Chok Anan, Nam Dok Mai atau Mangga Epal. Mangga yang sederhana sesuai seperti varieti Alfonso dan Harumanis. Jangan tanam biji benih dari bijinya yang dibeli dari pasar kerana kita tidak pasti varieti dan kualiti biji tersebut.
2. Persiapan PotPenyediaan pot atau bekas menggunakan saiz yang agak besar seperti tong drum, bekas plastik atau bekas konkrit yang disikan media tanah campuran dan baja organik. Kalau untuk pokok mangga maka jelaslah ukuran pot harus disesuaikan dengan tinggi pokok. Misalnya jika tinggi pokok mangga mencapai 1.5 meter maka pilih pot yang sesuai seperti tong drum terpakai yang berdiameter 60 cm yang dipotong setengah bahagian. Pastikan bahagian bawah mesti pot dibuat lubang untuk membuang kelebihan air.
3. Media Tanam
Media tanam yang digunakan adalah disesuaikkan dengan pot iaitu campuran tanah, humus, kompos serta tinjar ternakan atau serbuk gergaji. Perbandingan campuran keempat bahan itu biasanya 1:1:1:1. Tanaman mangga sesuai pada media yang gembur, berbutir-butir dan banyak mengandung unsur zat makanan dan poros.
Media tanam yang digunakan adalah disesuaikkan dengan pot iaitu campuran tanah, humus, kompos serta tinjar ternakan atau serbuk gergaji. Perbandingan campuran keempat bahan itu biasanya 1:1:1:1. Tanaman mangga sesuai pada media yang gembur, berbutir-butir dan banyak mengandung unsur zat makanan dan poros.
4. PenanamanCara menanam mangga dalam pot dimulakan dengan mengIsi terlebih dahulu bahagian bawah pot dengan serbuk kayu gergaji. Hal ini akan memudahkan proses air berlebihan untuk mudah keluar.
5. PenyiramanPada awal penanaman mangga dalam pot kerja penyiraman dibuat secara teratur 3 kali sehari iaitu setiap hari, pagi dan petang. Jika media dalam pot cepat kering terutama masa musim kemarau maka kerja penyiraman boleh dilakukan 2 kali sehari.
6. Program PembajaanTanaman sangat memerlukan unsur nutrien baja untuk mempastikan kesuburannya terjamin. Itu sebabnya perlu pokok mangga perlukan pembajaan kerana ruang akar sangat terhad untuk mencari sumber makan dalam tanah
7. Kawalan Perosak dan PenyakitTanaman mangga sering terserang serangga seperta hama (Thrips spp) iaitu serangga seperti kutu dan juga lalat buah dan binatang ternakan. Bila terdapat serangan hamana maka jalankan semburan dengan racun kimia secara berhemah. Kalau boleh balut buah mangga pada peringkat awal untuk mengelakkan serangan ulat pengorek batang dan lain-lain serangga perosak.
Credit : animhosnan.blogspot
Anda nak dapatkan info-info mengenai tanaman? Follow Geng Kebun Organik
Subscribe to:
Posts (Atom)
3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH
Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...
-
Pokok Bakawali atau juga dikenali sebagai Akar Seruntun, Brotowali, Batang Wali mempunyai nama botani Tinospora crispa (Miers). Pokok ini me...
-
Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...
-
Setiap tanaman kebiasaannya memerlukan cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis untuk mendapatkan makanan dan terus hidup sihat...



























