Sunday, November 24, 2019

TANAM ORKID DENGAN MUDAH DALAM ARANG


Bunga Orkid ni kalau kena gaya dan cara penanamannya memang cantik bila ianya mengeluarkan bunga. Pokok Orkid sebenarnya memerlukan keadaan persekitaran yang panas pada sebelah siang hari dan sejuk pada sebelah malam.

Bahan yang diperlukan dalam penanaman pokok orkid mudah sangat. Antara bahannya adalah arang/batu bata pun boleh, pasu dan juga pokok bunga orkid yang anda nak tanam.

1. Sediakan Arang, kalau dikampung selalu guna sabut kelapa, batang/tunggul kayu ataupun pecahan batu bata pun boleh. Kalau sizenya besar kecilkan. Boleh guna penukul ketuk arang ni. Arang juga boleh didapati di Pasaraya bahagian Garden.

2. Masukkan Arang 3/4 kedalam bekas dan kemudian ambil orkid letakkan kedalam bekas kemudian penuhkan dengan arang sehingga batang pokok orkid menjadi tegak dan seimbang.

3. Arang harus direndam dalam air seketika agar air meresap kedalam dan membuang segala parasit ataupun benda asing yang tidak sihat untuk pertumbuhan Pokok Bunga Orkid.

4. Pastikan Akar Pokok Orkid berada dekat dengan Arang, Sabut ataupun Batang Kayu agar akar mencengkam dengan cepat.

5. Sebelum masukkan batang pokok orkid pastikan akar-akar yang kering dipotong terlebih dahulu agar akar baru dapat tumbuh dengan baik dan sihat.

Cara penyiraman Pokok Bunga yang betul adalah dalam 2-3 kali sehari kalau cuaca mendung cukup la sekali sahaja.

P/s:- Cara Pembiakkan Orkid sebenarnya terdiri dari 4 cara iaitu melalui anak Benih, keratan batang, Klutur Tisu dan Belahan Rumpun. 

Sumber : homiecitygarden


Anda minatkan tanaman? Jom join Geng Kebun Organik


Tuesday, November 19, 2019

HASIL TAK PUTUS-PUTUS, DAH PETIK PUN MASIH BERBUAH

                         
Satu pokok dalam pasu penuh dengan hasil buah mesti menjadi idaman mereka yang menanam kan. Walaupun daun berkerekot pun masih penuh dengan hasil kat pokok ni.

Anda pun boleh dapatkan hasil yang macamni bila adanya penjagaan yang baik dan memberikan nutrien yang secukupnya pada tanaman, iaitu baja lah, betul tak? Nak tahu baja apa terbaik? Mestilah baja Milagro!

Selalunya masalah yang orang hadap bila tanam pokok cili ni selain terkena serangan penyakit, lainnya adalah daun bergulung. Kalau nak tahu puncanya daun ni bergulung adalah disebabkan

1. Disebabkan terkena serangan mosaic virus.
- Mosaic virus akan menyerang kesemua pokok cili dengan pantas. Hal ini kerana virus ini merebak melalui angin dan juga serangga perosak.

2. Terlebih penggunaan baja nitrogen yang tinggi.
- boleh di anggap pokok terkena toxicity kerana menerima kandungan N yang berlebihan.

3. Terkena semburan racun.
- Penggunaan racun atau bahan kimia yang berlebihan turut menyumbang kepada berlakunya pertumbuhan abnormal kepada pokok.

Dan cara untuk atasi masalah daun cili bergulung.

1. Pastikan kawasan tanaman cili bersih daripada rumpai dan semak.
2. Elakkan penggunaan bahan kimia atau racun berlebihan kerana ia dapat merosakkan pokok seterusnya, mengurangkan antibody pokok.
3. Asingkan pokok yang menunjukkan simptom daun bergulung daripada pokok yang lain.
4. Cantas bahagian daun yang menunjukkan simptom daun bergulung.
5. Kurangkan kadar penggunaan baja N.
6. Amalkan cultural practice. Maksudnya jangan terlalu bergantung pada penggunaan bahan kimia.
7. Pilih lah benih yang berkualiti dan tahan kepada penyakit.

Dapat sesuatu? Nakkan lebih banyak info mengenai tanaman tak? 


Jom join Geng Kebun Organik! 








Monday, November 18, 2019

TIPS MUDAH CUCUK TANAM SAYUR DALAM PASU


Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Ianya sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai tanah untuk menanam atau mempunyai ruangan yang kecil. 

Di sini terdapat 6 perkara yang harus kita tahu apabila kita ingin berkebun menggunakan pasu atau pot.
1. Lokasi
Perkara pertama yang perlu kita perlu ambil perhatian adalah di mana lokasi pasu kita.Adalah lebih baik jika kita letak pada tempat yang ada cahaya matahari seperti di tepi tingkap dan di tepi bangunan. Penting juga untuk tahu tanaman yang kita nak tanam itu tanaman apa kerana pencahayaan bagi setiap jenis tanaman adalah berbeza.
2. Jenis Tanaman
Kita juga perlu tahu jenis tanaman apa yang hendak kita tanam di dalam bekas. Lain tanaman lain penjagaannya. Cuba tanam dahulu di dalam bekas dan lihat perkembangannya di lokasi yang telah kita pilih. 
3. Pengairan

Pengairan bermaksud air siraman diserap oleh pokok manakala lebihan air disalurkan keluar dari bekas tanaman. Pastikan setiap bekas yang kita gunakan mempunyai lubang pengairan dibawahnya agar air siraman yang lebih boleh mengalir keluar dari pasu. 

4. Baja 

Pembajaan amat penting kepada pokok yang tumbuh di dalam bekas. Jika di atas tanah, akar pokok boleh menjalar jauh mencari sendiri air dan nutrien tetapi di dalam bekas tidak. Pembajaan boleh dilakukan dua minggu sekali ataupun sebulan sekali bergantung kepada jenis baja yang kita guna.

5. Media Tanaman 

Media di sini dimaksudkan adalah jenis-jenis tanah yang boleh kita gunakan untuk bertanam. Ada yang guna tanah campur, tanah bakar ataupun kompos sebagai media dalam pasu kita. Untuk penanaman pasu, lebih elok kita guna media yang tidak berat seperti kompos.  

6. Penyiraman

Terdapat dua sistem siraman iaitu automatik dan manual. Biasanya kita lebih senang untuk menggunakan sistem siraman manual iaitu dengan terus menyiram dari paip air ataupun tong siraman

Credit : KebunBandar


Ingin dapatkan lebih banyak infomasi mengenai tanaman atau tips? 


Friday, November 15, 2019

RESEPI RACUN SERANGGA "POWER" DARI BUNGA CENGKIH

Image result for bunga cengkih


Agak sukar untuk mengawal serangan serangga atau haiwan perosak tanpa penggunaan racun serangga. Namun, kebiasaannya racun serangga jenis kimia sentiasa menjadi pilihan kerana ia lebih cepat berkesan.


Tanpa kita sedar, kebanyakkan racun serangga di pasaran mengandungi bahan kimia berbahaya yang mempunyai kesan jangka panjang terhadap sistem tubuh badan kita. Apa kata, mulai hari ini anda ubah dan set diminda untuk menggunakan racun serangga organik.


Terdapat beberapa resepi racun serangga organik yang telah dikongsikan di Facebook Page facebook.com/BajaMilagro. Ada yang diperbuat dari bahan-bahan mudah seperti bawang putih, cili, air beras dan sebagainya.


Hari ini, admin ingin berkongsi satu lagi resepi racun serangga yang paling mudah dan mujarab dengan hanya menggunakan BUNGA CENGKIH.


MANFAAT PENGGUNAAN RACUN SERANGGA DARI BUNGA CENGKIH:


1. Boleh digunakan untuk mengawal serangga dan haiwan perosak seperti lintah bulan, siput, nyamuk, semut dan sebagainya
2. Rendah kandungan toksin
3. Selamat untuk persekitaran
4. Mengawal rumpai dan kulat
5. Membantu menarik kehadiran agen pendebungaan terutamanya lebah dan rama-rama


RESEPI RACUN SERANGGA DARI BUNGA CENGKIH:


Bahan-bahan: 
  • 50gm bunga cengkih
  • 1 liter air panas
  • Air bersih


Cara-cara: 

1. Tumbuk kasar bunga cengkih
2. Masukkan bunga cengkih yang telah di tumbuk ke dalam bekas yang mengandungi air panas
3. Rendamkan dalam tempoh 1 jam dalam keadaan bekas yang tertutup
4. Setelah sejam, tapiskan dan asingkan sisa
5. Campurkan 1 bahagian pati air rendaman cengkih bersama 5 bahagian air bersih


Cara penggunaan: 

Semburkan bancuhan air bunga cengkih pada keseluruhan pokok dan permukaan tanah sekurang-kurangnya 2 minggu sekali


Sumber : Impiana.my



💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik

Sunday, November 10, 2019

Cara Tanam Anggur berbuah banyak dalam pasu sahaja



Ramai yang mesti tak sangkakan anggur ni sebenarnya boleh je tanam dekat Malaysia. Bukan negara yang beriklim sejuk sahaja tau. Hakikatnya, pokok buah anggur memerlukan iklim cuaca yang panas untuk tumbuh subur dan untuk mempercepatkan hasil keluar.

Yang lebih menarik pokok buah anggur ni tak semestinya perlu untuk tanam atas tanah, malah dalam pasu pun boleh. Tapi dengan penjagaan yang betul barulah pokok tu boleh mengeluarkan hasil buah anggur dengan lebat :)

1. PASU


Pokok anggur memerlukan pasu yang bersaiz besar untuk memastikan pertumbesaran pokoknya tumbuh dengan baik sehinggalah cukup usia matang. Kalau pasu yang digunakan kurang sesuai atau kecil, ai akan menyebabkan pokok anggur menjadi tidak produktif kerana akan menyebabkan akar pokok menjadi padat dan telah mengganggu tumbesaran pokok.

2. SISTEM SOKONGAN



Untuk memudahkan kawalan pertumbuhan pokok anggur, kita perlu menyediakan struktur sokongan bagi menyokong batangnya menjalar. Untuk peringkat awal cuma gunakan sahaja batang pemancang ataupun buluh pun sudah memadai. 

3. PEMANGKASAN



Proses pemangkasan pun penting untuk pertumbuhan pokok anggur. Pemangkasan ni mampu bantu untuk pokok anggur mengeluarkan ranting baru. Dari ranting yang baru akan mengeluarkan bunga dan kemudiannya mengeluarkan buah-buah anggur. 

4. PENYIRAMAN 

Pokok anggur memerlukan air yang banyak tapi perlu pastikan penyiraman tidak akan membuat air bertakung pada tanah. Penyiraman hanya perlu dilakukan pada pangkal pokok anggur sahaja tak perlu pada keseluruhan pokok.

5. PEMBAJAAN


Untuk pokok anggur, pembajaannya adalah berbeza menikut usia pokok tersebut. Pembajaan boleh dilakukan apabila pokok tersebut telah mencapai usia 2 minggu. Digalakkan untuk menggunakan baja organik kerana ia mengandungi nutrien yang lengkap untuk pokok. 

Lagi senang, bila gunakan baja Milagro. Tabur-tabur je dah cukup. 

                                     

Anda minat menanam? Jom join Geng Kebun Organik






Friday, November 8, 2019

SELF WATERING POT YANG SUPER JIMAT DAN MUDAH


Terpaksa tinggalkan rumah dalam tempoh masa yang lama tapi risau pokok mati? Boleh selesaikan masalah tersebut dengan buat pasu Self Watering Pot seperti yang dikongsikan En. Mohd Azrin Roselan. Kita buat takungan air di dalam pasu. Tidak perlu nak siram selalu dan bimbang kalau nak tinggalkan rumah kerana bekalan air untuk pokok sentiasa ada.


Bahan-bahan:

Pasu tanpa lubang

Penapis
Paip PVC
Span

Cara-cara:



1. Bekas penapis plastik dipotong untuk dapat ketinggian 3 inci. Kegunaan bekas penapis plastik untuk dijadikan pemisah antara tanah dan air takungan.


2. Potong paip PVC 1/2 hingga 1 inci. Tujuan paip PVC diletakkan didalam pasu sebagai saluran air. Bekas penapis plastik menjadi pemisah antara tanah dan takungan air.


3. Potong kain kraf Felt ikut saiz bulatan bekas penapis plastik.


4. Buat tanda had maksimum level takungan air.


5. Buat lubang air lebihan @ overflow. Pastikan kedudukan lubang ini dibawah level maksimum yang ditanda supaya ada sedikit ruang udara diantara takungan air dan tanah.


6. Potong paip PVC 2 inci untuk dijadikan saluran overflow


7. Contoh pemasangan paip over flow


8. Paip saluran overflow


9. Tutup penapis dengan felt dan tuang tanah ke dalam pasu


10. Pindah pokok ke dalam pasu


11. Tuang air ke dalam saluran paip sehingga air keluar di saluran overflow



Senang kan? Apa lagi..cubalah ya..

--
Berminat nak dapatkan Milagro? Komen dibawah atau tinggalkan no telefon anda.


Berminat dengan tanaman ? Jom join Geng Kebun Organik


Tuesday, November 5, 2019

POKOK LEBIH GEMUK DAN SIHAT


Siapa yang taknak kan kalau tanaman kita jadi lebih gemuk dan sihat segar bugar? 

Perkongsian testimoni daripada pengguna Milagro sendiri (blckbrdx_). Pokok nampak lebih gemuk dan sihat bila tabur Milagro.  Guna pun sekali seminggu je. Tabur je dekat tanah kemudian siramkan sedikit supaya serbuk baja tu tak berterbangan. 

Lagi satu cerita ..

Pokok yang pada awalnya beli banyak je bunga tapi bunga asyik gugur dan nampak macam nak mati, kemudian taburkan Milagro tak sampai 2 minggu dah berbunga. (intanfadly) Best kan 😍 

                 

Pokok bunga boleh ke?

Mestilah boleh. Penggunaan 2 minggu sekali je. Tabur tak perlu terlalu kerap pun tapi perlu juga adanya penjagaan tanaman dengan baik juga. Untuk mereka yang ada tanaman tapi takde hasil, tak keluar bunga, ada bunga pun kerap gugur dengan menggunakan Milagro In Shaa Allah menjadi-jadi hasil yang kita semua inginkan.

                    

Boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas penggunaan Milagro. Hasil yang sangat berpuas hati boleh nampak selepas 2 minggu gunakan Milagro. 

Ada yang minat menanam? KITA GENG! 



 


3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...